Thursday, December 10, 2009

Bhikkhu Menjahanamkan Agama Buddha

Saddham (agama Buddha) akan menjadi lemah kerana beberapa perkara, antaranya termasuklah perlakuan penganut itu sendiri. Bhikkhu merupakan penyebar agama Buddha, tetapi pada masa yang sama bakal menjadi faktor penting agama Buddha menjadi lemah.

Empat faktor yang berpunca daripada Bhikkhu telah dikenal pasti oleh Buddha bakal menyebabkan agama Buddha lemah, hancur dan pupus. Antaranya ialah:


1. Para Bhikkhu mempelajari agama daripada sumber (sutra) yang salah. Walaupun diwarisi sejak bergenerasi tetapi kerana salah, ia bakal membawa kesan yang buruk kepada agama. Apabila sumber pelajaran salah, amalan juga akan terpesong. Bhikkhu merupakan penyebar agama. Oleh sebab Bhikkhu tersebut membawa ajaran salah, pengikutnya juga akan menerima pelajaran yang salah dan mengamalkan amalan yang salah. Keadaan ini lama-kelamaan akan melemahkan agama Buddha sehingga boleh menyebabkannya terpupus.

Ajaran yang salah daripada sumber atau orang yang salah ini semakin berleluasa dalam agama Buddha. Jangan kata Bhikkhu biasa, Acarn Vipassana sekalipun tidak terkecuali dalam hal ini.

2. Para Bhikkhu menjadi individu yang susah diajar, tidak tabah menghadapi dugaan dan tidak mendengar ajaran daripada Bhikkhu yang lebih tua. Bhikkhu jenis ini bukan sekadar menyusahkan diri sendiri, bahkan menyusahkan orang lain dan menjadi penyebab agama Buddha menjadi lemah dan hilang pengaruh.

3. Para Bhikkhu yang berpengetahuan luas dalam ajaran Buddha, tetapi tidak mewarisakan ilmu pengetahuan itu kepada orang lain. Dalam kata lain, Bhikkhu yang kaya ilmu agama tidak mengajar agama kepada Bhikkhu lain dan kaum Buddhis yang merupakan pewaris agama Buddha. Agama tanpa pewaris bakal menemukan jalan buntu dalam perkembangannya. Akhirnya ia akan lemah dan hilang dari muka bumi.

4. Para Bhikkhu tahap "thera" menjadi pengumpul barangan kegunaan (pengumpul kekayaan). Mereka mengabaikan Dhamma-Vinaya. Jalan melepaskan diri daripada kesengsaraan, jalan membersihkan hati dan jalan menuju Magga, Phala, Nirvana tidak dipedulikan. Pendek kata, mereka lebih mengutamakan Lokiya(duniawi) daripada Lokuttara (bukan duniawi). Apabila Bhikkhu muda nampak, mereka akan menjadikan cara hidup Bhikkhu "thera" ini sebagai teladan kehidupan mereka. Ini akan menyebabkan agama Buddha menjadi lemah dan pupus.


(Rujukan: Tipitaka)


Agama Buddha akan lemah dan pupus kerana Bhikkhu sendiri, bukan orang luar atau orang lain. Oleh itu, Bhikkhu yang sedang memusnahkan agama sebenarnya merupakan individu yang tidak tahu agama. Mereka individu sesat yang sedang menyebarkan ajaran lain (Brahmana), dan bersikap degil. Apabila ditegur akan melenting-melentang marah kerana hati dipenuhi Micca Ditthi (kepercayaan salah). Bhikkhu jenis ini sangat mementingkan diri, perasan dirinya orang penting, orang mulia yang wajib dihormati dan tidak menerima nasihat. Tambahan lagi, Bhikkhu "micca ditthi" ini amat berpengaruh kerana mereka "peminta sedekah jutawan". Jaringan mereka menguasai institusi agama.

Akibatnya Bhikkhu baik-baik yang lain terpaksa mengalah, terasing dan tersisih daripada arus perdana agama. Apabila Bhikkhu baik-baik ini meninggal dunia, agama Buddha kehilangan guru kerana Bhikkhu "micca ditthi" malas mengajar agama.

