Friday, December 18, 2009

Pemanasan Global: Apakah Peranan Sami Siam?

Semenjak kebelakangan ini dunia memberi perhatian khusus kepada masalah pemanasan global. Sekarang pemimpin dunia sedang berbincang tentang perubahan iklan dunia dan cara-cara mengatsinya di Copenhagen, Denmark. Pelbagai idea dilontarkan untuk "menyelamatkan dunia" daripada masalah perubahan iklim yang bakal membaca bencana, misalnya pencairan ais di kutub boleh menyebabkan beberapa bandaraya tenggelam; muncul virus baru yang berbahaya; kemarau panjang atau banjir besar di luar musim; dan sebagainya. Walapun jalan ke arah penyelesaian belum menemukan kata sepakat kerana negara maju, membangun dan miskin mempunyai pendapat berlainan dan kepentingan berbeza yang mahu dipertahankan. Perbezaan tersebut dijangka dapat diselesaikan sekiranya terdapat sikap toleransi yang tinggi daripada negara peserta.

Kenapa saya menyentuh isu pemanasan global? Kerana saya berpendapat bahawa Persatuan Sami Buddha di Malaysia harus melibatkan diri dalam hal ini. Saya tak pasti sejauh mana peranan yang dimainkan oleh para Phor Than Siam dalam masalah ini. Tetapi setakat yang saya tahu, Phor Than Siam kurang berminat dengan hal begini kerana tak ada duit masuk, melainkan duit keluar. Kebanyak Phor Than kita pantang membuat perkara yang terpaksa korek poket sendiri. Korek poket orang bijak sesangat, tapi bila tiba masa terpaksa korek poket sendiri, Phor Than mula menjauhkan diri.

Phor Than yang murah hati bukan tak ada, tapi tak ramai dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari tangan. Orang kata Phor Than kita jenis "jalan sehala" umpama tukir di mana belut boleh masuk tapi tak boleh keluar. Bila telah masuk ke dalam "karung" Phor Than, terlalu liat untuk dikeluarkan.

Pemanasan global berpunca daripada perlakuan manusia. Manusia tamak terlalu mengutamakan keuntungan jangka pendek tanpa mempedulikan kesan jangka panjang. Phor Than boleh menggunakan Dhamma untuk menyedarkan manusia akan bahaya pemanasan global atau perubahan iklim yang ketara. Tetapi walhasilnya, habuk pun tidak ada. Mungkin Phor Than sendiri tak tahu apa jadahnya pemanasan global itu?

Selain memberi kesedaran, Phor Than boleh menggunakan cara lain. Phor Than kita boleh ikut cara di Thailand. Maha Thera Samakhom Thailand mengeluarkan surat pekeliling kepada semua wat agar menanam pokok iaitu 10 pokok bagi setiap wat untuk mengurangkan pemanasan global. Contohnya, kalau kita ada 60 buah wat, 10 pokok setiap wat, kita telah menyumbangkan 600 batang pokok.

Seperti biasa program penanaman pokok ini akan ada alasan tersendiri untuk mengelakkannya - tiada tempat, tiada tenaga kerja, tiada modal dan sebagainya. Tebang pokok walaupun ditegah oleh Buddha, tiada alasan, tetapi bila diminta tanam semula pokok bermacam-macam alasan diberikan.

Wat yang dipimpin oleh Ketua Sami yang ada kesedaran tentang kepentingan alam sekitar tidak ada masalah kerana wat mereka memang "hijau dan nyaman" sepanjang masa. Tetapi Ketua Sami "kepala batu" yang otak dijangkiti virus materialism ada sedikit masalah kerana mereka hanya mementingkan bangunan batu daripada pokok-pokok. Pokok-pokok besar berusia puluhan dan ratusan tahun ditebang untuk didirikan rumah batu yang akhirnya kosong kerana tiada sami tinggal.

Orang Siam akan terus berhadapan dengan masalah besar selagi wat-wat Siam dipimpin Ketua Sami yang otak dijangkiti virus kapitalism ini. Dunia Lokuttara dijauhi kerana ternoda oleh duniawi. Tetapi duniawi yang didekati hanya duniawi yang memberi keuntungan diri. Duniawi yang memberi faedah kepada seluruh umat manusia tidak dipedulikan. Inilah sebahagian besar Phor Than Siam kita di Malaysia mahupun di Thailand.

Agama Buddha sangat mengutamakan alam sekitar. Bhikkhu dilarang "mengubah benda hijau" (tumbuhan) dari tempatnya; "tidak boleh memetik daun, bunga atau buah" dan "ditegah meludah atau membuang air di atas tumbuhan" adalah bukti bahawa Buddha menitik-beratkan kepentingan alam sekitar.

Oleh itu, sami Buddha harus ada kesedaran tentang kepentingan alam sekitar. Mereka wajib memainkan peranan proaktif untuk memulihara alam sekitar. Malahan Dhamma merupakan kaedah menyelesaikan segala masalah dunia hari ini - dari masalah pemanasan global, masalah sosial sehingglah kepada masalah kemelesetan ekonomi. Malangnya pengamal dan penyebar Dhamma tidak bijak menggunakan Dhamma dengan betul!

13 comments:

Anonymous said...

tuk sami sebahagian pemanasan global. dalam kuti ada peti sejuk, aircond,kipas,tv,hi-fi, bil letrik sebulan ribu-ribu. keh keh keh!!!!

ubasok kampung

Anonymous said...

