Tuesday, March 23, 2010

Jangan Pramart!

Kita sering dengar istilah Pramart. Apabila kita melakukan perkara yang berbahaya, memanjat pokok misalnya, orang tua-tua akan menegur "Jangan Pramart". Orang tua-tua bimbang kerana orang yang pramart sering ditimpa kecelakaan. Apakah maksud pramart?

Baginda Buddha sendiri berpesan kepada pengikut Baginda agar "tidak pramart" yang juga merupakan pesanan terakhir Baginda Buddha. Malahan pesan ini dikatakan ajaran terakhir dan terpenting oleh Baginda. Ada orang berkata, selama 45 tahun Baginda menyebarkan Dhamma-vinai, hanya disimpulkan ke dalam satu istilah iaitu "tidak pramart". Tidak pramart dalam bahasa Pali ialah Appamada. (Pramart ialah pamada).

Dalam pemahaman biasa Appamada lebih kurang seerti dengan istilah sentiasa cergas (zeal), tak lalai (non-laxity), kesungguhan( earnestness), ketekunan (diligence) dan sebagainya.

Apakah maksud Appamada?

Appamada (tidak pramart) bermaksud kehidupan yang sentiasa ada Sati, sentiasa berhati-hati, tak lalai, tak cuai, tak biarkan benih kejahatan tumbuh di hati, tak mengabaikan peluang membuat kebaikan dan selalu beringat dan berwaspada.

Dalam agama Buddha, Appamada amat mustahak. Baginda Buddha mengajar kita agar tidak pramart (Appamada) dalam 4 perkara utama, iaitu:


1. meninggalkan perbuatan jahat, melakukan perbuatan baik,

2. meninggalkan percakapan jahat, melakukan percakapan baik,

3. meninggalkan pemikiran jahat, membina pemikiran baik,

4. meninggalkan pandangan salah, membina pandangan betul.

Selain 4 perkara utama di atas, terdapat banyak lagi perkara yang kita tak boleh pramart. Jikalau kita pramart, besar akibatnya.

Oleh itu, hargailah pesanan terakhir Baginda Buddha agar kita tak pramart kerana pesanan itu umpama pesanan seorang ayahanda kepada putera kesayangannya!

Renung-renungkanlah!

3 comments:

Anonymous said...

saya respek habis sama tuan ksb. walaupon ditembak bertubi-tubi oleh orang gila, tak pernah putus asa. teruskan berdhamma.

sathuk! sathuk! sathuk!

teh o limau

Anonymous said...

sebenar dua perkara yang disimpulkan oleh Buddha dalam rangkap Dhammapada itu sudah cukup buat kita....

Berapa orang yang sudah meninggalkan perbuatan jahat?
Berapa orang yang faham apa itu perbuatan-2 jahat?

Berapa orang yang membina pandangan yang betul (menyucikan fikiran)?

Dalam urusan sehari-hari berapa kerap kita tidak lalai?

semoga kita berusaha merealisasikan jalan pembebasan ini.....

sk tin

Thaui SIAM said...

Saya tabik dengan tuan pena dan juga SK Tin dalam perkara ini.

Bagi kharawart biasa yang jahil dalam Dhamma mungkin tidak dapat menilai samada sesuatu perbuatan yang dilakukan itu sempurna atau tidak. Hanya masa yang akan menentukannya...