Friday, December 4, 2009

Jangan Sedekah Wang Kepada Bhikkhu

Terdapat ramai orang yang suka tambun (buat pahala) tetapi tidak berapa pasti barang apa yang TIDAK SESUAI diberikan kepada Bhikkhu/Sangha? Jadi bermacam-macam barang diberikan kepada Bhikkhu termasuk wang dan barang larangan lain. Memberi barang larangan kepada Bhikkhu bukan sahaja tidak mendapat pahala, bahkan mendapat dosa.


Tambun dengan Sati (kesedaran) jangan tambun dengan satang (duit). Barang yang tidak patut diberikan secara langsung kepada Bhikkhu ialah wang kerana menyalahi Vinaya. Bhikkhu tidak boleh menerima wang(secara langsung) atau memegang wang. Namun terdapat satu kaedah yang lazim diterima pakai iaitu menggunakan "surat khas" yang ditulis jumlah wang yang mahu diberikan, kemudian serahkan "surat khas" tersebut kepada Bhikkhu sebagai pengganti wang. Manakala wang diserahkan kepada "petugas kewangan" atau "Bendahari Wat" agar wang tersebut menjadi milik wat bukan milik Bhikkhu secara individu. Memberi wang kepada Bhikkhu secara langsung (dari tangan ke tangan) akan menyebabkan pemberi dan penerima mendapat dosa (papa).


Namun, kita selalu bersimpati dan takut Bhikkhu tiada wang pakai, lalu memberikan wang kepada beliau untuk kegunaan peribadi. Walhasilnya Bhikkhu menjadi tamak wang, melekat kepada keselesaan dan kemewahan wang dan akibatnya muncul masalah-masalah lain yang berkaitan wang iaitu perebutan kuasa, perebutan wang, perempuan, penjual pangkat (pat-yord) dan seribu satu masalah. Apabila Bhikkhu itu mati, terjadi pula perebutan wang antara sanak-saudara atau pewaris dengan pihak wat.


Oleh itulah, Buddha melalui "anakottayan" (ilmu melihat masa hadapan) telah melarang Bhikkhu menerima dan memegang wang kerana "keburukan" wang lebih banyak daripada "kebaikan".


(Persoalan sama ada larangan ini masih relevan atau tidak pernah menjadi polimik yang hebat).


Tambun yang mendapat hasil bun ialah mesti memenuhi 3 syarat iaitu; (1) pemberi ikhlas/suci hati; (2) barang pemberian dari sumber yang halal/suci; (3) penerima ikhlas/suci hati. Sekiranya terputus 1 atau 2 syarat masih dapat bun. Tetapi jikalau ketiga-tiga perkara tidak dipenuhi langsung TIADA BUN.



Pemberi ikhlas/suci hati bermaksud (1) Masa sebelum memberi mesti ada niat suci hendak memberi; (2) Masa sedang memberi mesti ada kerelaan (memberi sepenuh hati); (3) Masa selepas memberi mesti ada kepuasan hati, tidak berasa sayang akan barang yang telah diberi atau menyesal.


Barang pemberian dari sumber halal atau suci bermaksud barang tersebut bukan BARANG LARANGAN kepada Bhikkhu. Contoh, menyembelih sendiri atau minta orang lain menyembelih ayam (haiwan) dengan niat untuk tambun (saibart) kepada Bhikkhu, memberi barang yang rosak, tidak bersih, beracun, memabukkan atau barang yang menjejaskan kesihatan dilarang sama sekali.


Penerima ikhlas/suci hati ialah SANGHA SUPATIPANNO ... yang diumpamakan sebagai jelapang pahala penganut agama Buddha (Bhikkhu yang mengamalkan Dhamma-Vinaya Buddha).


Tambun tanpa Sati, selain kehilangan wang, pahala (bun) juga tidak dapat. Sila-silap mendapat dosa lagi. Oleh itu apabila hendak tambun, buatlah dengan kesedaran dan kebijaksanaan. Jangan buat dengan ketamakan atau umpan syurga. Kaedah yang betul bakal menentukan hasil yang bakal kita perolehi.


(Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama, Wilayah Ranong)

Di sini saya turunkan link yang ada kaitan barang larangan. Klik di sini.

34 comments:

samran said...

cakap betul, nak betul-betul ikhlas tak mudah kerana sifat manusia ada perasaan sayang kepada duit. mungkin mengambil masa. ikhlas bererti tak ada niat nak balasan. tapi kebanyakan orang tambun kerana kiles.

Anonymous said...

Phra Sivali dan Phra sangkacai masyhur kerana memberi nasib baik.Ada lagi,Phra Moggalanah dibunuh oleh musuh yang irihati terhadap beliau. Bukankah kerana harta yang diderma kepada beliau?Banyak berbelit juga nie...

mat kelate.

Anonymous said...

"Bendahari Wat" di kedah dulu makan duit wat.Kerja buka box donation pun dapat beli kereta mewah.
Sebuah lagi di sebuah wat kelantan,wat terletak di kawasan kampung orang cina"Bendahari Wat'pun ngap duit wat juga..
Dulu di sebuah wat lembah kelang,bendhari wat pun ,sama kes juga.
Entah mau percaya siapa?
(SAluran Teman-teman kita)
Bekas sami

Anonymous said...

Pakai check ok juga.Tak haram
mat kelate

Anonymous said...

Kalau kita tahu wat mana yang makan duit, kita jangan tambun kepada wat itu.

Sekiranya kita tidak tahu, kitapun tidak bersalah.

Apabila kita menderma, kita menderma kepada Sangha (atas nama Sangha), bukan kepada bikkhu/ sami individu.

Bhagava Buddha pernah bersabda, sekiranya seseorang menderma kepada Sangha, walaupun terdapat bikkhu yang menyeleweng (bukan semua) dalam sangha, orang itu masih memperoleh pahala yang tidak terhingga.

SK TIN

pena reformasi said...

Banyak komen yang terpaksa saya delete kerana merapu tak tentu hala.

Petikan ini saya terjemah daripada satu forum agama. Forumer mereka memberi komen yang ada pro dan kontra, tapi semuanya merujuk pada sutra Buddha.

Tapi pemberi komen di blog ini rata-rata main hentam sembrono sahaja, bukan ikut sutra Buddha. Betapa rendahnya pengetahuan agama kita di sini.

Bagi pemberi komen yang celik agama, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana dapat dikongsi bersama pendapat dan pengetahuan anda.

Dalam Vinai, Bhikkhu dilarang pegang duit. Perkara ini tak boleh dipersoalkan lagi. Bhikkhu yang pegang duit dikira melanggar Vinai. Sejauh mana kita boleh "kompromi" dengan larangan ini, terpulang pada kehendak masing-masing.

Acarn Cha tak pegang duit, tapi dhammanya tersebar ke merata dunia.

samseng Pudu said...

alajji mana reti pasai Sila. Depa hanya tau kumpul duit beli kereta, rumah, tanah dan bawa girl friends pi makan angin.

fan ksb said...

tak sentuh duit tapi boleh sain cek salah tak tuan pena??..
Zaman sekarang terdapat ramai sami yg berpangkat tinggi dan berkuasa lebih dr managing director company..mereka tak pernah sentuh duit, tp ada kuasa utk beri arahan kpd anak buahnya?? Mau apa cukup sekadar petik jari!!..

Anonymous said...

Hemm...
Ayat mana yang melarang tok sami pegang duit?Tolong jelaskan,sebab saya baru mendapat syarahan agama Buddha dari thailand.Sebab dalam ayat itu menjelaskan bahawa wang emas atau silver yang salah dalam dhamma -vinai. Wang yang pengang sekarang ini kertas sahaja,jadi mesti berwaspada dengan ayat anda.
aslan

Anonymous said...

