Friday, December 25, 2009

SILA Tidak Mampu Membersihkan Hati

[238] ศีล 5 หรือ เบญจศีล (ความประพฤติชอบทางกายและวาจา, การรักษากายวาจาให้เรียบร้อย, การรักษาปกติตามระเบียบวินัย, ข้อปฏิบัติในการเว้นจากความชั่ว, การควบคุมตนให้ตั้งอยู่ในความไม่เบียดเบียน — the Five Precepts; rules of morality) 1. ปาณาติปาตา เวรมณี (เว้นจากการปลงชีวิต, เว้นจากการฆ่าการประทุษร้ายกัน — to abstain from killing) 2. อทินฺนาทานา เวรมณี (เว้นจากการถือเอาของที่เขามิได้ให้, เว้นจากการลักโกง ละเมิดกรรมสิทธิ์ ทำลายทรัพย์สิน — to abstain from stealing) 3. กาเมสุมิจฺฉาจารา เวรมณี (เว้นจากการประพฤติผิดในกาม, เว้นจากการล่วงละเมิดสิ่งที่ผู้อื่นรักใคร่หวงแหน — to abstain from sexual misconduct) 4. มุสาวาทา เวรมณี (เว้นจากการพูดเท็จ โกหก หลอกลวง — to abstain from false speech) 5. สุราเมรยมชฺชปมาทฏฺฐานา เวรมณี (เว้นจากน้ำเมา คือสุราและเมรัยอันเป็นที่ตั้งแห่งความประมาท, เว้นจากสิ่งเสพติดให้โทษ — to abstain from intoxicants causing heedlessness) คำว่า เบญจศีล ต่อมาในสมัยหลัง มีชื่อเรียกเพิ่มขึ้นว่าเป็น นิจศีล (ศีลที่คฤหัสถ์ควรรักษาเป็นประจำ — virtues to be observed uninterruptedly) บ้าง ว่าเป็น มนุษยธรรม (ธรรมของมนุษย์หรือธรรมที่ทำให้เป็นมนุษย์ — virtues of man) บ้าง.

พจนานุกรมพุทธศาสตร์
ฉบับประมวลธรรม
พระพรหมคุณาภรณ์ (ป.อ. ปยุตฺโต)
พระธรรมปิฎก (ประยุทธ์ ปยุตฺโต)


Apabila kita lihat definisi SILA 5 di atas, tidak ada sepatah perkataan pun yang menyebut tentang HATI atau MINDA. Sila tidak berupaya mengawal hati, minda atau pemikiran orang. Sila nombor 1-5 hanya berkaitan dengan mengawal perbuatan dan percakapan.

Hati, minda atau pemikiran hanya dapat dikawal melalui amalan Samadhi-Vipassana. Luang Phor yang mengamalkan Dhamma-Vinai secara tegas mempunyai perbuatan dan percakapan yang baik-baik kerana mereka mampu mengawalnya dengan Sila. Sedangkan hati atau minda mereka tetap tidak tenang dan masih melekat pada kama-guna. Oleh itu, mereka mengamalkan Samadhi-Vipassana untuk mengawal dan membersihkan hati daripada Sangyojana 10 (Sangjot 10).

Sekiranya Sila mampu mengawal perbuatan, percakapan dan hati, Buddha tidak perlu duduk Samadhi-Vipassana (Anapanasati). Cukuplah dengan menjaga Sila.

Sila, Samadhi, Panya. Sila mengawal perbuatan dan percakapan agar boleh menjadi asas/tapak kepada Samadhi. Samadhi menenangkan hati/minda agar menjadi asas/tapak kepada Panya. Panya berusaha membebaskan minda daripada segala kemelekatan.

Dalam buku Dhamma untuk "budak-budak" adakalanya dituliskan bahawa Sila bertujuan menjaga perbuatan dan percakapan juga pemikiran. Bahagian "pemikiran" sengaja ditambah untuk melengkapkan 3 perkara asas "tindakan" manusia iaitu pemikiran, percakapan dan perbuatan. Budak-budak belum sesuai diajarkan Samadhi-Vipassana. Tetapi itu buku Dhamma budak-budak. Kita orang dewasa mesti belajar Dhamma yang betul.

