Saturday, April 3, 2010

Apabila Mara @ Setan Berkuasa: Sami Luar Tabii Dan Khunphen Luar Biasa!

Chiangmai - Penolong Ketua Sami ditangkap di dalam kutti kerana ada "hubungan luar tabii" dengan samanera (sami kecil). Turut dijumpai ialah foto asmaradana dengan samanera tersebut dan sejumlah VCD lucah. Sami setan itu dikeluarkan daripada alam sami serta merta. Dia mengaku mempunyai "hubungan luar tabii tapi dilakukan tanpa paksaan kerana pasangannya dibeli daripada bapa ayam.

Gejala sami luar tabii ini berleluasa di Wilayah Utara Thailand. "Selera" orang di sana pelik sekali!



Depan, Phra Khunphen - belakang gambar perempuan bogel peluk "keris keramat". Hebat sungguh reka ciptanya. Hasil kerja manusia kreatif, tapi kurang kesedaran sivik.

Khunphen ini dikeluarkan dari sebuah Wat di Thailand oleh sami ternama bertaraf sifu. Khunphen ini dikritik hebat kerana menjatuhkan maruah agama Buddha. Orang Siam panggil keris keramat ini "palat krik". Kebetulan pula istilah "palat" Siam ini sama dengan istilah "palat" dalam bahasa Melayu.

Perempuan peluk "palat" tak salah. Peluklah selama mana pun. Yang jadi salah kerana dikaitkan dengan objek agama iaitu patung Khunpen yang dikeluarkan oleh Wat Buddha. Jika bomoh atau dukun yang buat, mungkin tidak akan dikritik.

Mengikut pihak Wat tersebut, Khunphen ini dibawa oleh warga Malaysia untuk dijampi oleh tok sami. Khabarnya mendapat permintaan yang tinggi dari Malaysia. Nampaknya orang Malaysia suka benda "isotik".

Tok Sami yang bertanggungjawab menjampi Khunphen memberitahu dia tak sedar bahawa Khunphen ini ada gambar kurang sopan kerana disimpan dalam kotak. Ngok sungguh jadi Tok Sami. Patut dicampak ke kandang harimau. Terima jampi barang tapi tak tengok isinya. Apa akan terjadi jika ada orang bawa bom jangka untuk "jampi" sebelum diletupkan?

Lebih ngok lagi apabila Khunphen ini mendapat sambutan yang baik pada edisi pertama, dia buat edisi kedua pula, katanya untuk kutip modal bina bangunan bakar mayat. Tapi sifu ni berjanji tak akan ada edisi ketiga lagi.

Dua gambar di atas merupakan kanser yang sedang merebak di dalam agama Buddha. Kanser ini bakal membunuh kesucian agama teragung dunia!








26 comments:

Anonymous said...

apa kita perhatikan dunia ini...kita lihat ada orang yang berubah dan maju ke depan. Ada pula yang mundur dan menjadi semakin jahil (atau bodoh).

Dalam masa sains, teknologi dan ilmu perubatan serta pendidikan yang semakin berkembang, ada lagi yang masih hidup dalam kekeliruan dan kebodohan.

Jalan kebodohan itu dipilih oleh manusia sendiri dan ada pula yang terpengaruh kerana kejahilan, ketakutan dan ketamakan sendiri.

sk tin

Anonymous said...

tempat aku tok sami berebut buat phra pitta dan tongkat. harga beribu-ribu satu biji/batang. sesuai ke tok sami jual phra mahal-mahal?

tuan ksb tolong siasat dan dedahkan. aku boleh sumbang sikit maklumat.

budak tumpat, kelantan

Anonymous said...

di kampung, kita seolah-olah dalam zaman kegelapan....

tok sami menyeleweng kerana ada permintaan.
permintaan itu datang dari orang yang jahil.
orang jadi jahil kerana tok sami tidak ajar jalan yang betul.

anak-anak muda malas membaca buku, apatah lagi buku-buku dhamma.
Mereka lebih suka kepada kesenangan dan keseronokan duniawi. Apa yang dicari ialah jalan mudah untuk kaya, dapat perempuan dan berseronok (mabuk, dadah, dsgnya)

di bandar pula, anak-anak dipaksa untuk bersaing dalam pelajaran dan ada yang lalai dengan bermainan permainan internet. Ada pula yang terllau bebas aktiviti sosialnya.
Mereka inipun tak ada masa nak belajar agama.

demikianlah generasi kita.....

sk tin

Anonymous said...

Susah hendak ajar...ibubapa siam pun sama,suka khayal...entah tuak,arak,beer sing,
anak pula sesat suka ubat batuk,pil kuda,pil kerbau...
tanyak siam sendirilah...
awe dolah

anonymous said...

