Saturday, January 2, 2010

Tipitaka (1)

Tipitaka (Thai: Phra Traipidok) ialah kitab suci agama Buddha. Pitaka bermaksud raga. Ti/Tri bermaksud 3. Tipitaka bermaksud 3 biji raga (untuk memuatkan 3 cabang ajaran Buddha).

3 Raga atau Tipitaka mengandungi:

1. Vinaya Pitaka (disiplin Bhikkhu dan Bhikkhuni)

2. Sutta Pitaka (khutbah Buddha)

3. Abhidhamma Pitaka (ajaran berkaitan psikologi dan falsafah agama Buddha)

Tipitaka versi Theravada merupakan kitab suci agama Buddha paling lengkap dan paling tua yang tertulis dalam bahasa Pali.

Kitab Tipitaka "Pali" yang diterbitkan dalam tulisan Thai mengandungi 45 buku/jilid (sempena 45 tahun penyebaran ajaran oleh Buddha sejak memperolehi Pencerahan Sempurna sehingga Parinibbana). Pecahannya seperti berikut:

1. Vinaya 8 jilid;

2. Sutta 25 jilid;

3. Abidhamma 12 jilid.

Tipitaka versi Pali (Theravada) yang diguna pakai di Sri Lanka, Myanmar, Negara Thai, Kemboja, dan Laos berasal dari kitab Pali Sri Lanka.

Tipitaka versi bahasa Thai yang diterjemahkan daripada bahasa Pali diterbitkan pertama kali pada tahun 1957 sebanyak 80 jilid (sama dengan usia Buddha). Setelah dikemaskini, tinggal 45 jilid seperti hari ini.

Selain Tipitaka bahasa Pali, terdapat Tipitaka dalam bahasa Sanskrit tulen, Sanskrit campuran (Hybrid Sanskrit), bahasa Gilgit, bahasa Turki, bahasa Soghdian, bahasa Urguish, (3 bahasa terakhir terdapat di Asia Tengah) bahasa Cina dan bahasa Tibet.

Namun, Tipitaka dalam bahasa yang disebutkan di atas tidak selengkap Tipitaka bahasa Pali (versi Theravada). Dahulunya lengkap, tetapi terdapat bahagian yang tercicir selepas masa berlalu.



5 comments:

Anonymous said...

Bagus, sila detailkan lagi tentang kitab nie, anak cucu moden dah hilang pedoman, sampai kitab ni pecahan berapa pun tak tau .. orang tua aku pun tak tau hahhaha.

fan ksb said...

terdapat segolongan manusia yg mempertikaikan ketulenan Tripitaka tidak kurang juga yg mendakwa bahawa Tipitaka ditokok tambah??

Apakah kesan terhadap umat Buddhist sekiranya Tipitaka benar-benar diseleweng spt dakwaan golongan-golongan tersebut, boleh Tuan Pena berikan sedikit komen??

pena reformasi said...

Yang menjadi "polimik" ialah bahagian Abidhamma. Ada pihak mendakwa bahagian ini ditulis kemudian, selepas penulisan Vinaya dan Sutta. Manakala Atta-Katha yang dimasukkan dalam Tipitaka ialah huraiannya.

Ada pihak mendakwa bahawa Tipitaka ada tokok tambah. Maklumlah benda yang lama sukar mengekalkan ketulenan seratus peratus.

Tokok tambah ini mungkin kerana sebab tertentu. Tipitaka Cina misalnya ditokok tambah untuk mengelakkan dibakar oleh Maharaja China yang anti ajaran tertentu dalam agama Buddha.

Tapi bagi saya, kita selaku penganut agama Buddha tidak harus berasa ragu-ragu dengan Tipitaka. Mungkin tafsiran yang berbeza menyebabkan tanggapan pun berbeza. Mana-mana bahagian yang "meragukan" boleh diketepikan.

Buddhadassa Bhikkhu lebih gemar menggunakan "Sutta daripada mulut Buddha"(Phra Sutta chak Phra Od)sebagai panduan. Beliau mengambil masa 20-30 tahun untuk mengumpulkan "Sutta daripada mulut Buddha" dalam sebuah buku. Kesemuanya ada 388 perkara. Buku ini sesuai digunakan sebagai panduan kita yang baru dengan Tipitaka.

Anonymous said...

syabas saudara pengarang.saya bukan khon thai,tapi saya mempunyai sentimen yang sama seperti rata2 peminat blog saudara,terutamanya tentang menjaga kesucian Sasana.tulisan saudara nampaknya dipengaruhi kuat oleh bhante hye dhammavuddho..yang nampaknya anti abhidhamma & vippasana.

~ sampuna

Anonymous said...

syabas saudara pengarang.saya bukan khon thai,tapi saya mempunyai sentimen yang sama seperti rata2 peminat blog saudara,terutamanya tentang menjaga kesucian Sasana.tulisan saudara nampaknya dipengaruhi kuat oleh bhante hye dhammavuddho..yang nampaknya anti abhidhamma & vippasana.

~ sampuna