Jadi, orang yang mampu menjaga Sila 5 dengan sempurna belum tentu hatinya juga "sempurna". Lobha, dosa dan moha bertapak di hati. Perkara ini tidak mampu dihapuskan dengan Sila. Bhikkhu mempunyai Sila 227 tetapi belum mampu mengawal hati. Oleh itu, mereka terpaksa melakukan Samadhi-Pavana untuk membersihkan hati.

(Kepada "blogger alajji" yang berhasrat mengambil tulisan saya, diizinkan dengan Anumodana. Tetapi janganlah digunakan untuk memutar-belitkan Dhamma Buddha. Kalau tak tahu, pergilah belajar dahulu. Tulislah dengan bahasa yang boleh difahami. Nak jadi blogger mesti reti bahasa woi. Bahasa budak tadika tak mainlah, buat malu persatuan blogger).

13 comments:

anuttaro said...

Menyengat juga Tuan Pena. Ringkas tapi dalam.

Sila, amadhi dan Panya saling kait-mengait. Panya tak ada tanpa Sila. Orang tak ada sila tak ada Samadhi dan Panya.

Sila penting tapi kurang diamalkan. Macam mana nak ada Panya.

Anonymous said...

Betul tuan pena sila tak boleh bersih hati. dekat kampung aku puak mae chi jaga sila tak tinggal, tapi tamaknya mak ooii, takut aku. pergi samadhi dekat siam balik lagi teruk. pergi wat tak ada benda lain pot pot pot pet puji benda yang dia dapat dari samadhi. dapat apa tak tahu.

anak mea chi

pena reformasi said...

Sila dijaga/diamalkan agar kehidupan kita jadi normal. Orang yang ada Sila adalah orang normal kerana Sila itu sendiri bermaksud normal atau lazim.

Sewaktu muda mungkin sukar sedikit untuk kita mengamalkan kesemua Sila kerana tugasan atau keadaan tidak mengizinkan.

Namun, selepas usia meningkat tua, tugasan semakin kurang, tanggungjawab semakin ringan, kita mungkin mampu menjaga kesemua Sila. Kalau tak boleh menjaga semua, ada satu dua pun lebih baik daripada tiada langsung.

Di samping itu, sekiranya kita pernah mempelajari Samadhi, kita bolehlah mengamalkannya agar dapat melahirkan Panya. Pokoknya dalam kehidupan kita, berusahalah mengamalkan Sila, Samadhi dan Panya agar kelahiran kita sebagai anak kepada Baginda Buddha tidak sia-sia.

fan ksb said...

Syabas Tuan Pena!!..kerana anda masih tdk berputus semangat, biarkan anjing-anjing terus menyalak kapal terbang!!...

Untuk "Bamphen Barami" seseorang harus mempunyai semangat yang kuat serta minda yang teguh sesuai dengan "ittibat 4" yang diajar Buddha.

Buddha dan Phra Arahant sendiri terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan halangan semasa mengembangkan ajaran-ajaranya, hairan apa manusia biasa mcm kita??..

pena reformasi said...

(fan ksb) Terima kasih kerana menyokong KSB. Memang betul kata anda, pengembangan agama Buddha selalu menghadapi rintangan dari dalam dan luar. Buddha sendiri beberapa kali menghadapi cabaran antaranya dituduh menghina orang tua (Brahmana, menyesatkan orang, Parachik, dan cubaan membunuh 3 kali oleh Devatat.

Mongganlana dipukul oleh penjahat kerana mereka dengki kononnya Mongganlana mampu melawat neraka dan syurga dan ceritakan kepada Buddha menyebabkan Buddha popular.

Kruba Sri Vichai, Chiangmai pernah dipenjarakan kerana didakwa cuba memberontak terhadap kerajaan.

Buddhadas Bhikkhu dilabel komunis sehingga Raja Bhumipol dilarang menziarahi Suanmokk. Puncanya kerana beliau mengajar tentang "hak sama rata" yang kebetulan selari dengan teori ekonomi komunis.

Dan ramai lagi "pemberi cahaya" kepada masyarakat dilabel bermacam-macam agar masyarakat terus dalam "kegelapan" dan tidak mempercayai mereka.

Setan-setan yang menyerupai orang terlalu ramai dalam masyarakat Siam. Mereka ini hidup umpama Peta (pret). Mereka ini takut kehidupan mereka terjejas apabila perbuatan mereka didedahkan. Lalu sesiapa yang mendedahkan kebenaran akan dikutuk dan dilebalkan pelbagai-bagai agar masyarakat keliru.

