Wednesday, December 9, 2009

Siapakah Sasaran Dhamma-Vinaya Buddha?

Berkaitan dengan penyebaran Dhamma-Vinaya, terdapat 3 golongan utama manusia di muka bumi ini yang menjadi perhitungan Baginda Buddha.

1. Golongan yang sama ada pernah atau tidak pernah jumpa Buddha; sama ada pernah atau tidak pernah mendengar ajaran Buddha, mereka tetap tidak melakukan kebaikan. (Ajaran Buddha tidak memberi kesan kepada pemikiran golongan ini. Mereka tetap dengan kejahatan mereka).

2. Golongan yang sama ada pernah atau tidak pernah jumpa Buddha; sama ada pernah atau tidak pernah mendengar ajaran Buddha, mereka tetap melakukan kebaikan. (Ajaran Buddha tidak memberi kesan kepada pemikiran golongan ini. Mereka tetap menjadi orang baik).

3. Golongan yang apabila berjumpa Buddha atau mendengar ajaran Buddha, barulah terbuka hati untuk melakukan kebaikan; tetapi jikalau tidak berjumpa Buddha atau tidak mendengar ajaran Buddha, mereka tidak melakukan kebaikan. (Ajaran Buddha mempengaruhi pemikiran golongan ini. Perbuatan jahat atau baik mereka dipengaruhi oleh ajaran Buddha).

Ketiga-tiga golongan ini, golongan ketiga merupakan golongan yang menjadi penyebab Buddha mengajar dan menyebarkan ajaran Baginda. Melalui golongan ini juga, ajaran Buddha disebarkan kepada golongan lain. Ariya Sangha dan Ariya Puggala dalam agama Buddha lahir daripada golongan ini.

Golongan kedua, mereka tetap melakukan kebaikan walaupun tidak pernah mendengar khutbah Dhamma Buddha walau sepatah. Minda mereka telah berada di tahap tinggi.

Manakala golongan pertama, golongan yang walaupun berjumpa Buddha dan mendengar Dhamma-Vinaya (ajaran) Buddha, mereka tetap tidak mahu melakukan kebaikan atau menjadi orang baik-baik atau orang mulia. Mereka tetap dengan pandangan salah mereka. Dhamma-Vinaya tidak mampu mempengaruhi minda mereka untuk menjadi orang yang mempunyai pandangan yang betul (Samma Ditthi).

Golongan ini sangat berbahaya kerana mereka mungkin pernah "mendengar ajaran Buddha" dan mengingatinya dengan baik, tetapi perbuatan mereka songsang dengan ilmu agama yang ada pada mereka. Mereka tetap dengan sikap "akusala" mereka. Namun, mereka ini mampu mempengaruhi orang ramai kerana mereka pernah mendengar (mempelajari) ajaran Buddha. Dan keadaan bertambah teruk seandainya mereka berpangkat besar dalam institusi agama, atau ilmu mereka bertaraf Acarn Vipassana.


Loba (tamak), Dosa (marah) dan Moha (sesat) yang merupakan punca kepada segala kejahatan (akusala-mula) terus subur di hati mereka. Walaupun mereka ini mungkin seorang sami, seorang Maha, seorang Phra Kru, atau Chau Khun, hati mereka tetap tertutup kepada kebaikan kerana ajaran Buddha tidak memberi kesan apa-apa kepada mereka. Kalau mereka sami, mereka akan jadi sami alajji; kalau mereka seorang Maha, mereka akan jadi Maha alajji; kalau mereka orang biasa, mereka akan jadi orang biasa alajji.

Jadi, bukan perkara pelik sekiranya orang yang mengaku beragama Buddha - selalu mengucapkan:

Buddhang Saranang Gaccami,

Dhammang Saranang Gaccami,

Sanghang Saranang Gaccami,

tetapi tidak mematuhi Dhamma-Vinaya Buddha kerana kehidupan mereka tidak dipengaruhi ajaran Buddha.

Waspada dengan golongan ini.



Rujukan: Tipitaka 20/152/461

8 comments:

Anonymous said...

Sesiapapun boleh mengucap! Boleh berkata-kata tetapi siapa boleh kotakan janji atau buat seperti yang dia rancangkan.Ramai bercakap sahaja dulu hingga kini.
mat jenin

Anonymous said...

Aku pandai ucap ... buat ... hu-hu, tak laratla... lo ni aku ucap dua ajer ... Sangkang ... aku pilih-pilih ucap ... keh...keh...keh!

ngok pha

Anonymous said...

Mahu buat Plan bukannya senang nak lakukan,apalagi hendak lakukan!Ramai pandai komen,tak ramai pandai buat.
mat jenin

Anonymous said...

Aku dulu masuk sami,mau ubah itu,ini,tapi tak senang.K'ritik sami besar itu dan ini hal. Tapi,bila aku menjadi sami setahun lebih pun dapat ubah apa2.Kerja sebar agama bukan senanglah.Komen dan kritik senang.Lepastu aku keluar dok kerja,lagi senang senang.Aku kurang faham agama,ingat ke senang.
bekas sami 1

pena reformasi said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Nak mengubah sesuatu yang telah menjadi cara hidup/tradisi walhal perkara yang salah, teramat susah.

Namun, generasi muda hari ini kelihatannya tak mahu menurut secara membabi buta. Mereka mula berfikir secara rasional. Satu perkembangan yang baik.

Pembaca KSB yang sentiasa memberi komen juga saya rasa tersimpan niat untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan, cuma cara atau pandangan mungkin berbeza. Umpama ratusan sungai dengan kandungan air yang berbeza tahap kebersihannya tapi semua mengalir ke muara.

Anonymous said...

Generasi muda tidak suka tuak,samsu atau araklah.mereka lebih suka ubat batuk,ubat kuda dan yang gian lagi.Punah habis puak muda...sakit hati sikit ubat kuda..
mat kelate

pena reformasi said...

(mat kelate) Itu anak muda haprak jenis bodoh tak boleh ajar, cerdik tak boleh tumpang.

Anak muda seperti mat kelate tak akan jadi begitu.

Anonymous said...

mek kelate tadak ko masuk sini? setahu ambo jenuh mek kelate dekat kolompo ni. buke apa, ada baik juga baca ksb. ambo tengok mek kelate taksub benar dengan tok ca ni. kalu ksb boleh tolong cuci otak sikit baikla.

anak kelate