Saturday, January 16, 2010

Apakah Pandangan Anda?

Saudara tuan pena,

saya cadangkan saudara bicangkan tajuk-tajuk yang menjadi kemusykilan masyarakat, terutama generasi baru. Dan saya harap para pembaca dapat kemukakan pandangan mereka.

Tajuk-tajuk seperti:

1. umat buddhis membeli dan bermain saham.

2. penggunaan perkataan-perkataan yang dilarang oleh agama lain seperti ibadat, iman dsbgnya.

3. umat buddhis mengundi parti yang berasakan agama lain dalam pilihanraya.

4. menderma kepada pertubuhan yang menyalurkan bantuan untuk kepentingan agama tertentu (bukan buddhisme).

5. etika umat buddhis Theravada terhadap sami-sami Mahayana.

6. umat buddhis dan materialistik. sejauh mana umat buddhis boleh mengejar kebahagiaan mereka berasaskan kebendaan.

saya harap tuan pena dapat kemukakan tajuk-tajuk di atas secara berasingan. semoga para pembaca dapat memberikan pandangan sebagai pedoman agar kita dapat memperkaya ilmu kita dan menjalani hidup yang lebih bermakna.

terima kasih.

SK TIN

January 16, 2010 10:28 AM

Saya amat berterima kasih kepada SK Tin yang memberi cadangan yang membina. Tajuk-tajuk yang diberikan begitu dekat dengan kehidupan kita, tetapi tidak ramai yang tahu realitinya dari sudut agama Buddha. Oleh hal demikian, eloklah kita berbincang bersama berdasarkan pengetahuan agama Buddha masing-masing.

2 comments:

Anonymous said...

Kaum Buddhist boleh mendapat kekayaan tetapi mesti pastikan dari mana kekayaan yang datang itu.Mereka mesti mendapat puncanya dengan cara"samma ayivo".
sinaran baru

Anonymous said...

sudah lebih seminggu artikel disiarkan namun tidak ada respon.

apakah perbincangan di ruang ini semakin lesu?

pembaca semakin sibuk?

atau pembaca lebih berminat kepada artikel perbalahan?

apakah kesimpulannya?
tradisi masyarakat yang tidak mahu berubah dan tidak cakna.

sk tin