Tuesday, January 26, 2010

Buang Isi, Makan Kulit

Orang kata masyarakat Siam lebih suka kulit daripada isi. Kalau diletakkan kulit dengan isi, orang Siam akan pilih kulit. Sampai bila kita akan terus makan kulit?

Maksud saya kulit agama, bukan kulit kacang. Agama ada bahagian isi dan bahagian kulit. Bahagian isi ada zat yang banyak, manakala bahagian kulit tiada zat, tetapi orang Siam lebih gemar kepada kulit. Bahagian isi ialah bahagian yang diajarkan oleh Buddha. Bahagian kulit pula entah dicipta oleh siapa, tetapi diamalkan oleh masyarakat kita sejak turun temurun. Bahagian kulit ini telah diadun dengan budaya bangsa sehingga sukar dibezakan yang mana kulit agama dan yang mana budaya bangsa.

Pendek kata, kebanyakan amalan agama kita bukan amalan agama dalam erti kata sebenarnya tetapi satu tradisi yang dipanggil "upacara keagamaan" yang sukar ditinggalkan. Upacara keagamaan ini bukan agama tetapi sekadar upacara. Namun, ia telah jadi sebahagian kehidupan kita. Boleh kata, upacara keagamaan ini telah sebati dengan kehidupan kita sehingga kita terlupa kepada isi agama. Di sini saya turunkan beberapa contoh yang menunjukkan bahawa kita lebih utamakan upacara daripada agama:

1. Kita tak boleh tinggalkan upacara "rap sin" (terima Sila) tetapi kita boleh tinggalkan Sila sesuka hati. Setiap kali melakukan upacaya keagamaan kita mesti minta Sila (mayang bante) tetapi bukan semua mengamalkannya. Padahal dalam agama, mengamalkan Sila lebih mulia daripada meminta Sila. Minta tetapi tak diamalkan umpama kanak-kanak nakal yang minta nasi tetapi tak mahu makan.

2. Dalam Sanghadana di wat kita juga lebih pentingkan upacara daripada tujuan Sanghadana. Upacayanya berjela-jela dan meleret-leret entah ajaran Buddha atau ajaran Brahmana yang diamalkan. Terdapat beberapa sebab kita dituntut membuat Sanghadana. Salah satunya adalah untuk membersihkan jiwa yang tamak. Malangnya selepas berpuluh-puluh tahun kita pergi buat Sanghadana di wat, perasaan tamak kita belum juga berkurang, malah semakin bertambah. Sebab apa? Sebab kita pentingkan upacara daripada isi. Kita buat Sanghadana dengan harapan untuk naik syurga bukan untuk kurangkan perasaan tamak haloba.


3. Apabila ada kematian, kita jemput Sami datang baca Kusala di depan keranda. Baca Kusala satu kewajipan bagi masyarakat Siam walaupun sepatah haram pun tidak difahami. Padahal agama Buddha mementingkan kebijaksanaan (panya), tetapi bagaimana hendak jadi bijak jikalau kita tak faham apa yang dibacakan oleh Sami. Baca Kusala sebenarnya untuk orang hidup bukan untuk orang mati.

4. Apabila masuk rumah baru, kita akan jemput Sami datang "suat mongkhun" rumah. "Mongkhun" bermaksud kebaikan. Bolehkah kebaikan datang kepada kita hanya dengan "suat" jikalau kita sendiri tak berbuat baik? Sebenarnya yang penting bukan "suat mongkhun" tetapi perbuatan "mongkhun" iaitu berbuat perkara yang baik.

5. Apabila kahwin kita juga akan jemput Sami datang ke rumah untuk "merestui" perkahwinan kita. Tetapi berapa ramai pasangan yang minta Sami berikan ceramah agama berkaitan rumah tangga untuk dijadikan pedoman. Ada orang kata Sami pun tak ada bini, bagaimana hendak beri nasihat kepada pengantin. Entahlah.

Ini sekadar contoh. Banyak lagi sudut-sudut kehidupan kita yang mengutamakan upacara dan tradisi daripada inti agama yang diajarkan oleh Baginda Buddha.

Malahan yang amat sedih dan terkilan apabila penganut agama Buddha yang mengaku beragama Buddha tetapi tidak memahami Ariya Sacca 4 dan Magga 8 yang merupakan inti agama Buddha.

Apakah maknanya menjadi penganut agama Buddha jikalau tak pedulikan Ariya Sacca 4 dan Magga 8, sebaliknya mementingkan upacaya keagamaan semata-mata. Kulit seharusnya membungkus isi. Kita kopak kulit untuk makan isi. Tetapi ramai orang Siam makan kulit, buang isi!

11 comments:

Thai SIAM said...

Inilah masalahnya tuan Pena, perkara yang kita amalkan sejak turun menurun susah nak diubah atau diperbetulkan.

