Sunday, December 13, 2009

Barangnya Mesti Berkualiti, Orangnya Alajji Tidak Mengapa?

Barang-barang untuk dibuat SANGHADANA yang siap dibungkus yang dijual di kedai-kedai tidak berapa mendatangkan masalah kepada penganut Buddha di Malaysia kerana di Malaysia biasanya kita membeli dan membungkus sendiri barang tersebut. Namun, pemberian barang-barang Sanghadana kurang popular di kalangan orang Siam Malaysia.

Bhikkhu di Thailand (sesetengah wat) tidak perlu membeli barang keperluan seperti sabun mandi, syampu, ubat gigi, berus gigi, pisau cukur kepala, minyak angin, ubat sakit kepala dan sebagainya kerana barang-barang tersebut disedekah oleh masyarakat. Di Malaysia sami kena beli sendiri kerana masyarakat Buddhist Malaysia lebih suka memberi "ang pau" daripada barang. Sami "diberi kebebasan" untuk membeli sendiri barangan keperluan mereka.

Manakala di Thailand sudah menjadi satu tradisi, mereka akan menyedekahkan barang Sanghadana kepada Sangha apabila menjelang masa masuk Phansa (Vassa). Mereka membeli set barang yang siap dibungkus, biasanya di bungkus dalam baldi plastik berwarna merah atau kuning. Malahan sewaktu pergi "suat" rumah atau "suat" mayat, sami juga akan disedekahkan barang-barang tersebut di samping sampul berduit.

Tetapi sejak kebelakangan ini timbul satu masalah iaitu "para sami" komplen barangan Sanghadana yang diterima ada masalah kualiti. Kita harus ingat bahawa yang komplen bukan masyarakat tetapi sami. Masyarakat hanya buat bising selepas sami membuat komplen. Maklumlah sami yang menggunakan barangan tersebut. Jadi, hanya mereka yang tahu akan kualiti barangan. Punca kepada masalah ialah penjual atau pembungkus barangan tidak mengutamakan kualiti barangan.

Terdapat barangan yang tidak sesuai digunakan oleh sami, hampir tamat atau telah tamat tempoh, mutunya sangat rendah, kain civorn atau kain pakai terlalu nipis (boleh nampak burung sami?) atau terlalu pendek, harga barangan terlalu tinggi, jenis barangan dalam bungkusan tidak sama dengan senarai dan sebagainya. Pendek kata seribu masalah timbul daripada barangan ini. Akibatnya sami meradang. Ini satu penipuan bagi mereka. Mana boleh sami - orang suci - diberikan barangan bermasalah. Kerana sami komplen, masyarakat pun turut bising sehigga masuk ke telinga pihak berkuasa Kementerian yang berkaitan. Penjual yang didapati bersalah kerana MENIPU akan didakwa.

Peniaga yang mengambil kesempatan wajib diambil kesempatan. Tidak patut mereka membungkus barangan bermasalah untuk dijadikan SANGHADANA. Pembeli pula tidak tahu kerana mereka masa ada masa membelek barangan itu satu persatu. Lagipun telah siap dibungkus. Beli sahaja, kemudian terus sedekah kepada sami sebagai Sanghadana.

Barang tidak baik sami komplen, bagaimana pula dengan sami tidak baik? Inilah persoalan yang cuba dibangkitkan oleh pihak tertentu di Thailand. Sami tahu komplen terima barangan tidak berkualiti, tetapi kualiti diri sendiri tidak dihiraukan. Golongan "Maha Thera" seperti tidak mengambil berat langsung dengan sami yang bermasalah. Walaupun banyak laporan dibuat kepada Persatuan Sami, tetapi hasilnya kosong. Sami tetap dengan perangai saminya yang semakin teruk.

Kalau tidak silap saya, sebuah wat di Thailand dengan kerjasama penduduk telah membuat laporan kepada Persatuan Sami (Thera Samakhom) tentang permasalah sami tetapi kurang mendapat perhatian. Antara masalah sami yang disenaraikan ialah melanggar Sila, bergaul bebas dengan wanita, menjadi bomoh, menilik nasib, membeli nombor, menjadi ejen jual nombor, menjadi ceti haram, menguruskan syarikat sewa kereta, menjalankan urusan jual beli tanah dan lain-lain. Kegiatan sami-sami kapitalis ini telah merosakkan imej Sangha sekali gus menghakis kepercayaan orang ramai kepada agama Buddha.

Barangan berkualiti, untuk orang yang berkualiti. Orang bermasalah memang patut menerima barangan bermasalah.

Berbalik kepada SANGHADANA. Sanghadana bermaksud memberi sedekah kepada Sangha iaitu kumpulan Bhikkhu melebihi 4 orang ke atas. Memberi barangan kepada SEORANG BHIKKHU juga boleh menjadi Sanghadana apabila kita berniat memberi kepada Sangha bukan kepada individu Bhikkhu itu. Maksudnya Bhikkhu yang menerima barangan kita ialah wakil daripada Sangha. Sewaktu memberi kita wajib menyebut "saya mahu membuat Sanghadana" agar Bhikkhu tidak keliru menyangka barangan itu untuk beliau secara individu. Memberi kepada Sangha (Sanghadana) tidak sama dengan memberi kepada individu Bhikkhu (Bukkhalik-dana). Kebaikan (anisong) Sanghadana lebih banyak daripada Bhukkhalik-dana.