Saya akan terus menulis selagi ada orang mahu membaca tulisan saya.

anti penipu said...

Aku kenal Tuan Pena. Aku dapat agak anjing-anjing mana menyalak. Berani menyalak dari jauh. Tak berani masuk dekat. Gegar dunia bila anjing berani masuk dekat harimau ... sorri ya wahai anjing-anjing semua. Tembelang kamu sudah dikesan. Marn Sangkhom!

Tubuh persatuan kebas duit persatuan. Pergi wat tipu duit sami. Pergi Samnak bawa balik beras. Busuk sehingga tak ada tempat baik lagi ada hati mengutuk KSB.

Jangan marah. Mari kita main kutuk-mengutuk supaya orang luar tahu siapa kita!

Anonymous said...

ada orang siam pakar putar-belit. ksb kritik alajji tapi depa putar belit kata kritik phra song. Ksb kritik penyangak harta wat, depa putar-belit kata kritik orang siam.Depa bawa lumpur tapi cuba mempalit kepada semua orang.

orang begini kalu jadi pemimpin keluarga bakal bawa jahanam kepada keluarga. kalu jadi pemimpin wat bakal jahanamkan agama. kalu jadi pemimpin persatuan bakal jahanamkan persatuan. sikapnya suka putar-belit dan memesongkan pikiran orang.

depa ni mengamuk selepas ksb siarkan komen tentang sikap parasit depa di wat Jayanti. itulah puncanya. kalu nak kenal depa ni pergilah wat jayanti, saudara-saudara akan tahu kebenaran apa yang ditulis dalam ksb.

(tukang bawa cerita)

Anonymous said...

Kejayaan tiada tercapai tanpa dugaan.

Seperti kata fan ksb, Buddha Bamphen Barami sejak ratusan kelahiran sebelum jadi Buddha. Setiap kelahiran dugaannya penuh berduri.

Selepas jadi Buddha, dugaan tak habis lagi. Sewaktu sebarkan ajarannya, Bhagava ditentang hebat oleh kaum Diarathi. Orang India waktu itu berpegang kuat dengan Ditthi (micca ditthi). Bila Buddha menganjurkan Samma Ditthi, mereka menentang dengan bermacam-macam cara.

KSB jua sedang berdepan cabaran. Berkat kesabaran KSB akan berjaya melepasi dugaan. Anggaplah maki hamun asam garam kehidupan!

putera Segambut

Khimao Talay said...

Kondem biar mampus puak tumpang perut dekat samnak/wat Siam. orang bina samnak/wat bagi bantu agama Buddha, mereka pergi buat tahi. Bila kena tegur, melatah lenting macam anjing gila menyalak sana sini. Bapak anjing tolong nasihat anak-anak anjing jangan menyalak lebih-lebih nanti tak boleh balik kampung.

kerabu said...

tuan pena, tumpu pada dhamma lebih baik dari dok layan puak micca ditthi.

Anonymous said...

KSB makin popular kerana ada blog tolong promote.

Biasalah tuan pena, Che Det sama Najib pun ditibai, apakan pula dengan tuan pena.

lesung batu

Thai SIAM said...

Saya setuju 101% apa yang dipaparkan. Ramai yang kita nampak Dhamma Thammo, pegang/amal Sila 8, nampak luaran saja yang bersih dan elok tapi dalam (hati) penuh dengan hasad dengki/dendam (bukan semua tapi...).

Teruskan perjuangan..Tuan Pena, yang baik jarang dipuji, hanya yang jahat biasanya diheboh..

pena reformasi said...

Nasihat yang baik akan dijadikan teladan. Nasihat yang tak baik akan dijadikan sempadan.

Saya akan tumpu pada Dhamma. Tapi kritikan terhadap institusi agama, persatuan, masyarakat atau individu tetap diteruskan. Matlamat utama blog KSB adalah untuk membongkarkan kemungkaran tanpa memilih bulu. Bulu singa pun sekiranya terpaksa akan diselongkar.

Saya tak pernah takut kepada cabaran. Saya hanya takut tiada pembaca blog sahaja. Apa guna saya tulis kalau tiada orang baca? Betul tak? Kah ... kah ... kah!!!!