Thursday, March 18, 2010

Antara Senator Dan Chau Khun...

Orang Siam berebut Senator, manakala Tok Sami Siam pula berebut gelaran Chau Khun. Orang Siam berpecah kepada beberapa kumpulan kerana ingin akan jawatan Senator ke-3. Namun sehngga kini PM masih membisu seribu bahasa. Terima kasih PM kerana tidak melayan keinginan orang Siam.

Bagaimana pula dengan gelaran Chau Khun yang dianugerahkan oleh Raja Thailand kepada Sami Siam di Malaysia?

Jawatan Chau Khun kini sedang "hot" di kalangan sami Siam Kelantan. Dengar cerita sami Kelantan kini terbahagi kepada 3 kumpulan utama yang masing-masing mengidam jawatan Chau Khun. Ketiga-tiga kumpulan ini mahu "sami pilihan" mereka jadi Chau Khun, merangkap Ketua Sami Kelantan akan datang. Masing-masing sedang melakukan propaganda "menjual diri" agar diberikan anugerah tersebut.

Ironisnya Than Chau Khun sedia ada masih sihat walafiat. Sepatutnya semua pihak memberi kerjasama kepada beliau bagi membangunkan agama dan masyarakat Buddhis di Kelantan, bukannya berangan-angan nak jadi Chau Khun.

Nampaknya "kiles" Phor Than dengan "kiles" pemimpin Siam tak jauh beza. Satu mengidam Chau Khun dan satu lagi mengidam Senator. Keadaan ini bakal membantutkan kemajuan kaum Buddhis dan masyarakat Siam Kelantan.

7 comments:

Anonymous said...

Apakah masih ada harapan untuk dunia sekarang....terutama kaum siam di Malaysia. Namapaknya semua kaum telah menjadi duniawi. Sedikit sangat orang yang mahu berusaha ke arah pelepasan dari samsara.

sk tin

Thai SIAM said...

Itulah hakikatnya MANUTSIAL...

Kononnya mendambakan diri kepada agama (Budhha) dan meninggalkan segala kesenangan duniawi, tapi itu semua hanya luaran/lakonan semata-mata.Tengoklah gaya hidup masing-masing, bina tempat kediaman(kutiK lebih besar dari banglo) lengkap dengan penghawa dingin, kereta...semuanya canggih...

pangkat phra kru, chau khun pun boleh berebut/beli, APA DAH PADA SAMEEE SIAM....

Sawaddee said...

Bila sami terlibat dlm bidang politik, mcm2 perkara buruk akan berlaku sehingga mencemarkan agama Buddha. Wat di Kedah pun dah dijadikan tempat hiburan sedangkan masjid, kuil, church dan rumah ibadat agama lain masih fokus kpd aktiviti keagamaan. Ini kerana duit. Utk mengekalkan kuasa dlm wat maka semua J/Kuasa wat dihapuskan. Hanya sami sahaja berkuasa. Ini kerana politik. Bila keadaan pecah belah ni semakin lama semakin teruk,, siapakah yg boleh menyelesaikannya sedangkan Than Chau Khun sendiri dah jadi macam patung. Bangunan wat pun sentiasa dikuncikan. Bila nak guna kena minta izin sami. Sami pula, tengok dulu.. ini kroni aku atau tidak. Dulu wat adalah hak suanruam, la ni dah jadi suantua. Lebih baik suatmont kat rumah, derma kat anak yatim aje la. tak payah bawa nasi kat wat sebab sami dah kaya.

pena reformasi said...

Pelik tapi benar dan memilukan sekali. Terdapat kuil Siam terletak bersebelahan dengan masjid. Bila ada aktiviti agama, kuil Siam berpesta sukaria dengan segala minuman. Sedangkan masjid di sebelah hanya melakukan aktiviti keagamaan sahaja.

Kalau anda berada di sebelah masjid, apakah tanggapan anda terhadap orang di kuil?

Anonymous said...

Kita semua hanya berkomen dan komen tidak ada jalan penyelesaian apa-apa.Mengapa tidak,kita pun tamak ,sesat dan berdendam juga.Marilah berusaha menghapuskan kecekalaan dalam diri kita.
...mr narong

jong bakar said...

Than Thit dah tarik diri kerana tak mau gaduh sama Phor Than sekampung.

Anonymous said...

Itulah dikatakan kilet...nama je sami..hati dan minda bukan sami..kain kuning yang melambangkan sami..kita perlukan reformasi dalam segala hal..