Friday, December 25, 2009

Cara Menggunakan Harta Yang Betul

Penganut agama Buddha yang bijaksana wajib mencari sumber sara hidup (harta) yang halal dengan titik peluh, ketekunan dan kesabaran. Tetapi mencari sumber sara hidup dengan cara yang halal sahaja belum mencukupi. Kita seharusnya menggunakan sumber sara hidup (harta) tersebut dengan cara yang betul mengikut ajaran Buddha. Bagaimanakah cara yang betul itu? Antaranya ialah:



1. Menyara diri sendiri, ibu bapa, anak isteri, dan orang-orang di bawah jagaan dengan penuh kebahagiaan.



2. Meraikan sahabat, rakan sekerja, jiran tetangga dan sahabat seperjuangan dengan kebahagiaan.



3. Bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga.



4. Buat kebajikan 5 perkara, iaitu:



a) kebajikan kepada saudara mara;



b) kebajikan kepada tetamu (menyambut tetamu dengan makanan dan minuman;



c) kebajikan kepada mereka yang telah mati (tambun uthit);



d) kebajikan kepada kerajaan (membayar cukai kerajaan);



e) kebajikan kepada Devata* (membuat pemujaan, tambun uthit, atau membuat persembahan kepada "perkara" yang dipuja mengikut kepercayaan masing-masing);



5. Menjaga Samana dan Brahmana yang mengamalkan kehidupan mulia (menjaga Sangha).



*Dalam Chulla Nithed, diberikan definisi Devata sebagai "Perkara yang menjadi pujaan individu/masyarakat". Siapa puja apa, benda itu adalah Devata baginya. Pada zaman Buddha "perkara" yang menjadi pujaan masyarakat ketika itu terbahagi kepada 5 iaitu:



1. Banpachit (nakbuard), misalnya Ajivok adalah Devata bagi pengikutnya. Nikron, Chadin, Parippachok dan Dabod adalah Devata kepada pengikut masing-masing.



2. Haiwan peliharaan, misalnya gajah, kuda, lembu, ayam, burung dll adalah Devata kepada pemujanya.



3. Alam dan elemennya, misalnya api adalah Devata kepada pemuja api. Permata, arah, bulan atau matahari adalah Devata kepada mereka yang memuja perkara itu.



4. Devata tahap rendah, misalnya Naga, Geruda, Yak, Khonthan, (Phra Bhumi) adalah Devata kepada pemujanya mengikut kepercayaan masing-masing.



5. Devata tahap tinggi, misalnya Phra Phrom, Phra Indra adalah Devata kepada pemujanya.



Bagi mereka yang masih mempunyai kepercayaan terhadap "Devata" di atas, agama Buddha mengajar agar mereka meninggalkan pemujaan yang melibatkan "pengorbanan nyawa" (bucha-yan) untuk persembahan kepada Devata masing-masing. Sebaliknya melakukan "bucha-yan" cara baru iaitu membuat sedekah (dana) dan mengamalkan kebaikan (kuson) yang memberi faedah. Manakala hal berkaitan dengan kepercayaan mesti diperbetulkan melalui pembangunan minda (sehingga mencapai Samma Ditthi).



Sekiranya kita menggunakan sumber pendapatan atau harta dengan cara yang betul, kita berpuas hati seandainya harta itu habis dibelanjakan. Sekiranya sumber pendapatan kita bertambah, kita berbangga kerana kita mencarinya melaui cara yang halal. Kesimpulannya, penganut agama Buddha yang bijaksana harus mencari dan menggunakan pendapatan atau harta dengan cara yang betul.



Pendapatan atau sara hidup yang diperolehi daripada sumber yang salah (rasuah, menipu, memperdaya orang lain, makan duit kerajaan, makan duit masyarakat, duit wat, duit persatuan, duit syarikat dll) dan dibelanjakan ke jalan yang salah pula, kita akan menanggung kesengsaraan hati seumur hidup.


องฺ.ปญฺจก.

23 comments:

suchinda said...

terima kasih tuan kerana memaparkan posting ini. saya harap tuan boleh tambah dhamma untuk kharawat.

fan ksb said...

