Thursday, February 25, 2010

Ilmu Dunia Umpama Guruh Tanpa Hujan

Seorang kawan pernah bertanya kenapa orang Siam yang belajar tinggi-tinggi sehingga masuk universiti, tetapi ada yang bertukar agama?

Pertanyaan ini mempunyai jawapan yang bervariasi, tetapi bagi saya seseorang yang beragama Buddha bertukar kepada agama lain (diarathi) kerana dia tidak memahami agama Buddha dengan betul. Sekiranya dia memahami agama Buddha dengan betul, dia tak akan bertukar agama. Walaupun dia belajar sehingga ke Universiti Harvard sekalipun; memperolehi PhD dan ijazah lain berdepa-depa, berjela-jela, belum tentu pengetahuan agamanya tinggi. Pengetahuan agama yang cetek memungkinkan seseorang mudah menukar agama. Oleh sebab itulah, ilmu dunia bergedung-gedung yang kita pelajari belum cukup untuk kita bergelar "ilmuwan" mengikut konsep agama Buddha.

Ilmu dunia tidak lengkap tanpa ilmu agama. Orang yang hanya mempunyai ilmu dunia tanpa ilmu agama umpama awan hitam dan guruh yang berdentam-dentum di langit, tetapi tiada hujan yang turun. Apa faedahnya awan dan guruh kalau tak ada hujan?

Ilmu agama yang dimaksudkan di sini ialah ilmu Ariya Sacca 4, iaitu: (1) Dukkha, (2) Samudaya, (3) Norodha dan (4) Magga.

Jadi, ilmu dunia akan sempurna apabila disertai dengan ilmu agama. Hanya ilmu agama yang mampu mencerahkan fikiran individu agar dia mengetahui dan mempercayai agama anutannya dengan jelas sehingga tak mampu digugat oleh agama lain. Individu yang cuma tamat darjah 6 tetapi mencapai tahap Sodaban misalnya, tak akan berubah hati daripada agama Buddha walaupun diumpan dengan "ganjaran" dunia dan akhirat. Sebaliknya individu yang tamat universiti tetapi jahil agama, tak mustahil akan bertukar agama sekiranya dijanjikan "ganjaran" dunia dan akhirat.

Orang yang ada pengetahuan agama yang teguh tak akan bertukar agama. Dia rela berkorban nyawa daripada meninggalkan agama yang telah diyakininya.

Bagaimana dengan bekas sami Buddha atau orang yang ada Nakh Tham tetapi bertukar agama? Jadi sami atau ada Nakh Tham belum tentu seseorang itu mempunyai pengetahuan agama yang betul. Jadi sami bukan lesen seseorang ada ilmu agama yang betul. Ada Nakh Tham bukan sijil pengesahan yang menjamin pengetahuan agamanya mendalam sehingga meresap ke mindanya. "Ilmu agama" yang tulen tak akan diperolehi dengan jadi sami atau Nakh Tham semata-mata, tetapi mesti melalui proses pengamalan dan pencerahan minda.

Ariya Sacca 4 sangat penting dalam agama Buddha kerana di dalamnya tersimpan segala ajaran Buddha. Atau dalam kata lain semua ajaran Buddha menjurus kepada Ariya Sacca 4. Ariya Sacca 4 umpama lautan yang di dalamnya terkumpul air dari segala sungai.

Individu yang bergelar sami - pertuturan dan perbuatannya begitu sopan, tertip, menarik dan mengagumkan, tetapi dangkal ilmu Ariya Sacca 4 dan tak kenal Sengsara (Dukkha), tak kenal punca-punca sengsara (Samudaya), tak kenal keadaan yang bebas daripada sengsara (Nirodha) dan tak kenal jalan-jalan menghapuskan sengsara (Magga), individu itu umpama lubuk air cetek yang bayangnya sahaja kelihatan dalam ... umpama periuk kosong yang ditutup ... umpama buah mangga muda yang kulitnya kuning seperti masak ... umpama tikus yang mengorek lubang tetapi tak tinggal dalam lubang.

