Saturday, March 20, 2010

Indriya 5 Itu Penting!

Indriya 5 ialah Sattha, Viriya, Sati, Samathi, Panya. Dalam agama Buddha 5 perkara ini sangat penting kerana ia penentu kepada pembebasan minda seseorang daripada kesengsaraan (Dukkha). Akar kesengsaraan manusia ialah Loba (tamak), Dosa (marah/benci) dan Moha (sesat/keliru) kerana ketiga-tiga perkara ini ialah punca kepada segala kejahatan. Individu yang tamak haloba, selalu marah dan tak dapat membezakan baik daripada jahat selalu menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Individu yang sesat sering melihat benda jahat sebagai benda baik. Dia melakukan kejahatan kerana menyangka ia baik.

Loba, Dosa dan Moha merupakan ancaman utama manusia sama ada dia beragama Buddha atau agama lain. Sekiranya dia mampu mmenghapuskan Loba, Dosa dan Moha, kehidupannya akan harmoni. Tapi 3 akar kesengsaraan/kejahatan ini bukan mudah dihapuskan.

Orang yang mempunyai sifat Loba, Dosa dan Moha yang kuat pasti menerima kesengsaraan yang kuat juga akibat sifat tersebut. Tapi jikalau Indriya 5 dia juga kuat, dia akan berjaya membebaskan minda daripada kesengsaraan kerana kekuatan Indriya 5 itu. Maknanya orang yang sangat tamak, kuat marah dan begitu sesat boleh menghapuskan sifat buruk itu dengan cepat jikalau dia mempunyai Indriya 5 yang kuat.

Sebaliknya, orang yang kurang tamak, marah dan sesat, tapi mempunyai Idriya 5 yang lemah dia lambat mencapai pembebasan minda. Maknanya orang yang kurang tamak, kurang marah dan tak begitu sesat belum tentu mampu menghapuskan sifat tersebut dengan mudah sekiranya Indriya 5 lemah.

Manakala orang yang sifat tamak, marah dan sesatnya tak berapa kuat atau timbul sekali-sekala sahaja, disertai pula dengan Indriya 5 yang kuat, nescaya dia akan mencapai pembebasan minda dengan mudah dalam tempoh yang singkat.

Indriya 5 sangat penting kepada semua orang kerana ia penentu kepada pembebasan diri daripada kesengsaraan. Oleh itu, marilah kita memperkuatkan Indriya 5 agar cepat mencapai destinasi pembebasan minda.

Malangnya ramai anak muda Buddhis hari ini kurang ada Indriya 5. Kalau ada pun tak berapa kuat. Akibatnya, selalu tewas oleh nafsu atau kilesa. Loba, Dosa, Moha pula menjadi raja di hati.

4 comments:

Boy said...

kerana loba, dosa, moha ni khanak song thai berkelahi sama sendiri. ramai anak muda tak masuk wat kerana hilang keyakinan kepada sami.

sami cuma pandai minta kita sattha, tapi depa sendiri tak ada sattha pada ajaran buddha.

Sawaddee said...

Dulu sami nak buat apa pun perlu bincang dengan kharawat. zaman sekarang sudah tiada lagi amalan tersebut. Sami boleh guna kuasa veto dan tak ada siapa yang boleh halang. Sami boleh turun naik pejabat kerajaan sehingga ke pejabat Menteri Besar. Jawatan sami sekarang sudah dijadikan jawatan kerjaya. Mereka boleh memperalatkan org kampung utk mencari keuntungan. Mereka boleh menggunakan wat sebagai modal mendatangkan keuntungan beratus-ratus ribu RM. hanya kharawat yg sedang berusaha menjalankan aktiviti kebajikan dan pembangunan modal insan seperti yg dilakukan Ruamthai. Sami hanya fikir keuntungan semata-mata. Malah ada yg tak pernah suatmont, walaupun itu tugas harian mereka. Mengajar dhamma kpd penganut sukar sekali.

pena reformasi said...

(Sawaddee) Inilah yang dikatakan dunia Buddhism Siam kita sedang tunggang terbalik. Sami "individu mulia" lupa diri dan pentingkan keuntungan material. Sedangkan Ruamthai sekadar budak-budak muda tetapi mempunyai misi dan versi jauh ke depan. Syabas Ruamthai!

Anonymous said...

Ruamthai adalah satu badan kebajikan yang patut di sokong dan di nobat. Ramai yang telah berjaya dan berdiri atas sokongan Ruamthai. Ada setengah orang pula yang lupa diri,tidak membantu Ruamthai. Sudah teguh berdiri lupa diri,dan tidak datang membantu Ruamthai.
Manusia jenis begiini menjadi bakteria jahat dalam ruamthai.
suara siam