Sunday, January 10, 2010

La Sikkha Kerana Jodoh?

Kata orang, jodoh tak akan ke mana, umpama ikan di laut, asam di darat bertemu juga di dalam periuk.

KORAT - Bekas sami yang juga merupakan penceramah agama Buddha terkenal berusia 71 tahun sanggup la sikkha untuk bersanding dengan wanita pilihan berusia 69 tahun. Majlis persandingan diadakan dengan meriah dengan kehadiran tetamu seramai 400 orang.

Pengantin lelaki mendedahkan bahawa dia mengenali pengantin perempuan sewaktu jadi sami. Perempuan tersebut menghadapi sejenis penyakit dan sami tersebut berjaya mengubatinya dengan perubatan tradisional sehingga sembuh. Selepas itu, dia minta perempuan itu datang mengamalkan Dhamma (meditasi) di wat. Akibatnya dia jatuh cinta lalu mengorbankan "kain kuning" pada tahun baru 2010 untuk mendirikan rumah tangga.

Barang hantaran ialah sebuah rumah berwarna merah jambu yang bernilai 1.3 juta baht dan sebuah Toyota Vios.

(Perkara begini tak pelik. Kata orang cinta itu buta. Kisah cinta sami tua dengan Ubasika tua begini pernah berlaku di Kelantan. Beberapa tahun lepas, seorang Phor Than di sebuah wat di Daerah Tumpat dilamun cinta dengan perempuan pisau cukur. Banyak ribu telah lesap sebelum tersedar dan insaf. Risik-risiklah kalau nak tahu lebih lanjut).


8 comments:

dek thai said...

Phor Luang kampung ambo keluar sami bawa sekali duit kathina kerana gila perempuan cina bergelar nenek.

fan ksb said...

Phuttho Dhammo Sangkho!!..

Beginilah kalo masuk sami utk mengaut harta, beribu tahun pun tak akan nampak cahaya Dhamma..

Lihat tu, duit hantaran sampai jutaan Baht!!..ini sah tak pernah menghayati "hukum trailak"..
Dah tua bangka masih gila "kamma guna"..

Anonymous said...

Kalau keluar sami kerana cinta itu tak apalah...sudah jodoh..nak buat macam mana. Lagi pun ini bukan jenayah.

Yang pelik dan menjadi tanda tanya ialah HANTARAN yang diberikan.
Keluar sami boleh bagi hantaran sedemikian rupa???

sk tin

Nunui said...

Hai, blog kumpas.. copy kat sini pi paste kat sana. Mana artikel dhamma Phra maha.

Anonymous said...

Sama belaka,pasal tino,ramai tak bleh tahe,lube tu ramai yang suka.jahane habis puak neraka.
kampung mito

pena reformasi said...

Saya pun hairan dengan hantarannya yang begitu tinggi nilainya. Kaya betul phra zaman sekarang!

Siam KL said...

Nunui, Phra Maha tengah tulis dhamma BM jangan kacau beliau. Benda baik mesti sabar menunggu.

Anonymous said...

saya telah baca blog kumpas...masih baru tetapi tidak ada apa-apa faedah pun.

artikelnya disalin daripada blog KSB ini bulat-bulat.
komen tidak membina.

"paccatam veditabbo vinnyuhi'ti"

orang yang berakal akan memahaminya dengan sendiri.

sk tin