Saturday, February 20, 2010

Kenapa Sami Yang Baik Menyepikan Diri?

Kenapakah sami yang baik kelihatan seperti kurang memainkan peranan dalam pembangunan institusi agama atau khanak song?

Soalan ini diajukan oleh seorang kawan. Katanya, di Thailand mahupun di Malaysia, "sami yang baik" kurang memainkan peranan dalam institusi agama.

Saya kata, bukan mereka (sami yang baik) tak mahu memainkan peranan, tetapi mereka "disekat" daripada memainkan peranan. Pembangunan yang dibawa sami yang baik tak sama dengan pembangunan yang diinginkan oleh sami-sami lain. Misalnya, Khanak Song Thai (Mahathera, Thailand) dikuasai oleh sami-sami yang "berkepentingan diri". Begitu juga di Malaysia. Ramai sami yang baik seperti terpinggir daripada perancangan pembangunan agama.

Dalam satu Sutra, Baginda Buddha ada meriwayatkan hal ini. Menurut Baginda, pada zaman di mana penyamun berkuasa, zaman tersebut kuasa Maharaja akan berkurangan. Maharaja pasti tak selesa hendak berangkat ke sana sini, di kampung mahupun di pedalaman. Malah Brahmana atau orang biasa juga tidak selesa hendak ke mana-mana.

Begitu jugalah dengan keadaan sami. Zaman di mana sami jahat (tiada Sila) berkuasa, sami yang baik akan berkurangan kuasa. Apabila berada dalam kumpulan sami, sami yang baik lebih banyak berdiam diri, mengalah atau meminggirkan diri. Hal ini terjadi kerana apa gunanya mereka bersuara jikalau suara mereka tidak dihormati.

Menurut Baginda Buddha lagi, keadaan begini tidak membawa kebaikan. Sebaliknya membawa keburukan kepada masyarakat. Masyarakat akan menanggung kesengsaraan (dukkha) kerana orang jahat telah "menewaskan" orang baik.

Berbalik kepada keadaan masyarakat Siam kita yang beragama Buddha. Adakah Khanak Song (Persatuan Sami) kita sedang dikuasai oleh sami jahat? Kalau TIDAK jawapannya, legalah hati kita. Tetapi kalau YA jawapannya, kesengsaraanlah yang akan kita hadapi.

Di Malaysia, masih ramai sami yang baik-baik, tetapi suara mereka seperti tenggelam. Apakah ini tandanya bahawa kita memang berada pada zaman "penjahat" berkuasa?

Keadaan masyarakat Siam akan jadi haru-biru jikalau sami yang jahat "bekerjasama" dengan pemimpin masyarakat yang jahat untuk membangunkan masyarakat Siam mengikut acuan jahat mereka. Minta-minta keadaan ini tak berlaku.

7 comments:

thai malay said...

di kedah sami jahat sedang perang dengan sami baik.

fan ksb said...

sami licik terus berkuasa kerana pandai bermuka-muka berbuat sesuatu juga atas kepentingan peribadi, sami baik memang kurang menyerlah sebab tidak suka meraih publisiti dan populariti..

Hanya org yg baik-baik sahaja yang dpt membezakan mana satu sami baik dan begitu juga sebaliknya..

Anonymous said...

Sami-sami, bhikkhu-bhikkhu yang baik menyepi diri kerana mereka tidak gila glamour. mereka pentingkan amalan dan usaha kebaikan yang dibuat.

cuti yang lalu, saya sendiri berpeluang meyaksikan sami menghisap rokok selepas chanting puja. Tak pernah selama ini saya melihat sami merokok depan mata. Aib. Hilang rasa hormat. Saya rasa janggal yang amat sangat. Bagaimana nak didik masayarakat buat baik kalau sendiri buat tak baik?

Saya juga ada tengok facebook geng kelantan. dalamnya adalah aktiviti yang dijalankan di wat uttamaram. Saya rasa wat uttamaram boleh jadi contoh kepada wat lain.
mungkin ada komen negatif tentang wat ini tetapi keseluruhannya kalau dibandingkan dengan wat-wat lain, memang berbeza.

usaha yang murni dengan penglibatan masyarakat yang aktif adalah satu cara untuk memelihara kebudayaan dan nilai agama.

SK TIN

pena reformasi said...

(SK Tin) Saya setuju dengan saudara bahawa Wat Uttamaram dan Than Bun adalah contoh yang baik.

(fan ksb) Saya sependapat dengan saudara bahawa orang yang baik-baik mampu membezakan sami yang baik dengan yang tak baik. Orang baik-baik juga tak bersekongkol dengan sami jahat.

Phongsathorn said...

Buat masa sekarang pergolakkan di antara sami dgn kharawat di Kedah dah sampai ke tahap parah. Aktiviti tambun oleh sami disabotaj oleh kharawat. Aktiviti kharawat cuba dihalang oleh sami.

Akibat drp sami berpolitik, keadaan di Kedah sekarang ini adalah akibatnya. Lama-kelamaan org ramai nampak sami lalu macam nampak seorang pengemis lalu.

Status sami jatuh dari status seorang yg dihormati ke status seorang pengemis yg sangat dihina oleh masyarakat masa kini.

pena reformasi said...

Jikalau sudah sampai ke tahap sabotaj antara sami dan kharawat, kira amat membimbangkan. Jikalau keadaan ini merebak dan berterusan, bukan sesuatu yang baik kepada masa depan masyarakat Siam.

Awang said...

Baru2 ni sdr BS masuk paper bab sami anjur nganbun di Wat.. Perang Kharawat dan Sami dah melalui paper. lama-kelamaan akan guna senapang la noh.