Sunday, February 28, 2010

Magha Puja


Seperti lazim apabila tiba Hari Magha Puja, pada sebelah pagi kaum Buddhis akan pergi "tambun saibart" di wat berdekatan. Manakala pada sebelah malam akan pergi "viantian" beramai-ramai. Inilah tradisi keagamaan yang kita warisi sejak sekian lama. Warisan suci ini akan berterusan.
Magha Puja adalah nama bulan dalam kalender agama Buddha yang bersamaan dengan bulan Februari. Pada bulan purnama dalam bulan Magha terjadi peristiwa penting yang hanya satu kali saja dalam kehidupan Buddha sebagaimana tercatat dalam Mahapadana Sutta dari Kitab Suci Dighanikaya (jilid dua). Peristiwa penting tersebut dikenal dengan nama Caturongasannipata: Berkumpulnya 1250 bhikkhu yang memiliki empat ciri, iaitu:


1. Semua bhikkhu telah mencapai kesucian tahap Arahat;

2. Semua bhikkhu ditahbiskan menjadi bhikkhu oleh Baginda Buddha sendiri (ehi-bhikkhu);

3. Semua bhikkhu berkumpul tanpa temu janji terlebih dahulu;

4. Dalam pertemuan itu, Baginda Buddha melakukan Visudhi Uposatha, memberikan ceramah Ovadapattimokkha, di Veluvan Vihara, Rajgaha.


Ovadapatimokkha Gatha:

1. Khantiparamaṁ tapo tītikhā

Nibbānaṁ paramaṁ vadanti Buddhā

Na hi pabbajjito parūpaghāṭi

Samaṇo hoti paraṁ viheṭhayanto.


2. Sabba pāpassa akaranaṁ

Kusalass’ūpasampadā

Sacitta pariyodapanaṁ

Etaṁ Buddhānasāsanaṁ.


3. Anūpavādo anūpaghāto

Pāṭimokkhe ca saṁvaro

Mataññutā ca bhattasmiṁ

Patañca sayanāsanaṁ

Adhicitte ca āyogo

Etaṁ Buddhānasāsanan’ti.



1. Kesabaran adalah cara bertapa (Brahma-cariya) yang luhur

Nibbana adalah Yang Teragung, sabda para Buddha

Ia bukanlah seorang petapa (samana) apabila melukai dan menyakiti orang lain.


2. Tidak melakukan segala macam perbuatan jahat

Melakukan perbuatan baik.

Menyucikan minda (hati).

Inilah ajaran para Buddha.


3. Tidak menghina, tidak menyakiti,mengendalikan diri sesuai dengan patimokkha (peraturan bhikkhu). Makan secukupnya (tidak berlebihan), berdiam di tempat sunyi. Giat mengembangkan minda nan suci. Inilah ajaran para Buddha.

Para bhikkhu (sami Buddha) wajib menghayati ovadatapatimokkha dengan sepenuh hati agar kehidupan tidak terseleweng daripada peraturan Buddha. Malangnya terdapat sami Buddha yang begitu dangkal dengan ovadapatimokkha walaupun telah bertahun-tahun jadi sami. Perasaan malu juga langsung tak ada. Mereka melakukan perbuatan yang melanggar peraturan Patimokkha sesuka hati.


Selain sami, golongan gharawas seperti kita juga jangan lalai. Kita mesti berusaha meninggalkan kejahatan, melakukan kebaikan dan membersihkan hati. Hanya dengan hati yang bersih sahaja seseorang itu mampu meninggalkan kejahatan selamanya dan giat melakukan kebaikan tanpa berasa jemu.
Meneruskan tradisi keagamaan semata-mata tanpa mengamalkan nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya, tidak membawa banyak faedah. Oleh itu, di samping meneruskan tradisi keagamaan kita wajib melakukan perbuatan yang disuruh oleh Buddha dan meninggalkan perbuatan yang ditegah Baginda.

Kata Phra Saribut, tamak melakukan kebaikan akan ada penghujungnya iaitu Arahant. Sedangkan tamak kepada kejahatan hanya meneruskan kitaran Vatta-Samsara tanpa penghujungnya.


17 comments:

Thai SIAM said...