Petunjuk yg sangat baik utk dijadikan pedoman hidup, Syabas!!..Tuan Pena

Bahan rujukan Dhamma dlm Bahasa Melayu amat sukar didapati, org Siam kita ramai yg belajar tinggi-tinggi tp sayang kerana ramai yang buta bahasa ibunda. Permata dah ada dalam tangan iaitu Dhamma Buddha tp tdk dihargai disebabkan kurang menyelidik.

Teruskan usaha anda Tuan Pena, dlm mencelikkan hati dan minda mereka sekalian yang buta Dhamma..

Sadhu 3 x...

kalyanmit ksb said...

Saya pernah dengar seorang Luang Phor ajar tentang Devada seperti Tuan Pena sebutkan tu. Ia sangat membantu bagi kita mengenali devada.

pena reformasi said...

Saya akan terus menulis Dhamma demi kebaikan kita bersama. Saya sendiri pun sedang belajar kerana masih banyak Dhamma Buddha yang belum saya tahu. Pengetahuan saya umpama debu di hujung kuku. Namun, saya tetap memberi komitmen untuk memberi yang terbaik.

Saya turut mengalu-alukan teguran membina demi agama kita.

Teguran berbentuk kutukan, amaran atau makian tidak membantu apa-apa kerana saya bukan jenis yang gentar kepada orang.

Nyawa Buddha pernah terancam kerana menyebarkan ajarannya kerana puak Diarathi terasa tergugat dengan kehadiran Dhama-vinai Buddha.

Raja Azlan pun dikritik. Tun Mahathir yang berjasa kepada negara juga dikutuk dan dimaki. Biasalah dunia. Puak Micca Ditthi lebih ramai dari puak Samma Ditthi.

Pegawai polis PDRM pun diancam apabila membanteras kegiatan haram. Jadi, tak hairanlah orang biasa seperti saya dan KSB menerima dugaan yang sama.

Saya amat bererima kasih kepada sahabat semua kerana memahami matlamat KSB.

sang saka said...

Kami tetap bersama KSB. Seperti kata Fan KSB sumber Dhamma dalam BM sangat kurang. KSB membantu memperkaya sumber Dhamma.

Ramadas said...

Buat jahat 100 x lebih mudah dari buat baik. KSB buat baik. tentulah susah. Tapi cayalah, hasilnya pasti berbaloi! Kami sokong sepenuh hati!!!!

putera kelate said...

Gua caya lu tuan Pena. Sejak kenal lu. gua tak pernah sangsi dengan keberanian lu. Lu paling unggul and only one.

Anonymous said...

Tuan Pena, saya cadangkan tuan tulis tentang sejarah Wat Jayanti bermula dari kemasukan orang Siam sehingga kini. Orang Siam boleh tahu siapa yang berjasa dan siapa yang tin kosong. Saya buat cadangan ni kerana ada "seorang individu" yang menjaja cerita bahawa dialah yang berjasa kepada Jayanti. Dia kelentong pemuda Siam yang baru kenal KL Ramai percaya dia. Dia jalankan dakyah buruk agar kami anti "AJK tertentu" di Jayanti. TQ.

cucu tok menora

pena reformasi said...

Saya akan tulis bila tiba masanya yang sesuai.

JST said...

Teruskan usaha anda. Tiada siapa yang berani cakap perkara benar yg berlaku dalam institusi keagamaan kita. Perosak agama harus dibongkarkan.

Berani kerana benar.

Anonymous said...

Untuk menjaga kemurnian agama Buddha, adalah wajar semua umat Buddhis hanya menumpu kepada Buddha, Dhamma dan Sangha sahaja.

Di wat misalnya, ada yang cenderung memasukkan unsur-unsur Hinduisme, Taoisme dan adat kepercayaan nenek moyang yang tiada kena dengan Buddhisme pun.

Patung dewa-dewa dan luang phor misalnya, boleh mengelirukan penganut Buddha dan penganut agama lain.....seolah-olahnya agama Buddha ini agama pemujaan.

Sedangkan agama Buddha adalah agama yang praktikal yang merangkumi cara hidup yang telah diajarkan oleh Bhagava.