Puak comitee budhha jayanti suka tebang pokok-pokok. Mereka nampak pkok-pokok macam musuh dia.
Tebang sana tebang sini.aku tangkap puak comitee ini potong dia baru tau..! he heh he.
cina campuran

pena reformasi said...

(cina campuran) Berapa banyak pokok boleh ditebang? Ingat Wat Jayanti seperti hutan Sarawak ke?

Khimao Talay said...

cina campuran arif benar dengan buddha jayanti, tentu dah banyak bungkus mihun jayanti dibahamnya.

samseng Pudu said...

Hello cina campuran (cina celup?), bila makan atas rumah jangan berak atas bumbung.

Anonymous said...

Aku akui dah makan nasi kat wat.Tapi,orang yang bawa datang ,bukan ajk wat yang bawa.Ajk wat datang maakan dan bawa balik dalam tabuan..tak percaya tanya tuan pena.
tuan pena ni suka tengok Ajk wat ma. ha ha ha..Ajk..ajk.. ajk.
cina campuran

Anonymous said...

Kita masih dapat lihat ada yang melarang kita menegur wat-wat tempat kita makan (???).

Bihun Wat Jayanti itu dari mana? Dari kedai wat atau bart?
Atau daripada khimao dan samseng.

Tajuk di sini bukan pasal makan atau berak.
Pasal pemanasan global dan peranan sami.
Siapa nak berak, pergi ke tandas.
Tetapi jangan pula membazir air.

sk tin

Anonymous said...

Saya rasa di kampung-kampung/ luar bandar, sami-sami agak kurang terdedah kepada isu-isu semasa.

Mereka mungkin tidak tahu atau tidak mahu campur dalam urusan duniawi.
orang kampung yang pergi ke wat pun banyak yang tua-tua. Yang muda pula hanya nak berhibur dan mabuk sahaja. Tidak semua, banyaknya begitu.


Masih jauh jalannya....tuan pena.

sk tin

pena reformasi said...

Saya kagum dengan beberapa wat di Kelantan yang mempunyai landscape yang indah. Pokok-pokok ditanam secara teratur. Ini hasil daripada kesedaran akan kepentingan alam sekitar.

Aktiviti "menghijaukan" wat akan berhasil seandainya Ketua Sami ada kesedaran. Saya pernah terlibat dengan program menghijaukan beberapa wat di selatan Thailand sepuluh tahun dahulu. Program itu berjaya kerana selepas lima tahun saya pergi tengok, pokok-pokok yang ditanam tumbuh menghijau.

Siam KL said...

Cina campuran makan nasi wat yang dibawa oleh orang. Betulla tu. Lepas makan kencing berak dalam wat, bil air api siapa bayar? Buddha jayanti kalu tak ada AJK telah lama bungkus. Harap Siam yang tumpang makan dekat wat boleh bantu apa.

Cina campuran jangan ingat sami ada kuasa boleh bantu. Jayanti didaftar atas nama persatuan SBA. SBA dijaga dan diurus oleh AJK. Sami tak ada kuasa urus SBA. Sami hanya menumpang. Wat Buddha Jayanti cuma nama yang diberi oleh AJK. ROS hanya iktiraf SBA.

Cina campuran mungkin spesis sekumpulan Siam yang tahu tumpang SBA tapi tak pernah kenang budi AJK SBA. Macam-macam tuduhan dilempar kepada AJK SBA.

Cina campuran kalu kamu terror pergilah ajak tuan kamu sewa tempat sendiri, tak usah tumpang dewan SBA.

Anonymous said...

Memang betul tu..SBA banyak power,tak percaya tengokla,dia control wat buddha jayanti.Syabas! syabas! syabas! SBA .
Mat jenin

Anonymous said...

Saya tumpang makan nasi sahaja.Siapa yang makan duit wat?Siapa tumpang ooi.Kalau tidak ada puak siam kelate,SBA pun ranap juga.Puak siam yang angkat puak SBA. he he he...jangan marah..
tanya diri sendiri.
cina campuran

Siam KL said...

SBA wujud sejak tahun 1957. Siapa yang bina? Siam Kelate ke? Saya nak bagi tau, sekerat dua saja Siam Kelate yang bantu SBA. Yang lain tak pakai langsung. Saya tak nak sebut nama kerana tak nak jatuhkan maruah sesiapa. Jayanti boleh survival sehingga hari ini kerana bantuan orang Cina.

Cina campuran mungkin orang baru yang telah ditiup telinga oleh mereka yang mendabik dada konon mereka yang berjasa kepada Jayanti, padahal mereka itu hanya parasit Jayanti. Saya telah lama datang ke Jayanti, masa tu sami Kedah tinggal di Jayanti. Saya tahu siapa yang berjasa, siapa parasit dan siapa taik Jayanti.

Maaf kerana emosional kerana saya nak bagi tau perkara yang benar kepada generasi baru Jayanti. Siam Kelate yang berguna hanya sekerat dua. Yang lain hanya datang bila ada makan, bila ada kerja semua hilang. kalau tak percaya, pergilah tengok masa hari Wesak, siapa yang tolong, Cina ke Siam Kelate?

sekarang Siam parasit sedang rancang rampas pucuk pimpinan Jayanti kerana terliur tengok duit dalam Donation Box. Mereka sedang jalan propaganda buruk-burukkan AJK Jayanti.