Tuesday, March 9, 2010

Sahabat Yang Baik

Phra Anon (Ananda) pernah bertanya kepada Buddha adakah benar mempunyai sahabat yang baik (Kalayanmit) umpama separuh daripada Brahma-cariya (Phrommacan)?

Baginda Buddha memberitahu bahawa mempunyai sahabat yang baik bukan sekadar separuh daripada Brahma-cariya, tetapi Brahma-cariya sepenuhnya. Ini kerana sahabat yang baik akan membawa kepada jalan kehidupan yang baik iaitu Ariya Magga 8.

Maksudnya sahabat yang baik bakal membawa seseorang kepada kebaikan. Sahabat yang baik di sini ialah individu yang baik fikirannya, percakapannya dan perbuatannya. Sikapnya terpuji. Hatinya mulia. Nasihatnya berguna. Tingkahnya boleh dijadikan teladan. Semestinya orang yang baik akan membawa keberuntungan kepada orang lain.

Bersahabat dengan orang baik boleh menjamin kehidupan kita tidak terjerumus ke dalam kejahatan kerana orang baik tidak akan melakukan kejahatan. Orang yang melakukan kejahatan bukan orang baik.

Namun, bukan mudah hendak cari sahabat yang baik dan ikhlas dalam persahabatan. Yang ramai ialah sahabat yang mementingkan keseronokan. Sahabat jenis ketawa bersama, menangis seorang ramai. Ketawa bersama, menangis bersama sukar dicari. Sahabat yang baik akan bersama kita sepanjang masa biar susah mahupun senang.

Sebab itulah Baginda Buddha berkata sahabat yang baik umpama Brahma-cariya sepenuhnya. Oleh itu, berusahalah mencari sahabat yang baik agar kita mendapat kebaikan umpama mendapat Brahma-cariya sepenuhnya.


ฺ* Brahma-cariya = kehidupan yang mulia.

Kalayanmit = sahabat yang baik/mulia.

กัลยาณมิตตตา (ความมีกัลยาณมิตร คือ มีผู้แนะนำสั่งสอน ที่ปรึกษา เพื่อนที่คบหา และบุคคลผู้แวดล้อมที่ดี, ความรู้จักเลือกเสวนาบุคคล หรือเข้าร่วมหมู่กับท่านผู้ทรงคุณทรงปัญญามีความสามารถ ซึ่งจะช่วยแวดล้อม สนับสนุนชักจูง ชี้ช่องทาง เป็นแบบอย่าง ตลอดจนเป็นเครื่องอุดหนุนเกื้อกูลแก่กัน ให้ดำเนินก้าวหน้าไปด้วยดี ในการศึกษาอบรม การครองชีวิต การประกอบกิจการ และธรรมปฏิบัติ, สิ่งแวดล้อมทางสังคมที่ดี.

“ภิกษุทั้งหลาย เมื่อดวงอาทิตย์อุทัยอยู่ ย่อมมีแสงอรุณขึ้นมาก่อน เป็นบุพนิมิตฉันใด ความมีกัลยาณมิตรก็เป็นตัวนำ เป็นบุพนิมิต แห่งการเกิดขึ้นของอารยอัษฎางคิกมรรค แก่ภิกษุ ฉันนั้น”

“ความมีกัลยาณมิตร เท่ากับเป็นพรหมจรรย์ (การครองชีวิตประเสริฐ) ทั้งหมดทีเดียว เพราะว่า ผู้มีกัลยาณมิตรพึงหวังสิ่งนี้ได้ คือ จักเจริญ จักทำให้มากซึ่งอารยอัษฎางคิกมรรค”

2 comments:

Anonymous said...

Ramai sahabat yang bersama bila ada wang.Bila poket kering sahabat pun lari lintang pukang.Sahabat jenis ini banyak di pasar minggu.
sahabat dhamma

tuak mase said...

sahabat wonglau banyak.