Saturday, December 19, 2009

Perkara Yang Tidak Harus Dibicarakan

Terdapat beberapa perkara yang tidak patut dibincangkan oleh kaum Buddhis kerana akan menyuburkan KESESATAN, antaranya ialah:

1) Adakah saya pernah wujud (lahir) pada kelahiran dahulu?

2) Adakah saya tidak pernah wujud (lahir) pada kelahiran dahulu?

3) Pada kelahiran dahulu saya jadi apa?

4) Pada kelahiran dahulu bagaimana keadaan saya?

5) Pada kelahiran dahulu saya jadi apa dan akan jadi apa seterusnya?

6) Adakah saya akan wujud pada kelahiran akan datang?

7) Adakah saya tidak akan wujud lagi pada kelahiran akan datang?

8) Pada kelahiran akan datang saya akan jadi apa?

9) Pada kelahiran akan datang bagaimana keadaan saya?

10) Pada kelahiran akan datang saya jadi apa dan akan jadi apa seterusnya?

ATAU tiba-tiba kita timbul keraguan di hati kita lantas tertanya-tanya:

11) Sekarang (kehidupan kini) saya wujud atau tidak wujud?

12) Saya jadi apa sebenarnya?

13) Keadaan saya bagaimana?

14) Makhluk dunia datang dari mana dan akan pergi (selepas mati) ke mana?

ATAU yang berkaitan dengan Atta dan Anatta:

15) Adakah Atta saya ada?

16) Adakah Atta saya tidak ada?

17) Saya boleh tahu Atta dengan Atta?

18) Saya boleh tahu Anatta dengan Atta?

19) Saya boleh tahu Atta dengan Anatta?

20) Atta saya merupakan penerima (pada kehidupan dahulu) dan akan menerima (pada kehidupan sekarang) balasan Karma baik dan Karma jahat kerana diri saya kekal abadi, tidak berubah dan akan kekal begitu selamanya?

(Atta di sini merujuk kepada "diri yang kekal" atau yang kita fahami sebagai Roh)


Mereka yang mempunyai Ditthi (kepercayaan) sebegini tidak akan terlepas daripada timbunan kesengsaraan.

Perkara yang harus dibicarakan oleh kaum Buddhis ialah:

1) Dukkha (kesengsaraan)

2) Samudaya (punca kesengsaraan)

3) Nirodha (keadaan bebas dari kesengsaraan)

4) Magga (jalan untuk bebas daripada kesengsaraan).

Rujukan 1: Tipitaka

Rujukan 2: Tipitaka

Rujukan3: Tipitaka

Apabila diperhatikan, tahulah kita bahawa Buddha tidak menggalakkan kita berbicara tentang perkara yang TIADA kaitan dengan penghapusan kesengsaraan kerana bakal membuang masa. Contohnya, jikalau kita berbahas tentang "kita pergi ke mana selepas mati" sehinggalah tamat hayat kita, jawapannya belum tentu dapat kita ketemukan.

Sebaliknya, apabila berbicara tentang Ariya Sacca 4 dan mengamalkannya dengan tekun, kita mungkin akan bebas daripada Dukkha dalam jangka hayat ini.

Mereka yang membicarakan 4 perkara di atas (Ariya Sacca 4) dengan sepenuh hati, mampu mencapai Ariya Sangha atau Ariya Puggala (Ariya Bukhon).

Nota: Kepada mereka yang suka membincangkan perihal agama Buddha, berhati-hatilah agar tidak "terlalu bijak" sehingga membincangkan perkara yang tidak digalakkan oleh Buddha. Perkara yang tidak digalakkan oleh Buddha apabila dibincangkan akan menyebabkan Kilesa bertambah dan kita semakin sesat. Dalam bahasa mudah, kita jadi semakin bodoh, bukan semakin pandai. Walaupun kita lulusan universiti, ada PhD tetapi tidak arif dengan Dhamma Buddha, dalam konteks agama Buddha, kita tetap dianggap tidak bijak.

Mereka yang suka menggunakan "rasional akal" dalam membicarakan perihal agama Buddha juga selalu masuk perangkap sendiri. Agama Buddha tidak bercanggah dengan penemuan sains, tetapi rasional akal tidak boleh diterima pakai dalam semua Dhamma Buddha. Rasional akal hanya mampu menjangkau tahap "Sila-Dhamma" (moraliti) tetapi tidak mampu menjangkau tahap "Paramattha Sacca" (kebenaran sejati). Pendekatan falsafah juga merupakan pendekatan paling longgar dalam membicarakan agama Buddha.

Kesimpulannya, kita mesti tafsir Dhamma dengan bahasa Dhamma. Jangan tafsir Dhamma dengan bahasa orang nanti orang akan ketawakan kita!

Sadhu! Sadhu! Sadhu!

23 comments:

pena reformasi said...
This comment has been removed by the author.
pena reformasi said...

Terdapat blog baru yang ciplak tulisan saya, kemudian persoalkan sumber tulisan tersebut. Lepas tu, tuduh saya ciplak tulisan orang. Macam-macam kerenah manusia.

Tak perlu persoalkan tulisan sesiapa, bacalah Tipitaka kerana semua ajaran Buddha ada di dalamnya.

Dek Wat said...

Depa pedih hati sama KSB. Sebab tu dok cari cara bagi orang tak baca KSB. Siam kita bila nampak pucuk tumbuh subur, mula merah mata nak petik bagi layu kerana hasad dengki.

Itu blog puak alajji tuan Pena. tak payah peduli.

syabas kerana sajikan dhamma peringkat tinggi. Ditthi 16 tak senang dihapuskan.

Budak-budak kini gemar cakap pasai Atta tanpa pengetahuan mencukupi. Itulah sebabnya ramai yang makin sesat.

Anonymous said...

Betul seperti kata tuan Pena dahulu alajji dan baruanya tak boleh duduk diam bila muncul KSB. Padan muka. Depa ingat semua Siam boleh dibodohkan. Bila ada Siam celik agama seperti komuniti KSB, baru rasa gelisah.

Bantai, tibai, gasak cukup-cukup sehingga sedar!

tukang patuk

pena reformasi said...

Minta maaflah Saudara K kalau nak promote blog anda melalui KSB. KSB bukan web iklan!

Kopi-o-kau said...

ada orang nak tumpang glomour ke tuan pena? jadah haram mana boleh kasi tau?

kapcai said...

bagi peluang kat dia tuan pena. keciiiiann dia!

sahabat KSB said...

Buddha tak nak umatnya buat ramalan tentang kehidupan. Bila mereka praktik, mereka tahu sendiri pertanyaan-pertanyaan tu.

pena reformasi said...

(sahabat KSB) Apa yang saudara kata memang betul. Buddha tidak berhasrat agar kita menjejaki dunia filosofi yang hanya pandai membuat ramalan yang akhirnya ramai membunuh diri kerana putus asa dengan kehidupan.

fan ksb said...

"rasional akal tidak boleh diterima pakai dalam semua Dhamma Buddha"

nak tanya tuan Pena dlm bahagian mana Dhamma Buddha tdk sesuai dgn rasional akal ??

sila nyatakan??..Bukankah Dhamma Buddha adalah AKALIKO??..

pena reformasi said...

(fan KSB) Banyak tempat kita tak boleh pakai rasional akal/logik, seperti Karma yang melangkaui zaman kehidupan, chan samabat, ubekha, atta/anatta, Nirvana dll. Bagaimana perkara ini hendak dibuktikan dengan rasional/logik akal? Perkara ini hanya dapat diketahui melalui PANYA BUDDHISM.

Logik akal tak mampu menjangkauinya. Logik akal hanya mampu mencapai tahap moral atau falsafah, bukan Paramattha Sacca agama Buddha.

Rasional/logik akal datang daripada kemampuan berfikir. Sedangkan kemampuan berfikir tak sama antara individu. Kanak-kanak mungkin menganggap cerita Superman rasional bagi mereka. Sedangkan orang dewasa tidak begitu.

Arahant mengetahui kebenaran Khanda 5 melalui Panya bukan melalui rasional. Mereka juga mencapai Nirvana melalui Panya bukan melalui logik akal.

Dalam kata lain, rasional/logik akal hanya mampu mencapai tahap Lokiya-Dhamma. Lokuttara-Dhamma hanya mampu dicapai melalui Panya.

PANYA Buddhism hanya mampu diperolehi dengan mempraktiskan Magga 8.

fan ksb said...

MAGGA 8

1. Pengertian Benar (sammâ-ditthi)
2. Pikiran Benar (sammâ-sankappa)
Sila
3. Ucapan Benar (sammâ-väcä)
4. Perbuatan Benar (sammâ-kammanta)
5. Pencarian Benar (sammâ-ajiva)
Samâdhi
6. Daya-upaya Benar (sammâ-vâyama)
7. Perhatian Benar (sammâ-sati)
8. Konsentrasi Benar (sammâ-samâdhi)


Tuan Pena..

Magga ke 5 (samma ajiva)..adakah juga dituju kpd org yg menjaga Brahma Chariya (Banphachit)..

Magga 8 utk semua umat Buddha atau hanya Banphachit??..

pena reformasi said...

Magga 8 untuk semua kaum Buddhis (banpachit dan kharawat) kerana inilah satu-satunya jalan mencapai individu mulia (ariya bukhon) dan Nirvana. Magga 8 merupakan jalan tengah dalam pengamalan.

Samma Ajiva (pencarian/sara hidup yang betul) juga melibatkan banpachit.

fan ksb said...

Bagaimana pula dgn pengajaran dr KALAMASUTRA Tuan pena??..bukankah itu mengajar kita supaya bijak menggunakan rasional akal??...

Anonymous said...

saya suka saudara tuan pena membincangkan tentang 14 perkara ini. saya rasa tuan pena patut tumpu kepada Dhammma untuk umat awam pula. Cukuplah tentang perilaku sangha.

Umat harus dibangunkan dengan kesedaran dhamma juga.

Perkara 14 itu tidak dibincangkan kerana akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan.
Seperti juga sains...terdpat teori-teori yang dibuktikan, ada yang disangkal (ditolak kemudiannya), ada yang diperpanjangkan....
Sains juga tidak kekal kerana sering sahaja ada perubahan.

Perkara 14 itu tidak boleh dijangkaui sains.

Kita patut pegang kepda nasihat Baghava yakni 14 perkara itu kalau dibincangkan hanya sia-sia.
Seperti kisahnya orang yang terkena anak panah. Orang itu sepatutnya segera mendapatkan rawatan, bukan bertanya tentang asal usul panah atau doktor yg akan merawatnya.

Begitulah juga kita, kita harus mengamalkan dengan ubat (dhamma).

sk tin

pena reformasi said...

(fan ksb)Bukan maksud saya bahawa kita tak boleh menggunakan rasional akal. Malah agama Buddha menggalakkan kita menggunakan rasional akal. Kalamasutra salah satunya peringatan daripada Buddha supaya kita tidak mudah "terpengaruh" dengan sesuatu ajaran.

Namun bukan semua ajaran Buddha "boleh dipercayai" melalui rasional akal. Ajaran tahap tinggi, Nirvana misalnya bagi penganut agama lain merupakan suatu yang "utopia" iaitu suatu yang mustahil dicapai kerana mereka menilai Nirvana dengan rasional akal. (Rasional akal mempunyai kemampuan terhad dalam menilai kebenaran agama).

Malahan kita pun mempercayai Nirvana hanya mengikut kitab sahaja. Hakikatnya rasional akal kita juga tak mampu menjangkau Nirvana kerana Nirvana hanya mampu diketahui melalui vipassana/pavana. Dalam agama Buddha terdapat 3 jenis panya iaitu ru cham (tahu mengingat)ru ching (tahu benar) dan ru cheng (tahu secara terang). Rasional akal mampu menjangkau yang pertama dan kedua sahaja. Yang ketiga diperolehi melalui Panya.

Kalamasutra merupakan panduan asas kepercayaan. Untuk "konfirm" kita mesti mempraktiskannya.

Khon Thai Lantan said...

Sedih... sedih sekali. Ramai mengaku menganut agama
Buddha, tapi tak tahu ariya sacca 4.

fan kasb said...

nak pelajari Dhamma Buddha kita harus bebas dr fahaman konsep ketuhanan dlm agama lain, kalo tdk minda akan bercelaru..

nak faham agama Buddha harus ada asas pemikiran Benedict Spinoza serta Albert Einstein..

sahabat baru said...

(nak faham agama Buddha harus ada asas pemikiran Benedict Spinoza serta Albert Einstein..)?

2 tokoh ni hidup tahun berapa?

Phra Arahant dan intelektual Buddhism ada sejak ribuan tahun dahulu. Mereka tak ada asas pemikiran Spinoza atau Einstein, tapi berupaya memahami ajaran Buddha.

fan ksb said...

"Phra Arahant dan intelektual Buddhism ada sejak ribuan tahun dahulu. Mereka tak ada asas pemikiran Spinoza atau Einstein, tapi berupaya memahami ajaran Buddha."


ZAMAN BUDDHA KALA DGN ZAMAN SEKARANG AMAT BERBEZA, ZAMAN KINI TERLALU RAMAI PUAK2 FUNDAMENTALISM
MINDA KAUM SIAM MALAYSIA 2 KALI 5 DGN PUAK2 NI!!..

pena reformasi said...

Saya rasa untuk memahami Dhamma kita harus tahu asas pemikiran Buddha. Untuk tahu asas pemikiran Buddha, kita patut memahami pemikiran Panya Nantha, Buddhadasa Bhikkhu dan Dhammapidok (P.A Payutto).

Walaupun dalam buku The 100, A Rangking of The most Influential Person In History, penulisnya Michael H. Hart meletakkan Buddha di rangking ke-4, saya tetap menganggap Buddha paling ulung.

fan ksb said...

Tuan Pena dan rakan-rakan yg dikasihi lagi dihormati..

Saya amat bersetuju, untuk tahu asas pemikiran Buddha, kita patut memahami pemikiran Panya Nantha, Buddhadasa Bhikkhu dan Dhammapidok (P.A Payutto).

Di sini saya sebutkan nama-nama tokoh umpama Benedict Spinoza serta Albert Einstein adalah bertujuan utk mengukuhkan lagi keyakinan Buddhisme terhadap Dhamma Buddha..

Kedua-dua tokoh tersebut tadi tidak dibesarkan mahupun diasuh dlm suasana Buddhisme spt kita , tetapi mengapa minda mereka boleh mempunyai persamaan dgn apa yg disampaikan oleh Buddha kpd kita??..Bukankah itu adalah suatu perkara yang menakjubkan??

pena reformasi said...

(fan ksb) Saya setuju dengan anda. Ramai tokoh terkemuka dunia "sealiran" dengan pemikiran Buddha, bahkan menyanjung pemikiran Baginda.

Ramai ahli falsafah, pakar psikologi dan tokoh motivasi dunia menulis buku bertolak daripada pemikiran Buddha.

"Tuhan bukan dalang wayang kulit yang menggerak-gerakkan tali dan mengawal segala gerak. Tuhan mengawal dunia melalui hukum alam yang pasti. Tuhan adalah alam dan alam adalah Tuhan." Begini pendapat Baruch Spinoza, ahli falsafah Zaman Pertengahan tentang Tuhan.