Daripada penjelasan ini (Musika Sutta) tahulah kita bahawa ilmu dunia tak lengkap tanpa ilmu agama. Ilmu agama itu pula ialah ilmu Ariya Sacca 4 yang merupakan teras ajaran Buddha yang wajib diketahui oleh semua orang yang mengaku beragama Buddha. Hanya ilmu agama yang betul mampu menyekat kita menukar kepercayaan.

13 comments:

Thai SIAM said...

Ambo setuju dengan pendapat tuan Pena dalam hal ini.

Masalahnya, bagaimana kita nak faham/tahu tentang Ariya Sacca 4 itu?? Yang diajar/dipraktiskan hanyalah pada kulit, bukan terasnya...

Anonymous said...

Pada pendapat saya, pertukaran agama ini tidak ada penjelasan yang objektif. Bahkan ada paderi pangkat besar yang menjadi buddhist atau muslim. Ini adalah bergantung kepada pengalaman spiritual, kefahaman dan karma (mungkin?) seseorang.

Untuk betul-betul memahami ajaran buddha seseorang perlu belajar dan praktis.
Amalan (praktis) amat penting dalam ajaran buddha. praktis yang penting ialah meditasi (tafakur).
inilah amalan yang kita amat jarang berpeluang lakukan.

sk tin

fan ksb said...

saya walaupun belum mencapai mana-mana tahap dalam agama Buddha tp hati saya terpahat teguh kepada ajaran Buddha (setakat yg saya faham) kerana saya belum lihat mana-mana ajaran yang lebih baik.

Mungkin orang agama lain anggap bhw saya belum mendapat hidayah, tp itu adalah anggapan mereka semata-mata.

Walopun saya tidak tahu apakah kelebihan agama Buddha namun saya tahu apakah kelemahan mereka, dan ternyata ianya lebih lemah dari apa yang ada pada saya sekarang!!..

putera kampung said...

Aku ada sorang saudara masuk khek. Sombongnya bukan main. Cakap Siam pun tak mau. Balik rumah emaknya makan minum tak sentuh takut haram. Tapi beras sama duit emak dia hasil jual babi dia ambil tak haram pulak. Hairan, hairan!!!!

fan ksb said...

benar!! SK TIN org bertukar agama banyak faktor, ada kerana demi survival, ada kerana dah terlanjur, ada kerana sebab-sebab politik dan tidak kurang juga kerana cinta..

bertukar agama ibarat berhijrah ke sebuah tempat yang dianggap lebih menjamin tp realitinya belum dpt dipastikan hanya individu yang terlibat sahaja akan tahu.


apa yang putera kampung katakan hanyalah sifat taksub dan ego seseorang, insiden ini berlaku bukan sahaja pada org yg "convert" sebaliknya mana-mana individu yang menerima habuan umpama kenaikan pangkat atau menang 4D juga akan menunjukkan sikap-sikap yang luar biasa dari sebelumnya..

pena reformasi said...

Orang yang baik berada di bawah naungan agama mana sekalipun, dia tetap baik. Orang sombong, tetap sombong.

Anonymous said...

Agama lain suka bercakap tentang hidayah. Adapun hidayah itu adalah petunjuk daripada tuhan. Dalam agama buddha, hidayah itu trassaru, sati, dan nibbana itu sendiri.

orang yang memahami dhamma tentang dukkha, anicca dan anatta dengan baik itulah orang yang memiliki 'hidayah'. tetapi tanpa amalan pun seseorang tidak akan mencapai pembebasan (daripada samsara).

sk tin

niran said...

Anggaplah anda bernasib baik dilahirkan di negara yg agama Buddha masih segar dan berkembang.Anda boleh beramal dgn tenang dan masih ada Sami untuk member peluang kita mengumpul pahala. Orang-orang di barat kini berpusu-pusu hendak mempelajarinya kerana pada mereka ajaran buddha telah dapat menjawap banyak persoalan yg mereka tidak dapat jawapan dari Sains.
Niran

satik said...

Niran, adakah kita hanya boleh mengumpul pahala melalui sami?

Anonymous said...