Bhikkhu "micca ditthi" ini juga akan membina kediaman yang besar, indah dan mewah, siap dengan pendingin hawa, TV dan peti sejuk. Mereka akan memperalatkan Bhikkhu muda yang berpelajaran tinggi (Maha) tetapi bodoh bagi mempromosikan mereka. Mereka memperbodohkan masyarakat agar taksub kepada mereka dengan menganggap mereka sebagai "penyebar agama yang ulung" yang wajib disembah, diberikan derma dan dijadikan sawah pahala.

(Nota: Saddham bermaksud "Dhamma bagi mereka yang tenang". Saddham 10 merujuk kepada: Magga 4, Phala (phon) 4, Nibbana 1, Pariyat-saddham 1)

9 comments:

Anonymous said...

Bukan bikkhu sahaja yang menjahanam agama buddha tapi mereka yang menjadi kain juga yang menjahanam agama. Dan puak-puak lain.
mat jenin

Khon Thai Lantan said...

Syabas Tuan Pena! Teknik penulisan yang baik, kritikan pedas selang seli dengan nasihat dan ajaran Buddha disertakan link rujukan.

Siam KL said...

ramai orang sedang menjahanamkan agama. siapa yang melanggar ajaran Buddha penjahanam agama namanya.

kapcai said...

Tuan Pena kita mesti guna logik akal bila tafsir agama. Agama Buddha masuk akal, logik dan selari dengan penemuan sains.

Thai SIAM said...

bledlSaya setuju dengan komen Mat Jenin dan Siam KL.

Sami (Bhikkhu) sebelum menjadi sami adalah orang (kharawat) biasa. Nak jadi sami yang baik yang mengikut Dhamma Vinnai mestilah berasal dari kharawat yang baik juga. kalulah yang kaki mabuk jadi sami, maka jampsenglah dalam kutik dan kalu penagih yang jadi sami, maka ramailah dokto-dokto berkhidmat dalam wat kita.

Jadi balik kepada TRADISI kite, adakah benar anak lelaki masuk sami (buath phra), maka mak bapak dapat "BUN YAI", BETULKAH KEPERCAYAAN/ANGGAPAN INI TUAN PENA???

Bagi saya masalah yang berlaku dalam khanaksong Thai (Siam) di Malaysia dan juga di Thailand disebabkan oleh pegangan atau ikutan dari tradisi tersebut.

Semasa upacara Buath Nark (masuk sami), kita boleh lihat betapa meriahnya (TERUKnya) orang kite (orang siam yang mengelar diri sebagai penganut Buddha) merayakan upacara tersebut sehingga berpuluh cartoon air berbuih digunakan.

SEBENARNYA..Itulah yang dikatakan BUN YAI kerana beribu ringgit telah dibelanjakan.

Anonymous said...

anak masuk sami kenduri bagi orang minum mabuk Bun Yai haram jadah ape benda. Bap Yai tak cakap!

kunta kinte

Anonymous said...

Penganut buddha sendiri yang menjahanamkan.Sedarkanlah bahawa kita semua yang akan menjahanam agama ini atau martabatkan!
mat jenis

pena reformasi said...

Niat baik nak "tambun" tapi melanggar Sila, tak dapat "bun" sebaliknya dapat "bap".

Anak masuk Phra, ibu bapa dapat "bun yai" bila anak itu mengamalkan Dhamma-Vinai di samping berjaya mengubah "ditthi" ibu bapa menjadi Samma-Ditthi.

Thai SIAM said...

Sebenarnya majlis "Buath Phra" zaman sekarang dah bertukar menjadi majlis komersial, di mana kad-kad jemputan diedar seperti kad jemputan kahwin. Manakala majlis pula diadakan sekurang-kurangnya 3 hari. Kalaulah sami yang "buath" tu duduk lama, kira ok juga, tapi ada yang hanya jadi sami 7 hari, tak berbaloi.

Itulah kemajuan orang Siam kita, kalu berpesta/bersuka ria, memang sukar ditandingi...