Malah memberi barangan kepada Bhikkhu yang tiada Sila atau melanggar Dhamma-Vinai juga dapat Anisong banyak asalkan niat kita adalah untuk membuat Sanghadana iaitu memberi kepada Sangha bukannya kepada individu. Maksudnya barangan pemberian kita akan menjadi milik bersama Sangha bukan milik individu Bhikkhu.

Perkara ini penting untuk difahami. Mungkin ada antara kita tidak tahu bahawa Sanghadana mendapat kebaikan lebih besar (bun yai) daripada Bukkhalik-dana. Oleh itu kita sering nampak ada orang pergi ke wat berjumpa Tok Sami yang popular untuk memberi barangan dengan berkata: "Phor Than, saya ingin beri barang kepada Phor Than!" Jikalau begini, barangan pemberian orang itu akan jadi Bhukkhalik-dana. Tetapi kiranya dia berkata: "Phor Than, saya nak buat Sanghadana!" Phor Than akan terima barangan tersebut atau meminta sami lain menerimanya atas nama Sangha (wakil sangha), bukan atas peribadinya. Barangan itu menjadi hak milik semua Sangha. Anisongnya tinggi.

Satu lagi, "kita lebih selamat" dengan Sanghadana berbanding Bukkhalik-dana. Sekiranya kita membuat Bukkhalik-dana, andainya sami yang terima barangan kita tidak suci atau sami jenis tiada sila, maka Anisong yang bakal kita perolehi tidak sebagaimana kita harapkan. Maklumlah penerima tidak suci. Silap-silap TIADA sebarang hasil yang kita dapat!

Sebaliknya, kalau kita membuat Sanghadana, walaupun sami yang terima barang kita jenis tiada Sila tidak menjadi hal kerana dia hanya wakil Sangha semata-mata. Kita tidak memberi kepada dia, tetapi kepada semua sami (Sangha).

Oleh itu, apabila hendak membuat sedekah, pastikan niat anda betul kepada siapa barangan hendak diberikan - Sangha atau individu Bhikkhu.

Sahdu! Sadhu! Sadhu!



นายยรรยง พวงราช อธิบดีกรมการค้าภายใน เปิดเผยว่า ได้จัดเจ้าหน้าที่ออกตรวจสอบการผลิตและจำหน่ายเครื่องถวายสังฆทาน ในเทศกาลเข้าพรรษาปีนี้อย่างเข้มงวด เพื่อป้องกันไม่ให้ผู้ประกอบการฉวยโอกาสเอาเปรียบผู้บริโภค ด้วยการนำสินค้าที่ไม่ได้มาตรฐาน มีปริมาณสินค้าไม่ครบถ้วนมาบรรจุในเครื่องสังฆทาน



หรือไม่ปิดป้ายแสดงราคาและไม่แสดงรายละเอียดของสินค้าให้ชัดเจน จนทำให้ประชาชนต้องซื้อของที่ไม่มีคุณภาพไปทำบุญ สำหรับปัญหาที่รับร้องเรียนเข้ามามาก คือ นำสินค้าที่ใกล้หมดอายุ หรือหมดอายุแล้วเข้ามารวมจัดในชุด หรือนำสินค้าไม่มีคุณภาพใช้งานไม่ได้มาปะปน เช่น สบง จีวรพระสงฆ์ ที่ใช้ผ้าชนิดบางมากจนพระสงฆ์ไม่สามารถนำไปใช้นุ่งห่มได้ หรือนำไฟฉายที่หลอดไฟไม่ติดเข้ามาจัด หรือบางรายได้นำสินค้าไม่ถูกต้องตามฉลาก เช่น กล่องอีกยี่ห้อหนึ่งแต่ตัวผลิตภัณฑ์เป็นของอีกยี่ห้อมาปะปนขายรวมกัน รวมทั้งการฉวยเพิ่มราคาขายสูงเกินจริงมากทั้งที่นำสินค้าราคาถูกมาใช้จัด