Kerana kes kes macam inilah saya tawar hati nak masuk wat thai malaysia dan saya agung agungkan Phra thailand kerana saya ingat hanya Phra malaysia {bukan semua}saja suka buat tak senonoh.Anda telah membuka mata saya..TERIMA KASIH! Baru saya tahu dimana mana pun sama aje!! Orang yg beginilah buat malu bangsa saja! Jadi sami kerana tuntutan tradisi bukan nak mendalami tuntutan agama yg diajar.Saya bukan tuhan apatah lagi Buddha atau sami tapi saya sedaya upaya mengikut ajaran yg telah diajar Buddha.Amat sedih dan kesal ..saya bersungguh sungguh mengajar bangsa lain tentang keanggunan dan kebaikan ugama kita tapi orang orang seperti inilah yang membuat kerja saya menjadi susah!Jika pegangan agama saya tidak teguh sudah lama tukar agama kerana hal hal seperti ini.!

Saya puji kehebatan kerana berani membongkar taboo yg orang lain tahu tapi tutup mulut.Saya mendapat banyak informasi tentang Buddhistm dari blog anda terima kasih untuk itu.Cuma hanya satu pinta saya..kurangkanlah bahasa kasar.Tak elok rasanya mencarut diruangan agama.Blog anda mewakilan bangsa kita, jika anda sendiri mencarut macam mana anda nak sedarkan orang lain lagipun bukan bangsa kita saja baca ruangan ini.Saya bukan niat hendak sakitkan hati anda maafkan saja jika anda terasa marah.

pena reformasi said...

Walaupun menggunakan pengenalan diri "Anonymous", saya siarkan juga komen ini kerana tegurannya membina.

Bahasa kasar sukar dihindarkan kerana orang yang "berkelakuan kasar" (melanggari Dhamma-vinai) mesti ditegur dengan bahasa yang kasar. Bahasa halus tak mampu menggegarkan telinga mereka.

Mencarut? Kekadang terlanjur juga. Saudari (atau Saudara) tak usah ambil hati sangat!

Anonymous said...

Tidak baik kita semua bergantung agama buddha kepada phra2 sahaja. Bersama2 menjaga agama ini yang suci dan berilmu tinggi.
Bergantunglah kepada ajaran dhamma dan praktisnya.Jika semua bersama2 membinanya,akan nampaklah agama ini. sadhu3
budak kelas satu

anonymous said...

Tuan pena..saya ada pertanyaan. Soalannya mungkin lari dari topic di ruang ini.

Saya tinggal diluar negara..sering sangat terjumpa dgn sami sami yg datang sini.Mereka datang bukan untuk menyebar ajaran agama tapi cuma macam angin macam rakyat biasa.Tinggal pun dihotel bukannya di Wat. Main ski pulak tu..sampai ada orang putih mempertikaikan perlakuan mereka. Sukar untuk saya nak menjelaskan pada mereka kerana saya sendiri pun tak tahu apa hukumnya.Datang naik flight duduk pula sebelah perempuan {walaupun boleh minta duduk sebelahan dgn lelaki semasa check in }.Semasa di airport..bergurau senda sesama
sami,ketawa berkakaakaa sampai menarik perhatian org ramai.Saya nak tahu..bolehkah sami berkelakuan sedemikian? dan jika salah ..berdosa tak?

Lukthai America.

Anonymous said...

Kepada anonymous April 11,

Agama buddha ialah agama yang agung, seperti sifatnya yang sanditthiko, paccato, akaliko, ehipassiko, opanayiko, paccatam veditabbo vinnuhi.

Namun, penganutnya tidak semestinya orang yang sempurna tindak-tanduknya. Ada orang yang berusaha ke arah kebaikan dan kemajuan, ada yang mundur.

Hendaklah orang yang memahami mengikut jalan yang lurus dan mengajar orang lain ke arah kebaikan sedaya yang mampu.Setiap orang berusaha untuk kebajikan dirinya dahulu.

Jangan kerana penganutnya, saudara/i tukar agama. Jangan kerana tukang jahitnya buruk anda tidak pakai baju.

sk tin

pena reformasi said...

Kepada Lukthai Amerika, perbuatan sami seperti yang anda katakan itu tidak wajar dilakukan. Sami mesti sentiasa berasa dalam disiplin sami (vinai). Berkelakuan seperti orang biasa tidak boleh. Dalam vinai sami, bergelak ketawa sambil bergurau senda dilarang. Main ski lagi tidak boleh.

Naik kapal terbang/kenderaan kalau boleh elakkan duduk bersebelahan dengan wanita.

Sami hanya boleh tidur di Samnak Song dan Wat. Tidur di rumah orang pun boleh sekiranya tidak sempat balik ke wat sewaktu dijemput ke rumah tersebut. Tapi tidur di hotel tidak wajar.

Hukum bagi sami langgar vinai ada pelbagai nama, dari "Parachik" (paling berat) sehingga "abat". Dosanya, sami itu akan hilang ciri-ciri sami dan dicemuh oleh masyarakat.