Saya tidak pertikaikan sekiranya seseorang ingin memuja dewa-dewi di rumah kerana dipusakai daripada nenek moyang kerana Buddha mengajarkan supaya terus menghormati dewa-dewi yang dipuja (turun-temurun).

Yang saya musykil ialah apa yang dilakukan oleh wat-wat sekarang.
Membina patung dewa-dewi.
Apa tujuan? pelancongan? Donation Box?
Tumpukanlah kepada penyucian jiwa dan suasana untuk ketenangan.

sk tin

pena reformasi said...

Terima kasih sahabat semua kerana memberi dorongan dan semangat.

(JST) Saya akan terus bongkarkan kemungkaran dalam institusi agama tanpa rasa gentar. Saya harap anda juga begitu.

Anonymous said...

Tuan Pena, Phra Phrom devata Hindu bukan ke?

boy pj

pena reformasi said...

Phra Phrom ialah Kuasa Tertinggi dalam agama Brahmana.

Manakala dalam agama Buddha, Phrom merujuk kepada individu yang praktis Samadhi-Vipassana sehingga tahap Arupa-Jhan (Arup-Chan). Sifat Phrom ialah Metta, Karuna, Mudita dan Upekha (dipanggil Phrom Vihara 4). Phrom bebas dari nafsu berahi. Oleh sebab itu, Phra Song yang mengamalkan Dhamma-vinai dipanggil praktik Brahma-cariya (bersifat seperti Phrom).

Phrom seperti dalam konsep Buddhism yang patut kita puja iaitu mempunyai Metta Ceto Vimutti, Karuna Ceto Vimutti, Mudita Ceta Vimutti, Upekha Ceto Vimutti.

Ceto Vimutti bermaksud hati/minda yang telah bebas dari segala kemelekatan. Metta Ceto Vimutthi bermaksud metta tanpa sempadan sebagaimana Baginda Buddha dan Phra Arahant semua.

Metta orang biasa seperti kita masih ada sempadan. Kita hanya metta kepada orang tertentu sahaja. Kepada musuh kita tak ada metta.

Konsep Phrom-Vihara 4 ini penting diamalkan dalam kehidupan harian.

Thai Lantu said...

Awas tuan Pena, geng Kumpas dah bekerja sama dengan geng Pesila nak lawan KSB dalam terjemahan Dhamma. Lepas ini, kita ada alternatif untuk membaca Dhamma yang diterjemahkan dalam BM. Tunggu dan lihat...

pena reformasi said...

Tak perlulah berlawan. Mari kita sama-sama menyebarkan Dhamma Baginda Buddha kepada penganut yang memerlukannya.

Memberi dan menerima Dhamma merupakan 2 daripada 10 bun kiriya-vatthu (jalan mendapatkan pahala)

Anumodana sadhu!

fan ksb said...

Selama ini diaorang buat apa?? sekarang baru nak terhegeh-hegeh menulis Dhamma , entah ikhlas ke tidak??...

pena reformasi said...

Entahlah.

JST said...

Saya ada komen dalam blog diaorang, tapi tak publish pun. Blogger pun kurang cerdik sikit, pasal apa pi dedah siapa boss mereka, join dengan puak mana. Habis la Phra Maha, kalau blog tu kurang menyerlah.

pena reformasi said...

Saya kenal sangat puak ni. Cakap berdegar-degar, ekor gelumang tahi.

fan ksb said...

nak juga saksi bagaimama limpahan minda sami yg bergelar Maha??...Mampukah mereka menyampaikan Dhamma kepada masyarakat??

Setakat nak beri sila 5 kpd Garawas tak perlulah belajar sampai tahap Maha..

Khon KL said...

Betul la bang JST, aku pun ada komen tapi tak publish, dah kena jampi oleh Tuan Pena ke? Maaf Tuan Pena, gurau ajer.

Bao Wee said...

Kalu Maha rajin, tak perlu Tuan Pena susah-susah bukak blog KSB sebar dhamma, baca blog Maha aje.

Aku rasa depa nak gertak KSB aje. siap mention persatuan. besaq sangat ke persatuan tu. tapi gertak salah orang. ngeh ... ngeh... ngeh!!!!