Monday, December 7, 2009

Kenapa Sami Siam Tak Ada Foto Begini?

Kenapa sami-sami Siam Malaysia tak ada koleksi foto seperti di bawah?








Ini antara foto-foto prihatin golongan intelektual yang sedar akan kepentingan pendidikan dan kebajikan masyarakat. Malangnya wajah sami Siam jarang wujud dalam foto begini.
Daripada foto-foto seumpama di atas, jikalau otak tak beku sangat, tahulah orang membandingkan tahap minda sami Siam dengan sami bukan Siam dalam soal intelektual.










17 comments:

bela sami said...

sami Siam takut nak ambik foto mcm ni sebab takut org tuduh kata sami main politik..5555...

Anonymous said...

Betul tu...saya sokong Bela sami.
Bukan senang mcm tuan fikir tuan pena.saya sokong Bela sami..
aslan

Anonymous said...

tok sami siam pun bt byk juga...tapi tidak minat nak kempen-kempen sana sini.Demo tak tau ke?aiya..dok dengan sami lama pun tak tau..
aslan

pena reformasi said...

Foto Educare takut tuduh main politik.

Pergi tunggu Madey di Putrajaya seperti kera kena belacan dan pergi melengung di pejabat MB tak takut kena tuduh.

Ada sapa-sapa di sini yang pergi? Maaflah ya kalau tersinggung.

Anonymous said...

Kalu ore jemput kena pergi ,(kalu sene)lagipun ore besaq-besaq kena hormat mereka juga.Tak bagi mu ore besaq2 ko?
mat kelate.

DEK DEK said...

tersirat dalam hati tuan blogger sebenarnya? saya tak faham langsung apa NIAT sebenar disebalik cerita macam ni.boleh perjelaskan?

pena reformasi said...

(DEK DEK) Tak ada niat apa-apa, cuma nak bagi masyarakat sedar betapa berbezanya sami Siam dengan sami bukan Siam.

pena reformasi said...

Hormat orang besar ada caranya. Siapa "paling besar" bagi penganut Buddha selain Bhikkhu? Siapa lebih mulia antara Bhikkhu dengan PM atau MB?

Pernah tengok Bhikkhu berdiri menunggu PM atau MB di Thailand? Kita sepatutnya menjaga maruah Bhikkhu agar tidak tercalar. Bila Bhikkhu "menghormati" orang politik secara membabi buta, masyarakat akan hilang hormat kepada mereka.

Sakit hati saya melihat telatah tok sami kita masa menunggu Madey di Putrajaya. Mereka pergi kerana ada pemimpin Siam yang mahu mengampu Madey lantas memperalatkan tok sami.

Pemimpin Siam ini juga pernah mencadangkan tok sami sertai perarakan Citrawarna, tapi dibantah. Kalau tidak, bolehlah tok Sami masuk TV.

Anonymous said...

Adakah bikkhu dalam photo ini allaji? Sebab ada kereta sendiri dan pandu sendiri?Tolong beri komen ya,atau allaji specail untuk bikkhu siam sahaja.Jangan sesiapa terasa ya,ini cuma hendak tanya pendapat mereka yang bergalaman dalam bidang agama.
Dalam hati bukan memperlekeh bikkhu mana-mana.Mohon maaf kepada bikkhu dalam gambar ini sebab mereka berkorban dan berbakti kepada agama,bangsa dan negara.
bhante sathuk

Anonymous said...

daripada perbincangan beberapa tajuk kebelakangan ini, saya dapati saudara tuan pena banyak menyiarkan komen-komen yang negatif daripada pembaca.

komen-komen yang merapu sedemikian melemahkan semangat para pembaca dan mungkin mengelirukan yang lain.

Komen-komen yang diberikan jelas menunjukkan betapa ceteknya pemikiran mereka tetapi cuba mempengaruhi orang lain.

Orang-orang seperti ini tidak akan mahu belajar dan berubah. Kerana mereka lebih seronok mengacau dan memporak-perandakan.

