Sunday, March 14, 2010

Pisang Oh Pisang!


Pisang oh pisang kenapa engkau telah memperbodohkan orang? Orang ada otak, engkau hanya pokok tapi boleh memperbodohkan orang. Hebat sungguh engkau wahai pisang.

Pokok pisang ni luar biasa kejadiannya kerana tandannya tumbuh dari batang pokok yang telah dipotong. Daun pun tak ada. Jarang ada. Kejadian alam yang sukar difahami sebagaimana sukarnya kita memahami manusia di sekitar pokok pisang 1 dalam 1000 ini.

Sukar difahami kerana penduduk sebuah perkampungan di Thailand "memuja" pokok pisang ini dengan memasang colok, mengikat kain tujuh warna dan menyembahnya bagi mendapatkan nombor ekor. Mengaku menganut agama Buddha, tapi menyembah pokok pisang!

Inilah contoh betapa mudahnya penganut agama Buddha jadi bodoh kerana cetek ilmu agama. Orang yang mendalam ilmu agamanya tak akan menyembah pokok biarpun kejadiannya di luar kelaziman. Pokok tetap pokok biarpun luar biasa.

Jadi penganut agama Buddha biarlah setimpal dengan kehendak Buddha yang ingin melahirkan pengikut yang bijak (panya). Orang bijak tak akan puja pokok. Orang bijak hanya puja Dhamma.

Orang Siam di Malaysia yang mengaku beragama Buddha jangan sampai jadi seperti penduduk yang memuja pokok pisang ini. Ini perbuatan orang sesat namanya.

Untuk tak jadi begini, kita mesti mendalami ilmu Dhamma dengan betul.

Buddha mengajar kita bahawa kejadian alam walaupun sepelik mana, sehebat mana, ia adalah perkara biasa yang terjadi mengikut hukum kelaziman alam. Tiada apa yang luar biasa. Semuanya tertakluk pada hukum kelaziman alam.


'

6 comments:

pening lalat said...

puja pokok pho di mana Buddha duduk samadhi di bawahnya sesat ke Tuan Pena?

Anonymous said...

Pening lalat,
jangan pening. pokok Bodhi itu lambang agama buddha. Orang Barat yang bukan buddhist pun tahu.

Pokok Bodhi itu lambang kebijaksaan kerana Bhagava Buddha mencapai pencerahan di bawah pokok ini, bukan pokok durian, kelapa atau pisang...apatah lagi pokok yang 'ajaib' seperti pokok pisang dalam artikel ini.

Bila puja pokok bodhi itu, ingatlah Buddha dan pencerahannya....baru tidak tersasar.

sk tin

fan ksb said...

Buddha mencapai pencerahan adakah disebabkan pengaruh pokok bho??..

Adakah baginda akan mencapai pencerahan sekiranya duduk di bawah pokok lain-lain yg bukan pokok bho??..

pena reformasi said...

Pokok Bodhi (Thon Pho) nama asalnya ialah pokok "Assatthak" (nama yang dipanggil di India ketika itu). Bila Buddha mendapat Pencerahan Sempurna (Trasaru) di bawahnya, pokok itu dinamakan pokok Bodhi (Ficus religiosa). Pokok apa sekalipun, bila Buddha Trassaru di bawahnya akan diberi nama pokok Bodhi.

Buddha mencapai Trassaru tak gantung pada jenis pokok.

Khon thai. said...

La ni org Siam Kedah sedang sembah kayu buruk yg di bawa naik dari sungai di Wat Trok Dang. Ketua sami pulak dok promote sakan dlm media bagi org datang sembah. Siapa dgn larangan kepala kayu pompuan takleh sentuh. Depa siap dengan letak tempat cucuk gaharu dan lilin. Ini tak tau fatwa siapa. Patung dalam Ubosot depa abaikan. Apa pandangan Than Chau Khun? Nampaknya beliau dah lama lena atau khayal ikut rentak anak muridnya yg soleh.

pena reformasi said...

(Khon thai) Itulah akibatnya apabila Sattha tanpa Panya akan menyebabkan orang tersesat jalan.

Di KL sekarang ni orang Siam heboh pasal Resi. Katanya, Resi tu begitu berkuasa.

Aduhai orang Siam, permata di depan mata tak nampak, sebaliknya pergi mencari batu di dasar sungai kerana ingatkan permata.