Nape nak delete yang orang bagi idea.Kenalah terima idea mereka juga.Andakan mahu di ajar,kenapa tak di ajar pula.
suara keadilan

pena reformasi said...

(aslan) Dahulu wang diperbuat dari perak dan emas sebab itu dilarang wang perak dan wang emas. Sekarang wang diperbuat dari kertas, jadi duit kertas dilarang. Yang dilarang bukan kerana perak atau emas, tapi kerana "nilai" yang ada pada perak atau emas. Andainya emas tak ada harga, emas pun tak dilarang.

(Semua barang berharga dilarang kerana sami ditegah hidup mewah).

Kenapa mangkuk perak tak dilarang dipegang oleh Bhikkhu? Kerana ia tak ada nilai pertukaran seperti wang.

Acarn Cha tak pegang wang (kertas atau tembaga). Adakah Acarn Cha sengaja cipta Vinai/Sila sendiri?

Jangan tafsir ajaran Buddha mengikut yang tersurat semata-mata kerana yang tersirat juga harus diambil kira.

(fan ksb) Sain cek pun salah, kecuali sami alajji.

(suara keadilan) Idea yang bersandarkan ajaran Buddha diterima, tapi idea mengarut tak beri sebarang faedah.

Anonymous said...

Tok Sami pun di larang duduk dalam kereta kerana salah walaupun bukan kereta dia.?Di larang naik kapal terbang walaupun ke luar negeri? Tidak boleh makan vitamin yang diderma kerana mewah?Tidak boleh masuk hospital(swasta yang kena bayar) walaupun sakit.
Ikut cakap sahaja tidak gunalah...
Aslan

Anonymous said...

Macam Mana tuan kata tidak betul idea orang lain? Tuan pun hanya baca saja,belum tau betul-betul lagi..jika anda betul mana pengikut di malaysia ni?Buktikan..Kita ni dalam negara demokrasi la
suara keadilan

Anonymous said...

Gi pegang bangune kLSS pun salah ko?He HE Pelik dah ni
..mat kelate

Anonymous said...

Tok SAmi sri lanka dalam photo di atas ada kereta mewah,apa macam? Dia alajji juga?Suka derma tapi ada kereta meawah? Separuh allaji ke?

pena reformasi said...
This comment has been removed by the author.
pena reformasi said...

Di hujung artikel saya sertakan link berkaitan barang yang dilarang pegang oleh Bhikkhu utk rujukan. (B. Thai)

ManU said...

apa beza bhikkhu dan sangka?

samanera said...

Bhikkhu merujuk pada Sami secara individu. Manakala Sangha merujuk pada sekumpulan Bhikkhu, biasanya 4orang ke atas.

Anonymous said...

Tak ada jawapan lain ke?
bekas sami

Anonymous said...

Tuan Pena nak makan nasi lemak pun pakai duit.Naik bus pun duit.Jalan kaki nak minum air pun duit.Ingat senang ke?Ada sesiapa mau sponsor tak?
Bekas sami

pena reformasi said...

Jangan bandingkan sami dengan kharawas. Kalau nak hidup seperti kharawas, jangan pakai civorn.

Ini tidak, pakai "jubah Ariya Sangha" tapi duduk seperti putuchon. Jadi putuchon pun kalau ada Sila Cariya, orang hormat juga.

Pakai jubah kunig kalau tak ada Sila Cariya, dikutuk orang. Buat malu orang Siam dan kaum Buddhist saja.

Anonymous said...

Tuk ! tuk ! Tuk ! Tolong jangan lari dari soalan ya.Tolong pakai kecerdikan jawab soalan saya itu?
bekas sami

pena reformasi said...

(Bekas Sami) Siapa sebenarnya tak pakai kecerdikan.

Tuan Pena bukan sami. Dia boleh pakai duit. Sila 5 atau Sila 8 tak larang pakai duit.