Boleh dikatakan semua wat thai akan mengadakan "thambun saibart" pada Hari Magha Puja.

Pada 28/2/10 saya membawa keluarga pergi ke wat 8Liam untuk "thambun" tapi malangnya diberitahu tak ada upacara "saibart" pada hari tersebut sebab pihak wat (ajk) tidak memaklumkan kepada kaum kerabat (orang thai/siam yang meghantar anak belajar bahasa Thai pada hari minggu).

Saya dimaklumkan mereka mengadakan "thambun saibart" pada hari ahad minggu pertama setiap bulan.

Pada hari tersebut memang ramai kaum Buddis yang datang "thambun" kerana hari Magha Puja tahun ini jatuh pada hari ahad.

Yang peliknya, adakah pihak ajk @wat perlu membuat persedia atau perlu menghebohkan dahulu kepada kaum Buddhis (geng-geng merekalah) sebelum boleh mengadakan upacara "thambun saibart" pada hari tersebut atau hari kebesaran yang lain????

Anonymous said...

Thai siam kalau hendak ikut semua hati anda bukalah samnak atau sendiri.Tak usah nak kata itu ini. Niat itu yang mustahak..

p/ss.
nasihat /komen sendiri dulu.

hakim malaya

Anonymous said...

Majlis Perasmian Sekolah Bahasa Thai 19,20,21 March 2009.

Aturcara;
19 march 10.00pg Majlis Perasmian Sekolah Bahasa Thai
20 march 07.39pg Phuk sek Luang pu thuad
21 march 11.00pg thak bat chalong pu thuad

Objektif perayaan ngarnboon adalah untuk mengutip dana bagi membiayai sekolah bahasa thai dan pembinaan Luang phu thuad watt thammasiriwararam,Kg Baru Kura Sik,Kedah
Posted by Thais(M)Community at 8:20:00 AM ...
Main konsert cari duit untuk wat? tolong tengok dan bicara.
idea siapa nie?
...suara siam

Anonymous said...

Boon! Boon ! Booon!
Sekitar wat 8liam kini ramai gila boon.Acharn dari thailand mengajak orang ramai membuat boon.
Acharn ini merupakan Acharn vipassana yang terkenal.Mengembang vipassana dhura hingga ke U.s.a.Memang terkenal tiada bandingan di malaysia.
Masalah di sini,kenapa terpaksa datang ke malaysia? Jika benar-benar ingin mengajar vipassana,kenapa datang malaysia. Orang U.s.a dah tidak percaya atau mereka dah hilang kepercayaan kepada Acharn.
Setiap kali mengajar selalu sahaja mengajak orang tamboon sahaja.Ini pelik juga.Vipassana bukan hal macam ini.
Kepada member-member Acharn janganlah marah saya ingin idea untuk kita fikirkan sahaja.

tumdidaidee

pena reformasi said...

(tumdidaidee)Saya pernah tulis dalam KSB bahawa Than Pian, Wat Chetawan, PJ menolak permintaan Acharn vipassana untuk "cham pansa" tahun lepas. Inilah Acharn tersebut.

Thai Buddhist said...

Vipassana + tamboon , tak lain tak bukan Vipassana UFO..

Anonymous said...

acarn vipassana kat 8liam tu namanya acarn subin. acarn ni pernah bina wat/samnak di usa. pembantu beliau bernama maha chuan. mereka menyebar agama buddha di usa sementara waktu. lepas tu acarn subin la-sikkha iaitu keluar dari sami. kemudian maha chuan pula la-sikkha, keluar kahwin dapat anak.

entah kenapa lagi acarn subin rasa jemu dengan kehidupan orang biasa masuk sami sekali lagi jadi phor luang subin.

lepas tu maha chuan ikut jejak acarn subin masuk sami kali kedua selepas umur dah tua. anehnya mereka tak balik tinggal di usa, sebaliknya nak buka wat/samnak baru di malaysia. than pian bawa pergi tengok samnak beliau di melaka, tapi tak sesuai kerana jauh ke pedalaman. acarn dah tua bila sakit malam-malam susah. nak pergi klinik dengan apa, teksi tak ada.

kalau dah tua dan sakit kenapa tak duduk saja di wat beliau di Isan?

sami thailand sangat suka bukan samnak kat malaysia. mungkin kerana orang malaysia chaibun, tambun lumayan, senang dapat patchai 4.

tak hairanlah bila "dalam vipassana ada tambun, dalam tambun ada vipassana" kerana di mana-mana selalu ada udang di sebalik batu.

lu pikiaq la sendiri, khonthai woiii!

sathuk, sathuk,sathuk!

khonthai caikra

Anonymous said...