Kesombongan dan keegoaan manusia susah dikikiskan hati dari mereka.Setengah orang bila miskin atau tidak ada pangkat tidak mengapa.Bila semua sudah mulalah perangai berubah...

suara siam

Anonymous said...

Saya setuju dengan penulisan ini, memang tidak dinafikan makin ramai lahir intelektual di kalangan kaum kita makin ramai yang memahami ajaran Buddha kita yang mulia..mungkin persekitaran telah mempengaruhi minda golongan ini. Kalaulah semua penganut Buddha memahami apa yang ada dalam ajaran Buddha kita semua tak akan kehilangan sauadara mara...masuk Is.. saya pun ada seorang adik yang telah buat sya mcm nak gila..dah ada keluarga bini kerja goment pun pi convert lgi..Demi menyelamatkan anak bangsa kita..marilah kita semua memperjelaskan ajaran ini kepada anak2 kita moga hidup mereka disinari dengan Dhamma dan seterusnya mencapai "hidayah" Buddha..Ajaran kita tak semestinya melalui sami, kita ibu bapa di rumah pun boleh amalkan kebaikan untuk dijadikan contoh kepada generasi muda..bawa-bawalah anak2 ke wat..bila hari "Pra thambun tak bart thawai sangkhatharn suad mon dll. tapi saya tak setuju pegi ngarn Bun coz banyak -Ve dari +ve nyer...

Anonymous said...

Jika kita betul betul fahami tentang agama yang kita anuti dan pegangan agama kita teguh..kita tidak akan tukar agama walau untuk apa alasan sekali.Saya sudah bertahun tahun tinggal di luar negara dan dikelilingi 99% oleh penganut agama lain tapi saya masih lagi menganuti agama kelahiran saya.Saya mempelajari semua agama dari khatolik ke christian,jewish hingga ke Muslim. Saya dapati semua agama itu baik tapi demi cinta dan kepercayaan saya pada Buddha ,saya masih berdiri teguh dan bangga dengan agama yg saya anuti.Semasa saya tinggal di Malaysia saya kenal ramai orang yg convert keagama lain.Sangat sedih..rata ratanya convert kerana cinta dan material bukan kerana meminati agama.Ramai orang putih disini menganuti agama Buddha bukan kerana diorang kawin dgn orang kita tapi kerana mereka meminati dan mengkagumi ajaran Buddha.Mencintai bangsa lain tak semestinya kita kena korbankan ugama kita..apatah lagi mengorbankan agama untuk wang ringgit...hanya tuhan saja tahu hukumnya.Saya harap suatu hari mereka ini sedar harta dunia tak boleh dibawa kesana..yg kita bawa hanyalah the good deed yg kita lakukan semasa kita hidup..


Lukthai America

Anonymous said...

Jika kita betul betul fahami tentang agama yang kita anuti dan pegangan agama kita teguh..kita tidak akan tukar agama walau untuk apa alasan sekali.Saya sudah bertahun tahun tinggal di luar negara dan dikelilingi 99% oleh penganut agama lain tapi saya masih lagi menganuti agama kelahiran saya.Saya mempelajari semua agama dari khatolik ke christian,jewish hingga ke Muslim. Saya dapati semua agama itu baik tapi demi cinta dan kepercayaan saya pada Buddha ,saya masih berdiri teguh dan bangga dengan agama yg saya anuti.Semasa saya tinggal di Malaysia saya kenal ramai orang yg convert keagama lain.Sangat sedih..rata ratanya convert kerana cinta dan material bukan kerana meminati agama.Ramai orang putih disini menganuti agama Buddha bukan kerana diorang kawin dgn orang kita tapi kerana mereka meminati dan mengkagumi ajaran Buddha.Mencintai bangsa lain tak semestinya kita kena korbankan ugama kita..apatah lagi mengorbankan agama untuk wang ringgit...hanya tuhan saja tahu hukumnya.Saya harap suatu hari mereka ini sedar harta dunia tak boleh dibawa kesana..yg kita bawa hanyalah the good deed yg kita lakukan semasa kita hidup..


Lukthai America