Sekarang kita bercakap pasal sami. Kenapa nak melakukan perkara yang ditegah Vinai? Buddha larang sami pakai duit, tak usah pakai. Kalau tak boleh duduk jadi sami tanpa pakai duit, keluarlah. Duduk buat apa. Bagi mereka yang tak perlu pakai duit jadi sami.

Acarn Cha tak pegang duit tapi boleh datang ke Bangkok, menjelajah seluruh Thailand, dan pergi ke Eropah, pergi dengan cara apa? Bila masyarakat tahu sami tak ada duit, tahulah mereka bagaimana nak membantu sami.

Tapi sekarang masyarakat tahu sami banyak duit, sebab itu sami tak dijemput bila nak ke mana-mana. Makan minum di kedai juga kena bayar. Cuba sami tak ada duit, masyarakat akab beri makan percuma.

Bagi makan kepada "orang suci" pahalanya berlipat ganda, siapa tak mahu beri makan. Saya pun rela beri makan. Tapi sekarang yang kepala botak pakai jubah kuning entah suci atau tidak, siapa nak beri makan percuma. Entah-entah kena penyamar, penipu, lagi berdosa.

Pergi ke mana-mana kena tambang kenderaan. Betul. Tapi jadi sami nak pergi mana? Apakah tugasan sami sebagaimana yang ditetapkan oleh Buddha? Lagipun jikalau ada urusan rasmi, sami akan dijemput.

Ramai sami di Thailand tak ada duit, tapi kenapa mereka boleh survivor? Acarn saya tak pegang duit tapi boleh hidup sehingga hampir 90 tahun. Pergi ke mana-mana (urusan orang) ada orang jemput. Makan ada orang bagi.

Duit bukan diterima pakai orang hari ini. orang dulu pun pakai duit. Kenapa sami dulu tak ada duit tapi boleh hidup dan mengamalkan Dhamma-Vinai lebih mulia?

Janganlah nak cari alasan untuk kesenangan diri. Kalau tak boleh hidup tanpa duit, jangan jadi sami. Itu saja. Jangan duduk merepek nak mengubah Vinai yang ditetapkan oleh Buddha. Zaman Buddha pun orang ada pakai duit. Ingat zaman Buddha semua percuma ke? Vinai Buddha tak bergantung pada masa atau keadaan. Vinai Buddha evergreen sepanjang zaman. Hanya orang mungkar saja suka cari alasan untuk melanggar Dhamma-Vinai.

Bekas sami tentulah pernah jadi sami. Apakah benda yang perlu dibawa oleh Bhikkhu bila nak ke mana-mana? Selain pergi MENYEBARKAN AGAMA BUDDHA, apakah urusan lain yang Bhikkhu boleh pergi?

Malang sungguh agama kita kalau orang yang "pergi menyebarkan ajaran agama" terpaksa keluarkan duit sendiri membayar tambang kapal terbang, bayar buffet, bayar sewa hotel dll. Ini orang pergi makan angin.

Bekas sami, bila nak cakap pasal agama, tolonglah cakap ikut ajaran agama, jangan ikut perasaan sendiri.

Bagaimana sekiranya suatu hari sami tak tahan pandang perempuan dan minta ada isteri dengan alasan semua orang pun ada pasangan? Adakah dibolehkan?

anak perlis indera kayangan said...

Kat Thailand bolehlah sami tak pegang duit boleh hidup.Binthabart pun ada org bagi makan.Naik kenderaan awam kadang free.Tapi kat M'sia? Pakai panya sikitlah klu nak berbincang isu sami.
Selain acarn CHA (arwah),sami mana lagi yg tak pegang duit kat Thailand skrg? boleh bagitau pembaca semua? Pernahkah jumpa acarn CHA atau pernah tak pergi ke Wat acarn CHA?
Jgn main rimbuk aje.

pena reformasi said...

Sami di Thailand dengan di Malaysia tak sama ke? Dhamma-Vinai tak serupa ke?

