Tuesday, January 5, 2010

Tathagata: Tiada Siapa Berebut Nama Buddha!

Saya bangga menjadi penganut agama Buddha kerana saya tidak perlu berebut nama Baginda Buddha dengan sesiapa. Sesiapa pun tidak akan berebut dengan saya. Saya memanggil Buddha sebagai Phra Buddhachao. Kawan saya memanggil Phra Buddhichao. Kawan saya yang lain memanggil Sakyamuni. Kawan saya yang lain lagi memanggil Sang Bhagava. Dan banyak lagi kawan saya yang memanggil nama Buddha mengikut kebiasaan masing-masing. Pokoknya, saya tidak perlu dan tidak pernah berebut nama Buddha dengan sesiapa. Itulah yang menjadi kebanggaan saya.

Ada apa pada nama? Jikalau merujuk kepada nama orang biasa-biasa seperti kita memang tidak ada apa penting sangat. Tetapi nama pengasas agama tentulah ada sesuatu yang lebih daripada sekadar nama.

Buddha memanggil diri sendiri sebagai Tathagata (Thai: Tathagot). Apabila memberi khutbah kepada para sami, Buddha menggunakan Tathagata sebagai nama ganti diri. Kenapa Baginda menggunakan nama Tathagata?

1. *Loka (dunia) merupakan keadaan yang telah diketahui dengan jelas oleh Buddha. Oleh itu, Buddha telah berjaya melepaskan diri daripada dunia. Buddha begitu arif dengan sebab-sebab kewujudan dunia. Oleh itu, Buddha telah berjaya meninggalkan sebab-sebab tersebut dengan sempurna. Buddha juga arif dengan penghapusan dunia. Oleh itu, Buddha telah berjaya menghapuskan dunia. Jalan bagi penghapusan dunia telah diketahui Buddha. Dan Buddha telah mencapai jalan penghapusan dunia tersebut. (Merujuk Ariya Sacca 4)

(Loka/dunia di sini bermaksud Dukkha/kesengsaraan).

2. Ayatana di mana manusia, dewa, mara, Brahma (Phrom), Samana-Brahmana dan makhluk lain melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh, mengetahui dengan hati/minda, mencari, melekat (kemelekatan), Ayatana tersebut telah diketahui dengan terang/jelas (melalui Pencerahan Sempurna) oleh Buddha. Sebab itulah Buddha memperolehi gelaran Tathagata.

3. Semenjak Buddha memperolehi Pencerahan Sempurna (Samma-Sambodhi) sehinggalah Baginda Parinibbana (selama 45 tahun), Buddha telah mengajar dan memberi khutbah; semua pengajaran dan khutbah tersebut tidak pernah bercanggah, berbeza, atau bertentangan antara satu sama lain. Sebab itulah Buddha memperolehi gelaran Tathagata. (Maksudnya, ajaran Buddha sentiasa terpelihara "keselarasannya"; tidak berubah-ubah mengikut peredaran waktu).

4. Buddha tidak berkata begitu, tetapi berbuat begini. Buddha tidak bercakap A, tetapi berbuat B. Pertuturan dan perbuatan Buddha sentiasa selari. Sebab itulah Buddha memperolehi gelaran Tathagata.

5. Dalam segala dunia - manusia, dewa, mara, Bhrama, samana-Brahmana dan mahkluk lain, Buddha paling unggul; tidak "ditakluki" oleh sesiapa; berjaya melihat segala benda; dan mempunyai kuasa tertinggi (melalui Dhamma) tanpa ada kuasa (individu) lain mampu menandinginya. Sebab itulah Buddha memperolehi gelaran Tathagata.

(Sutta ini harus difahami dengan pengamatan yang mendalam).

Nama-nama Buddha yang lain ialah:

Dhammakaya, Brahmakaya/Phromakaya, Dhammaputa, Brahmaputa/Phromaputa, Samana, Brahmana, Vetkhu, Phisakko, Nimomlo, Vimako, Yani, Vimutto.


Oleh itulah saya katakan tiada siapa berebut nama Buddha dengan saya kerana tiada siapa di dunia ini yang serupa dengan Buddha dan layak memakai gelaran Tathagata. Buddha hanya satu; tiada dua atau tiga Buddha di dunia ini dalam sesuatu masa!

7 comments:

Sawaddi said...

Saya dapat rasakan tuan blogger blog Kumpas adalah seorang sami. Entah2 Phra Maha kot.

Anonymous said...

setengah-tengah wat,ajk wat rebut beras dan minyak.mereka tidak minat tentang boon,yang mereka mau beras.kalau wang kena ajk yang atasan aje rebut2.
1q

kawan maha Sinchai, Perlis said...

Sami? Maha? Kalau Maha sah Maha tak ada patyot. Yang ada cuma tanah, rumah, kebun durian, kebun rambutan. kak... kah...kah... kah....

fan ksb said...

พุทธะ หมายถึง ความรู้ตื่น รู้เบิกบาน รู้แจ้งตามความเป็นจริง รู้แจ้งแทงตลอดธรรม ฯ..

Tuan pena berdasarkan kenyataan di atas apakah berbezaan antara Buddha dan Phra Arahant??..

bukankah Phra Arahant juga memiliki ciri-ciri Buddha namun layakkah Phra Arahant juga digelar sbg Buddha??

pena reformasi said...

(fan ksb) Buddha merujuk kepada individu yang mencapai "Pembebasan Minda" melalui Trassaru sendiri. Maksudnya Buddha menjadi Buddha melalui amalan sendiri(bermodalkan Bamphen Barami)

Manakala Phra Arahant ialah individu yang mencapai Arhant melalui ajaran Buddha.

Kesimpulannya, Buddha wujud dengan usaha sendiri. Manakala Phra Arahant tak akan wujud tanpa Buddha.

Anonymous said...

Bhagava Buddha menggunakan perkataan Tathagata apabila merujuk kepada diri baginda sesuai dengan ajaran baginda sendiri.

Buddha mengajarkan tentang 'anatta' oleh itu baginda menggunakan kata ganti nama ketiga ('tathagata') apabila merujuk kepada diri baginda.

Tathagata mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah 'dia yang datang dengan kebenaran'.

Dhamma ialah kebenaran yang dipaparkan dan disampaikan oleh Bhagava.

sk tin

Anonymous said...

sawadeekrap!sense of humour saudara memang bagus!bagi saya,siapa yang merasakan dirinya layak,ambil lah!phra puth kita sentiasa suci perlakuan, pertuturan dan pemikiran,nah : siapa yang berani mengatakan dirinya mempunyai parami begitu?