Barangkali banyak kita orang malaysia tak terfikir rasanya.Kita orang buddhist masih campuran adat kampung dan hati kampung.Masih jauh lagi dari orang bandar walaupun tinggal di bandar lama.
Begitulah apa yang berlaku bila ada Acharn yang famous2 dari mana2 pun kita akan agung2kan mereka.Tidak kira dari thailand,usa atau sri lanka kita puja.Perkara ini berlaku banyak di kelantan,kedah dan rasanya di penang pun berlaku. Acharn dari luar datang tunjukkan kepakaran dalam ilmu tipu helah.Kita membuka mulut sedut dhamma palsu.Itulah orang buddhist malaysia. Senang percaya.Senang memuja.Sendiri terkena.
tumdidaidee

Anonymous said...

wasdee ..
Konthai caikra..betul ke yang tuan kata tu?Jangan memfitnah nanti berdosa. Tapi kalau benar,tidak mengapa.kadang-kadang manusia tiada jalan,terpaksa pakai jalan sesuai untuk mereka untuk mencari nafkah hidup.Bukan jalan untuk membaik kot.Atau jalan untuk membaiki sendiri.
awe

pena reformasi said...

Saya rasa cerita sdr.khonthai chaikra tak tipu kerana saya juga ada dengar cerita lebih kurang sama.

Selaku orang Siam beragam Buddha, tulisan sdr.tumdidaidee wajar dihayati agar tak kena tipu oleh pencari makan berjubah kuning dari Thailand yang kononnya "hebat" dalam agama, sedangkan hakikatnya hendak cari makan.

Berhati-hati dengan sami yang suka minta orang tambun. Tambun untuk siapa? Untuk agama atau diri sendiri?

Pengalaman saya bersama Wat Suanmok, L.P. Buddhadas tak pernah minta orang tambun (material), melainkan minta mengamalkan Dhamma.

Anonymous said...

ISI ISU INI SURE TOP-UP!
mArI KiTa TUNGGU DAN lIhaT !
awe

avatar said...

Sattha tanpa Panya boleh menyebabkan orang jadi fanatik dan sesat.

Anonymous said...

Nak tau lebih lanjut pasai acarn Subin dan Maha Chuan mesti tanya Chau Lim, bekas kakitangan Petronas kerana dia kenal baik dengan dua acarn tu.

Khonthai caikra

fan ksb said...

Jadi tindakan Than Phian tdk membenarkan Acarn Vipassana tua "cham Pansa" kat wat beliau pd tahun lepas adalah wajar kan Tuan Pena??...

pena reformasi said...

(fan ksb) Wajar atau tidak bergantung pada faktor/alasannya.

Ketua Sami ada hak menolak sami masuk pansa di wat beliau jikalau ada faktor/alasan yang sesuai dengan Dhamma/Vinai.

Anonymous said...

Agaknya berita tersebar luas. Yang tersilap langkah pusing balik.Jangan terlalu jauh nanti susah nak pusing.Jika betul2 pakar Vipassana mesti berani kerana benar.
sahabat dhamma.

Anonymous said...

Konthai caikra...
Mungkin Saudara Lim (bekas pekerja petronas) kurang tahu mengenai Acharn Kedua ini.Kita tidak boleh bertanya beliau saja. Rasanya kita boleh lihat dengan mata sendiri.
Malaysia kekurangan phra song,tetapi jika phra song yang datang dari thailand asyik meminta derma saja pun tidak boleh juga.
Menderma tidak silap dan patut dipuji.Tetapi jangan asyik meminta orang ramai saja,semacam memaksa mereka.Biar memderma dengan hati yang ikhlas.
awe.