Thursday, December 17, 2009

Dhammapada

Di bawah ini saya turunkan komen daripada sahabat kita, SK Tin untuk renungan bersama.


DHAMMAPADA RANGKAP 6

"Sebahagian besar orang tidak mengetahui bahawa dlm pertengkaran mereka akan binasa, tetapi mereka yang dapat menyedari kebenaran akan segera mengakhiri semua pertengkaran."

Marilah kita dengar pesanan dan sabda Bhagava Buddha yang lain pula.

DHAMMAPADA RANGKAP 375

"Pertama-tama, inilah yang harus diamalkan oleh seorang bikkhu yg bijaksana, iaitu mengendalikan (mengawal) indera-indera, merasa puas dengan apa yang ada, mengikuti peraturan-peraturan (patimokkha), serta bergaul dengan teman sejati (sabrahmacari) yg rajin dan bersemangat (untuk menempuh kehidupan suci)."

DHAMMAPADA RANGKAP 9

"Barang siapa yg belum bebas dari kekotoran-kekotoran batin, yg tidak memiliki pengendalian diri serta tidak mengerti kebenaran, sesungguhnya tidak patut dia mengenakan jubah kuning"

Harap saudara-saudari sedar daripada sabda-sabda Bhagava tersebut. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang tolol.


Saudara-saudari yang dikasihi, marilah kita dengar sabda Bhagava lagi.

DHAMMAPADA RANGKAP 307-308

"Apabila seseorang menjadi bikkhu dengan mengenakan jubah kuning tetapi masih berkelakuan buruk dan tidak terkendali (terkawal diri), maka akibat perbuatan-perbuatan jahatnya sendiri, dia akan masuk ke alam neraka."

"Lebih baik menelan bola besi panas seperti bara api daripada selalu menerima makanan daripada orang lain dan tetap berkelakuan buruk serta tidak terkendali (dirinya)."

Jadi, barangsiapa yang masih meragui sabda Bhagava Buddha, tidak mahu faham sabda Baginda, maka itulah agama dan ajaran yang diciptanya sendiri. Kita tidak boleh kata apa lagi.


sk tin.

December 17, 2009 3:16 PM

No comments: