Thursday, December 3, 2009

Phor Than Kita Tidak Prihatin

Saya ingin bertanya kepada pembaca satu soalan. Sejak anda pergi ke wat Siam, berapa kali Phor Than (Tok Sami) di wat minta anda pergi membuat kebajikan masyarakat, misalnya menderma atau membuat sedekah kepada rumah anak-anak yatim, rumah OKU atau rumah orang-orang tua?

Saya bertanya soalan ini kerana terdapat seorang pembaca menghantar e-mail kepada saya. Dia menulis, kebanyakan Phor Than sekarang hanya mementingkan diri, para sami dan wat sahaja. Masyarakat persekitaran langsung tidak dipedulikan.

Dia berkata sejak dia masuk sebuah wat Siam, perkara yang selalu dia dengar ialah Phor Than tersebut minta dia "cari duit" bagi menyiapkan pembangunan material di dalam wat, lepas satu, satu. Maklumlah dia orang business, maka Phor Than melihat dia sebagai kawah yang memancut-mancutkan duit.

Dia menambah, agama lain mempunyai tahap keprihatinan yang tinggi terhadap masyarakat. Persatuan atau Kelab agama lain begitu pantas menghulurkan bantuan kebajikan sekiranya berlaku bencana. Malah orang-orang yang tenat di hospital pun diziarahi wakil agama lain. Wakil agama Buddha atau para sami jarang ke hospital menziarahi orang sakit sekiranya tidak diundang. Mereka kurang prihatin.

Sedangkan Phor Than Siam (bukan semua) hanya mengambil berat perkara yang menguntungkan diri sendiri, sami dan wat. Walaupun wat sudah kaya raya - bangunan dan patung penuh wat, namun masih mahu membina itu dan ini lagi. Sesetengah wat, bangunan kediaman sami lebih hebat dari hotel. Jumlah patung - Buddha, Sivali, Kun Yin, Phra Phrom, Yak, Marn, anjing, babi lebih banyak dari jumlah sami dalam wat.

Orang lain tempat tinggal pun ala kadar, makanan pun tidak cukup, anak hendak sekolah pun tiada duit, tetapi Phor Than selaku murid Buddha yang diajarkan untuk membimbing manusia dan devata melepasi kesengsaraan memandang sepi keperitan hidup orang lain. Orang lain itu bukan siapa, tetapi masyarakat Buddhis yang saddha kepada Phor Than itu juga. Bagaimana hendak melepasi kesengsaraan hidup (dukkha) jikalau perut lapar, rumah bocor dan anak tidak mendapat pendidikan yang sempurna?

Lebih parah lagi, sesetengah Phor Than sekarang ini bukan setakat "minta" kita tambun, bahkan memujuk dan merayu dengan janji-janji yang enak didengar. Kata-kata doa juga meruntun hati. Phor Than sedar orang sekarang semuanya mahu jadi kaya, oleh itu "doa kekayaan" tidak lengang dari bibir.

Kepada orang yang sangat kaya (jutawan), Phor Than akan kata: "Mari tambun semoga kehidupan kini dan akan datang bertambah-tambah kaya. Seng li ho-ho!" Orang ini dilayan seperti VVIP. (VVIP ini ada kuasa boleh menarik hidung Phor Than).

Kepada yang sederhana kaya (tauke) Phor Than akan kata: "Mari tambun agar kehidupan kini dan akan datang lebih kaya. Seng li ho-ho!" Orang ini dilayan seperti VIP. (VIP ini ada kuasa menarik tangan Phor Than).

Kepada yang tidak kaya, Phor Than kata: "Mari tambun!" Orang ini tidak diucapkan "kaya" kerana Phor Than tahu memang jenis ini susah hendak kaya. Orang ini dilayan seperti orang biasa. (Tiada kuasa langsung).

Manakala kepada yang miskin, Phor Than kata: "Mari tambun agar boleh hidup senang seperti orang lain!" Orang ini dilayan ala kadar bagi memenuhi adat. (Tiada harga).

Mendengar "doa kekayaan" dari mulut Phor Than, kembang hati penderma. Padahal itu hanya umpan semata-mata. Phor Than kita umpama jalan sehala. Masyarakat hanya boleh tambun kepada Phor Than, tapi jangan mengharap Phor Than akan tambun balik kepada masyarakat tatkala masyarakat ditimpa kesusahan.

Sampai bila Phor Than kita akan terbuka hati MELIHAT kesengsaraan sebenar yang dihadapi oleh masyarakat sekarang? Kesengsaraan masyarakat sekarang bukan berpunca daripada AVIIJA yang memerlukan penawar Ariya Sacca 4 semata-mata, tetapi kesengsaraan kerana tiada keperluan asas, dilahirkan tidak sempurna, ditimpa bencana, ditimpa penyakit kronik dan penyakit sosial yang memerlukan DUIT untuk dijadikan penawarnya.

Alangkah baiknya jikalau kita ada Luang Ta Maha Bua yang prihatin kepada masyarakat, bukan kepada kerajaan semata-mata. Sadhu! Sadhu! Sadhu!

15 comments:

Anonymous said...

Memang betul tuan pena kata itu,tidak menolong masyarakat.Masyarakat mesti di tolong dan mesti diutamakan.Kita kenalah tengok secara jelas lagi.Bukan hendak di tolong dengan wang ringgit.Kalau dengan jampi bukit-bukit menjadi emas pun tidak cukup untuk keperluan. Entahlah fikir-fikirkan..
penduduk siam malaysia.

Anonymous said...

persoalan inilah yang membelenggu masyarakat Siam sebenarnya. wat yang maha mewah manakala kehidupan di sekitarnya daif dan kekurangan. satu kontrakdiksi yang jelas. sepatut perkembangan material di wat seiring dengan hatahp hidup masyarakat. tetapi tidak.

Harap kepada penderma-penderma sekalian, di samping menderma kepada wat dan sangha tu, jangan lupakan masyarakat awam yang lain.
duit yang lebih juga boleh beli buku-buku agama untuk dibaca dan diderma.

Hanya masyarakat yang celik minda barulah agamanya menjadi bernilai dan dipandang tinggi oleh orang lain.

SK TIN

Anonymous said...

Phorthan2 sedang mendapat nasihat wakil undang-undang (peguam) untuk menyaman tuan pena.Jadi,bersiap sedialah mendapat surat saman dari peguam.Selamat kalau selamat.
Kasim tidak selamat.

pena reformasi said...

(Kasim tidak selamat) Tidak cukup tapak tangan, nyiru ditadahkan! Kah, kah, kah!

Kopi-o-kau said...

famous la ksb bila dapat surat saman.

Anonymous said...

saman??
hah..ini yg aku suka..
terus-terang bila aku menulis, aku sgt berharap tulisan aku itu mendapat respon..kalu tulis lepas tu org buat tak tau saja, aku boleh sakit jiwa...
Tahniah tuan pena kalu kena saman, menunjukkan tulisan tuan pena ini mmg power..aku mula dengki nih..

-dinkheng

pena reformasi said...

(dinkheng) Saya tak boleh kata apa, hanya ketawa kah, kah, kah!!!!

Anonymous said...

Masyarakat siam ataupun cina,india juga akan tidak berminat jika memanggil mereka menderma kepada rumah OKU dan lain2.Bagi mereka menderma kepada temple2 lebih baik.Rumah orang tua atau anak-2 yatim menipu juga.
Setengah tempat rumah anak yatim,tidak memberi keperluan kepada penghuni-2nya juga.Tidak percaya tanyalah yang menetap di sana.
Kalau setahun sekali melawat mereka memang tidak tahu.Setengah umah anak yatim,tidak berminat dengan barang-2 yang diderma, mereka lebih suka wang ringgit.
aSalan

Anonymous said...

Sendiri tidak mau buat,dok halang ore pula,dosa besar nie..
Jadi,tepuk dada tanya selera,tepuk telinga dengar kata.
bekas sami 1

Anonymous said...

mendermalah dengan kebijaksanaan.

Kalau menderma milo dan buku rujukan, takkan mereka tidak pakai?
Selepas menderma, boleh pergi ke rumah kebajikan untuk siasat. Kalau tidak puas hati, derma ke tempat lain.

Kalau kita selalu ada alasan untuk tidak membuat kebajikan, bagaimana lagi caranya?
minta padangan.

sk tin

Anonymous said...

Jadi susahnya untuk mrnderma.Kena fikir beribu-ribu kali. Itulah sktin,baca lebih byk sikit hal agama buddha dan ikut.Lepastu bolehlah bagi pandangan yg elok.Baca boleh sebuah buku dah nak kritik dah,habislah mcm ni.
jangan marah ya..
bekas sami

Thai SIAM said...

Khun Bekas Sami, saya syorkan kalaulah anda mempunyai fahaman/pengetahuan dalam Dhamma lebih baik dari SK Tin atau tuan Pena, dipersilakan memberi tunjuk ajar kepada pengikut KSM.

Tapi dari ulasan/komen khun dalam KSM, saya dapati fahaman Dhamma khun masih jauh kurang jika dibandingkan dengan cara SK Tin dan tuan Pena memberi komen.

Maaf jika anggapan saya salah.

Anonymous said...

Saya sokong kalau Bekas Sami lebih hebat dhamma dari SK Tin dan Tuan Pena, tolong tunjukkan pengetahuan khun. Jangan asyik mengata orang, bila sendiri belum buktikan lebih hebat.

Entah-entah khun ni bekas alajji!!!! Jangan marahhh!

(bekas abuk rokok)

penjaga malam said...

Bila orang tak minat derma ke tempat OKU, sami boleh jadi pengantara. Temple kat Thailand sudi mengubati pengidap AIDS, takkan temple kita tak sanggup bantu kebajikan masyarakat.

Anonymous said...

bila terima surat saman tuan pena jangan diam-diam woi, mesti bagitau. kita nak tau phor than binawe mana saman ksb, loyar kepala bendul mana sudi ambil kes.

anak kelate