Jikalau anda rasa anda jadi sami perlu pakai duit, anda berilah alasan yang masuk akal. Anda pertikaikan tulisan saya (tentang phra tak boleh pegang duit) bererti anda pertikaikan Vinai Buddha. Ini bukan setakat tak pakai panya, tapi tak pakai otak.

(Saya pernah melawat wat Acarn Cha dua kali)

Adakah orang yang tak pernah jumpa Acarn Cha tak boleh cakap pasal Acarn Cha?

Adakah orang yang tak pernah jumpa Buddha, tak pernah pergi wat Buddha tak boleh cakap pasal Buddha dan ajaran Baginda?

Anonymous said...

Yang peliknya,tuan pena,bila kena komen sikit dtg mcm ribut juga. Apa nie?
Mai Anak perlis kayanagan kita tembak dia,bagi dia pakai akal sikit.
bekas sami

Siam KL said...

tok sami kini bukan sekadar pegang duit, tapi tidur peluk duit, tamak kumpul duit. Kerja lain tak buat. Sorang tok sami ada ratus-ratus ribu dalam bank dan ASB, nak buat tambang bas ke mana? Nak bayar nasi lemak kedai mana sebanyak ni?

Bekas sami woi, hang nak tembak Tuan Pena buat apa? Dia cakap betul, hang yang dok buat salah nak tembak orang! Hang ni sahih bekas sami alajji.

Anonymous said...

woi!!tembak siapa,tembak tuan pena mesti panas punggung juga.Bila tembak >ayat ego dan panas dia keluarlah.
yeh .yeh. yeh.

Anonymous said...

Kalau macam nie mai kito pakat-pakat derma duit kepada A.j.k wat saja.Tok sami susah sikit sebab satu mulut.Kalu derma kat Bendahari wat lebih baik ,anak bini dia boleh makan.A.j.k wat memang suka duit wat. woo!Makan banyak-banyak kenyang anak dia,nenek dia,tok dia,saudari dia dan puak-puak dia.
aslan

Kopi-o-kau said...

Aslan oi, kamu ni sultan ke apa main tuduh-tuduh. kalau kamu tau Bendahari makan duit laporla kat SPRM. cakap kosong sapa nak caya kamu!

Anonymous said...

Apa kesimpulannya saudara-saudari sekalian?

lembu lebih baik daripada kerbau ke? atau sebaliknya.

Vinaya Buddha tidak boleh diubah.
Dharma Buddha tidak boleh diubah.

Kepada sami-sami yang terdesak (atau hidup sesak kerana tidak boleh pegang wang),

Masih banyak kappiya-kappiya di luar sana yang boleh bantu sami.Orang Malaysia pemurah. Ini realiti.

Kalau tak ada orang nak bantu sami.
Keluar sami. Jadi kharawat. Ikut Sila 8.
Boleh jalani kehidupan suci juga.

Jangan jadi sami tetapi masih bersikap seperti orang biasa.

Jadi apa yang dimerepek, dimerapukan?

Siapa nak cipta hukum baru?
Siapa nak ubah dharma-vinaya Buddha?
Kalau mahu, cipta agama sendiri.

Sami tidak perlu pegang duit.

Orang biasa tak pakai handphone pun boleh, tak matipun.

Terdapat program/ kursus jatidiri yang melarang peserta pakai handphone. Tak pernah dengar ada orang mati tak pegang handphone.

Jadi sami tak pegang duit pun boleh. Apatah lagi ini Vinaya daripada Bhagava Buddha sendiri.

sk tin

Anonymous said...

Dulu jadi sami kat kampung kena balik ke umah minta duit mak dan bapa. Manalah nak cukup gi mana tunggu duit suat kusala.
Orang kampung tak ada duit nak derma.Susah jadi phra kat kampung.
bekas sami 1

Anonymous said...

dulu aku jadi phra dekat penang suat kusala dapat rm5. susah woi nak kaya. pegang duit banyak ni, dosa pun tak berat. apa pendapat tuan pena?

mat kelate