Pihak yang sepatutnya membetulkan pula masih lena dengan kesenangan yang diperolehi hasil dari amalan tradisi tersebut. Jadi kepada siapa lagi kita nak mengharap???..takkanlah nak mengadu kepada Tok Imam...

pena reformasi said...

Nak ubah bukan mudah kecuali berlaku anjakan paradigma kepercayaan di kalangan generasi muda. Siapa yang boleh diharapkan menanam benih kesedaran kepada mereka selain Bhikkhu. Soalnya kini Bhikkhu sukar dicari kerana yang melilau-lilau dalam wat hanya sami yang sebahagiannya alajji pulak.

buddhist prihatin said...

penganut Buddha sembahyang kerana mengharap kuasa luar biasa dr patung Buddha atau patung phra "kechi" mereka menganggap seolah-olah patung-patung tersebut mampu mengubah nasib mereka..Tidak kurang yg bernazar dengan patung-patung utk mendapatkan sesuatu habuan. Ada yang menyembahkan tarian bogel apabila kononnya hajat
mereka ditunaikan, ada yg menjamu arak dll di hadapan patung-patung tersebut.

Penganut Buddha yg betul-betul memahami Dhamma amat kurang..

Anonymous said...

Sebenarnya di dunia ini banyak lagi kumpulan buddha yang lain yang sedang berusaha untuk menambah penganut mereka. bahkan mereka lebih bersifat global kerana menyokong usaha-usaha keamanan dunia, kemanusiaan dan isu-isu persekitaran.

Suatu hari nanti, kumpulan-kumpulan ini akan menjadi majoriti dan menjuarai isu-isu buddhisme. pada masa itu, ajaran theravada akan dianggap sebagai ajaran pesimistik, individualistik dan mundur.

sk tin

Anonymous said...

Orang Siam melekat dengan tradisi sehingga ajaran buddha diabai. sami pula penting duit dari mengajar orang. tak hairan bila ramai muda-mudi siam convert agama.

Labi-labi

doraemon said...

ramai siam sesat agama, tapi tok sami lagilah sesat. orang masuk wat bukan nak ajar dhamma, tapi minta tolong cari duit buat bot, rong tham, sala, chaidi dan kuti.

kawan aku pernah pergi jumpa tok sami nak minta nasihat masalah keluarga. dia cakap apa kau orang tau? dia kata kawan aku jangan bawa masalah keluarga ke wat. boleh ke dia kata begitu. tolol punya tok sami.

booonDA said...

Alahai semua Buddhist era milinium,
Apa la yang boleh diajar orang, sedangkan diri sendiri pun tidak boleh diajar. Kiles menebal, oh sukar dibayangkan. Panggil suatmon, tak kira suat apalah, dapat angpau sikit: buat isu macam-macam. Komen macam-macam. Kedekut la, masin la. 7 tamnan atau 12 tamnan pun dapat free dari wat, kain kuning free masa kathin, makan free, tidor free, dan masa pergi sambutpun, kadang-kadang transport free.(Selalu penganjur tanggung semua tu) Apa lagi?? Tidak tahu ka hendak berkhidmat untuk masyarakat, dah la tidak boleh berkhidmat untuk negara sebab sedang menjunjung sila angka 227 (kononnya) dan kepala gondol.
Jadi, mana ada cara untuk berDhamma? Hanya yang adapun Tham mark2 la barangkali? Lepas lasikha boleh beli kereta atau apa-apa hal-hal duniawi.

Anonymous said...

Sahabat ambo orang Buddhist, tapi hilang respect sama si kepala gondol kerna asyik menipu. Dia pernah tanya sama Tok Sami tukang tilik nasib di Kelantan kenapa bina patung Buddha Cina (Amitabha) dalam wat Siam? Tok Sami bilang kalu sahabat ambo bawa duit datang, dia baru bina patung Buddha Theravada. Pasal sekarang yang bawa duit datang wat orang Cina. Sahabat ambo buntu.

(tukang tilik nasi dalam periuk)

Anonymous said...

Ada sorang sami kat wat sungai petani. Ramai org sanjung dia, kebanyakkan org Cina. Tok ketua sami wat tu dengki lalu upah gengster hindu paria RM1.8k pi pukoi sami tu. Parah juga sami malang tu. Sampai kena hantar balik thailand.

Ini la sami era milinium.

(Mr Y2k10)

pena reformasi said...

(Mr Y2K10) Semuanya boleh berlaku apabila perasaan tamak dan dengki menguasai diri. Sami juga orang biasa yang adakalanya kiles lebih tebal daripada kharawas. Sebab itulah kita selaku Buddhism harus dapat membezakan "sami puja Dhamma" dengan "sami puja kilesa".

Anonymous said...

Memang ramai antara kita suka makan kulit pisang.Isinya dibuang kepada orang lain.