Selain daripada sangha theravada Sri Lanka, saya dapati sangha theravada aliran Cina dan Inggeris juga aktif, contohnya Vihara Buddha Gotama, Vihara Buddha Sakyamuni, Sasanarakkha Buddhist Sanctuary dan Nibbana Vihara.

Vihara-vihara ini semakin popular dan banyak menyumbang kepada perkembangan positif buddhisme seperti mendidik masyarakat bagi menjalani kehidupan suci seperti ajaran Buddha.

Syukurlah di Malaysia ini kita masih mempunyai banyak pilihan, selain daripada berbalah dan saling menuduh.


sk tin

pena reformasi said...

(SK Tin) Saya sedar dan sengaja menyiarkan komen "sampah" itu kerana ingin memperlihatkan kepada masyarakat umum bahawa orang kita yang celik IT, tapi masih ramai yang buta agama. Mereka mempertahankan perkara yang ditegah oleh agama.

Antara mereka, ada yang masih jadi phra. Saya ada terima e-mail bahawa terdapat orang kuat Than Chau Khun pun masuk berikan komen, tapi sayangnya komen sampah.

Saya yakin antara mereka ini ada yang pernah masuk U tapi pengetahuan agama begitu cetek. Mereka cuma bercakap ikut hati, tanpa merujuk kepada kitab agama. Inilah wajah sebenar sebahagian orang kita!

Saya harap pembaca yang matang dapat membezakan antara komen sampah dengan komen yang baik.

Anonymous said...

Janganlah kita cepat marah atau cepat melatah.Cubalah fikir sedalam-dalamnya dahulu sebelum memperkatakan sesuatu.Jika idea mereka ini sampah tolong perjelaskan kepada mereka.Betulkan mereka dengan hati yang suci dan sejuk.Sabarlah tuan,bukannya senang jikalau mahu membetulkan mereka-mereka tetapi tidak mudah pula.
ZAman moden ini kita boleh "recycle"kan sampah-sampah yang terbuang itu.Kenapa tidak,tuan "recycle idea-idea mereka yang bagai sampah itu.Jadi dapat kita pakai dalam blog ini juga.
Tuan pun kena faham bahawa agama pun kulit,daun,ranting dan sebagainya.Memang kita mahu "teras"nya tetapi mesti ingat juga sebelum menjadi teras mesti menjadi pokok dahulu.
BErsabarlah,tunjuklah kepada mereka jalan benar dan suci..
upasok

pena reformasi said...

(Upasok) Terima kasih! Betul kata Upasok,sampah bukannya tak ada harga, tapi perlukan kitar semula. Sekarang pun saya sedang membuat "recycle" sampah. Kalau tak ada "nilai" tentu saya tak siarkan.

Bekul sekali, ada bahagian teras, isi, kulit, ranting, daun dll. Persoalannya "sampah" bukan bahagian-bahagian ini. Daun yang gugur bila disapu barulah dipanggil sampah. Ada gunanya juga. Bukan tak ada guna. Sapu sampah termasuk dalam tugasan (kiccawat)sami. (Kward viharn larn phra chedi).

Agama kita mengutamakan kebersihan.

Dhammachaka said...

One of the first things that people who are new to Buddhism ask me is "can you recommend any good Thai Buddhism blog?"

I'll tell you, I have been the victims of some bad blog on Buddhism. There's a lot of garbage to wade through before you come across the gems.

I don't know how it is in Thai languages, but the Malay-language blog, Komuniti Siam Baru one million dollar man blog!

Anonymous said...

To Dhammachaka,

This blog can be a good blog to a buddhist who is keen to learn about his/ her religion. But it also can be confusing because he/she might not be able to differetiate between the useless garbage and the precious gem.

some provoking comments are just confusing the people.

i do hope that those who read in this blog will really get the benefits.

sk tin.

Anonymous said...

Please think first before writing on this blogger.I 'm just advise you and your friend.Thanks.
buddhist follower.

Anonymous said...

minta izin share article boleh?