“แม้กรมฯจะประกาศเตือนและออกตรวจตราร้านค้าเป็นประจำ แต่พอถึงช่วงเทศกาลเข้าพรรษาก็ยังได้รับเรื่องร้องเรียนจากประชาชนมาต่อเนื่องว่า มีการนำสินค้าที่ไม่มีคุณภาพเข้ามามั่วจัดอยู่ในชุดถวายสังฆทาน ทำให้ปีนี้จะเพิ่มความเข้มงวดตรวจสอบยิ่งขึ้น ด้วยการบุกสำรวจถึงต้นทาง ดูว่าโรงงานผลิตเครื่องถวายสังฆทานขนาดใหญ่ในเขตกรุงเทพฯ 3-4 แห่ง มีการจัดหา คัดเลือกสินค้า และนำมาจัดห่อเป็นชุดอย่างไร เพิ่มเติมจากเดิมที่เน้นตรวจสอบเฉพาะพื้นที่ปลายทางตามร้านขายปลีก หรือห้างสรรพสินค้าเท่านั้น” นายยรรยง กล่าวต่อว่า นอกจากนี้กรมฯจะเร่งประชาสัมพันธ์ชี้แจงเรื่องการปิดป้ายแสดงราคาสังฆทาน โดยแนะนำให้ผู้จำหน่ายปลีก และห้างสรรพสินค้าปิดป้ายแสดงราคาจำหน่ายชุดสังฆทานรวมค่าภาชนะบรรจุ ในลักษณะที่เห็นได้ชัดเจนและเปิดเผย สามารถอ่านได้โดยง่าย พร้อมทั้งแสดงรายการสินค้า ขนาด น้ำหนักต่อหน่วย ปริมาณการบรรจุและราคาของสินค้าแต่ละรายการที่บรรจุในชุดสังฆทานตามประกาศคณะกรรมการกลางว่าด้วยราคาสินค้าและบริการ เรื่องการแสดงราคาสินค้าและค่าบริการ


นอกจากนี้ จะตรวจสอบโรงงานผู้ผลิตเครื่องสังฆทานให้มีการแสดงรายละเอียดตามที่กำหนดอย่างครบถ้วน และตรวจสอบผู้บรรจุสินค้าหีบห่อแต่ละรายการที่บรรจุในชุดสังฆทาน เช่น ชาจีนบรรจุซอง นม ผงซักฟอก ยารักษาโรค ให้แสดงปริมาณสุทธิของสินค้าให้ตรงกับปริมาณสินค้าที่บรรจุในหีบห่อตามกฎหมายว่าด้วยมาตราชั่งตวงวัด ทั้งนี้ หากตรวจพบว่าการผลิต หรือจำหน่ายเครื่องสังฆทานที่ไม่ปิดป้ายแสดงราคา บรรจุสินค้า ไม่ถูกต้องตามข้อกำหนดของกฎหมาย จะมีโทษตามกฎหมายว่าด้วยราคาสินค้าและบริการ โดยกรณีไม่ปิดป้ายแสดงราคามีโทษปรับไม่เกิน 10,000 บาท และตามกฎหมายว่าด้วยมาตราชั่งตวงวัดกรณีที่ปริมาณสินค้าที่บรรจุไม่ตรงกับปริมาณที่แสดง หรือจำหน่ายโดยรู้ว่าปริมาณที่บรรจุไม่ถูกต้อง มีโทษจำคุกไม่เกิน 1 ปี ปรับไม่เกิน 40,000 บาท หรือจำคุกไม่เกิน 6 เดือน ปรับไม่เกิน 20,000 บาท หรือทั้งจำทั้งปรับ



“พฤติกรรมเหล่านี้ทำให้ชาวพุทธ เสียความรู้สึกมาก เพราะพอถึงวันอาสาฬหบูชา เข้าพรรษา คนส่วนใหญ่ตั้งใจไปทำบุญ ถวายเครื่องสังฆทานเป็นพุทธบูชาและเสริมสร้างบุญบารมีให้กับตนเองและครอบครัว แต่พอเจอเรื่องนี้เหมือนกับต้องเอาของไม่มีคุณภาพไปถวายให้พระสงฆ์ จึงอยากให้ผู้ประกอบการหยุดพฤติกรรม เอาเปรียบผู้บริโภคด้วยการนำสินค้าที่มีปริมาณไม่ครบถ้วนมาบรรจุในเครื่องสังฆทาน ไม่ปิดป้ายแสดงราคาและไม่แสดงรายละเอียดของสินค้า ให้ชัดเจน” ผู้สื่อข่าวรายงานจากการสำรวจตลาดซื้อขายสังฆทานพบว่า ผู้ผลิตนิยมนำสินค้าจากประเทศจีนเข้ามาจัดในชุดเครื่องถวายสังฆทานมากขึ้น โดยเฉพาะเครื่องอัฐบริขารที่มีราคาถูกกว่าสินค้าไทยซึ่งช่วยประหยัดต้นทุนได้มาก แต่สินค้าเหล่านี้ถูกร้องเรียนเช่นกันว่าไม่มีมาตรฐาน.

(หนังสือพิมพ์เดลินิวส์)

3 comments:

Thai SIAM said...

Tuan Pena,

Ada berapa orang Sami kita yang faham dan mengamalkan tentang maksud "Sanghadana". Apa yang saya risau wakil sami yang terima tu akan kebus semua, jadi "Bun Yai" akan menjadi "Bun Lek" atau tak ada langsung.

Sekadar lontarkan ??

pena reformasi said...

Begitulah lazimnya apabila kita derma kepada sami dengan niat membuat Sanghadana, tapi barang itu dijadikan hak milik sami tersebut. Ini salah sebenarnya.

Sebab itulah sami dahulu apabila hendak keluar dari sami (la sikkha), dia akan serahkan semua barang kegunaannya kepada Sangha kerana takut akan bawa balik barang milik Sangha. Tapi sami sekarang, tahu-tahu sajalah....

cicak man said...

posting tuan kali ini berjaya menutup mulut pengkritik.