Tuesday, December 22, 2009

Panca Sila Penentu Nilai Manusia


SILA 5 atau Panca Sila atau Benca Sila bermaksud pengamalan baik melalui perbuatan dan percakapan; menjaga kesopanan perbuatan dan percakapan; memelihara tatasusila; disiplin diri bagi menghindari kejahatan; dan mengawal diri agar tidak menyusahkan makhluk lain.

1. Menjauhkan diri daripada membunuh.

2. Menjauhkan diri daripada mencuri.

3. Menjauhkan diri daripada kesalahan seks atau zina.

4. Menjauhkan diri daripada berbohong.

5. Menjauhkan diri daripada arak, benda yang memabukkan dan dadah.


Sila 5 mempunyai pasangan Dhamma khas. Dhamma ini juga mesti dijaga. Contoh, sesiapa yang menganiaya binatang, walaupun Sila no. 1 tidak putus, tetapi dia tidak mempunyai METTA (belas kasihan). Jadi, SILA orang tersebut dianggap tidak suci. Bagi memelihara kesucian Sila, seseorang mesti menjaga Sila dan Dhammanya sekali.

Belas kasihan (metta-karuna) ialah pasangan Sila no. 1

Pekerjaan yang halal (samma ajiva) ialah pasangan Sila no. 2

Menolak kebebasan seks (Kama-tanha) ialah pasangan Sila no. 3

Perbuatan dan percakapan benar (Sacca) ialah pasangan Sila no. 4

Sentiasa waras, tidak lalai atau leka (Sati) ialah pasangan Sila no. 5

Sila 5 ini dalam Pali asal dipanggil Sikkha-pada @ Sikkha-bod (peraturan melatih diri); dan ada kalanya dipanggil Dhamma 5. Sesiapa yang berjaya mengamalkan Sila 5 ini dipanggil "orang ada Sila" iaitu permulaan kepada "orang suci" (virtuous).

Istilah PANCA SILA wujud dalam Tipitaka sejak dahulu, tetapi pada zaman terkemudian muncul istilah baru iaitu NICCA SILA.

Nicca Sila mendukung 2 maksud, iaitu (1) Sila yang menjadi kelaziman bagi orang biasa. (2) Sila yang menjadi penentu nilai manusia atau Sila yang menentukan seseorang itu layak menjadi manusia.

(Dalam Buddhism "manusia" tidak sama dengan " orang". Manusia ialah orang yang mempunyai "nilai" yang tinggi. Orang yang tiada "nilai" tidak dipanggil manusia. Nilai orang ialah Sila, moral, budi pekerti dll).

Jadi, untuk menjadi "manusia" mengikut fahaman Buddhism, seseorang itu sekurang-kurangnya mesti ada Sila 5 kerana Sila 5 ialah Sila/moral yang menentukan nilai manusia.

Sila 5 juga merupakan Sila/moral bagi Upasaka dan Upasika (Ubasok/Ubasika). Ubasaka atau Ubasika bermaksud mereka yang duduk hampir dengan Buddha, Dhamma dan Sangha (Tri-Ratana). Mereka ialah pewaris agama Buddha. Pewaris agama Buddha terdiri daripada 4 kumpulan manusia iaitu Bhikkhu, Bhikkhuni, Upasaka (lelaki) dan Upasika (wanita).

Jikalau kita mahu jadi orang yang bernilai tinggi, duduk hampir dengan Tri-Ratana dan jadi pewaris agama Buddha yang sah, peliharalah Sila 5 jangan bagi putus.

Anumodana, Sadhu!


8 comments:

milo-ais said...

Orang kutuk khun dalam blog JST. Ramai orang sakit jiwa kerana ksb.

pena reformasi said...

Saya hanya mampu kawal diri saya, saya tak mampu kawal perlakuan orang. Orang nak kata apa, saya tetap diri saya selamanya.

Acarn Cha pernah berpesan, bila orang mencemuh kita, kita tak usah peduli, kita jangan terima cemuhan itu kerana hakikatnya kita bukan begitu dan jangan beri tindak balas, lalu cemuhan itu akan kembali kepada orang tersebut sebagai karma hitam.

moggalan said...

Teruskan menulis Tuan Pena. Tuan berada di landasan yang betul.

DEKAN said...

Bagus! baru pembaca dapat membuat penilaian bila ada dua blogger bertembung.Byk org byk ideadan sumber info.

pena reformasi said...

Pembaca ada akal boleh menilai dan mampu membezakan yang mana kaca, yang mana permata.

Anonymous said...

orang sekarang rap-sin ikut adat saja. nak cari orang ada cukup sin 5 susah.

tok den

anti penipu said...

puak ni ada agenda tersembunyi di Jayanti. Bila KSB dedah mereka marah. Itulah sebabnya pakat maki KSB. Jayanti banyak duit, sapa tak merah mata nak berkuasa.

mereka hasut orang siam kelantan benci ajk dan minta kami pilih ajk baru.

Thai Lantu said...

Khun Anti Penipu..
Itu angkara/perancangan rapi pihak p'silar, sebab wat 8LiaM (Buddha Jayanti) merupakan tempat segala aktiviti mereka. Jadi kalulah mereka yang control 8Liam kan senang. jangan marah,pandangan ambo songan yah!.