Kita tidak perlu hormat sami berkelakuan seperti itu kerana buang masa dan tenaga. Kita hormat sami pada Dhamma-vinai yang dimiliki/diamalkan, bukan pada kain kuning yang dipakai.

Anonymous said...

SK Tin..terima kasih atas teguran anda.Saya masih cintakan agama saya so saya tak akan convert. Saya cuma luahkan rasa hati pasal sedih melihat keaadan bangsa kita. Saya cuma kadang kadang letih untuk memperjuangkan apa yg saya rasa betul.

Lukthai America

Anonymous said...

Tuan Pena lagi satu soalan.

Setiap minggu saya pergi Wat pada hari ahad dan pergi church hari wednesday. Saya pergi church bukan untuk sembahyang tapi untuk melakukan kebajikan.Adakah perbuatan saya itu salah di sisi agama kita? Terima kasih.

Lukthai America

pena reformasi said...

Lukthai Amerika, pergi gereja tak salah. Yang penting Samma-Ditthi dan keyakinan kita kepada Tri-Ratana tak berubah.

Anonymous said...

Membuat kebajikan tanpa mengharapkan balasan adalah salah satu cara untuk menyucikan minda dan mengelakkan kemelekatan kepada duniawi (kebendaan).

Kalau niat kita baik, kita boleh membuat kebajikan kepada sesiapa sahaja.

Namun, dalam agama Buddha, terdapat darjat pahala. Pahala yang besar, sederhana dan kecil bergantung kepada niat dan keadaan penerima pahala.
Jika tidak mahu memikirkan sangat, teruskanlah dengan amalan yang baik itu.

sk tin

fan ksb said...

Tuan Pena

antara keyakinan kpd Tri-Ratana dan keyakinan terhadap Hukum Karma (Karma Sattha) yg mana satu lebih penting kpd umat Buddha??..

pena reformasi said...

Percaya kepada Tri-Ratana perkara pertama yang akan mendorong kita mendalami ilmu Buddha. Jika keyakinan kepada Tri-Ratana tak ada, kepercayaan kepada Karma agama Buddha juga tak akan ada.

Hakikatnya, apabila kita yakin kepada kebenaran Tri-Ratana, kita juga yakin kepada Karma kerana Karma sebahagian daripada Tri-Ratana itu sendiri.

Satu perkara yang harus kita ingat, sama ada wujud Tri-Ratana atau tidak, hukum Karma tetap ada kerana itu hukum alam.

fan ksb said...

bagi sy ajaran dlm agama2 utama dunia tak byk bezanya, cuma manusia sendiri yg salah tafsir.
Umat agama yg berkonsepkan ketuhanan terlalu taksub dgn kepercayaan mereka sehingga menganggap ciri-ciri tuhan mereka berbeza dgn yg lain. Apabila bercanggah dgn tafsiran kumpulan lain dah mula nak bertelagah!!..

Tuhan sebenarnya adalah hukum karma, hukum karma sebenarnya ialah tuhan!!..benar tak tuan pena??..

pena reformasi said...

(fan ksb) Pada tahap moral, ajaran agama dunia memang tak banyak berbeza. Tapi pada tahap tinggi iaitu tahap "Kebenaran Hakiki" perbezaannya amat ketara.

Tuhan Maha Kuasa, Maha Pengasih, Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan banyak Maha lagi. Tapi Karma tak ada Maha. Siapa buat Karma apa, lambat laun dia akan terima balasan Karma tersebut, melainkan dia berjaya memutuskan rantaian Vatta Samsaran.

fan ksb said...

Bukankah pd tahap "paramatha sacca" Karma juga Maha Adil??

Adil kpd semua makhluk tanpa mengira menganut mana-mana agama??

Agama bukan terletak pd upacara, agama terletak kpd amalan dan kefahaman!!..masuk rumah ibadat atau bersembahyang mengikut cara mana2 agama belum melambangkan bhw individu tersebut bernaung di bawah agama2 tersebut!!..

pena reformasi said...

(fan ksb) Konsep Karma agama Buddha tak ada dalam agama lain. Karma agama Buddha boleh "diputuskan" atau "diberhentikan" kitarannya setelah mencapai Arahant. Matlamat penganut agama Buddha ialah Nirvana. Matlamat pengikut Brahmana adalah syurga. Bagi agama Buddha, syurga walaupun dihuni oleh Deva atau Phrom tetap mengundang Dukkha. Phrom walaupun amat berkuasa, dia masih berada di bawah pengaruh Karma.

Menurut Baginda Buddha, Maha Phrom ego, angkuh dan seolah-olah dia menguasai seluruh alam manusia dan syurga kerana umurnya panjang. Pengikutnya pula tersalah faham ingat Phrom tak mati dan kekal abadi, padahal hakikatnya dia cuma berumur panjang (kalau tak silap saya umur Phrom bersamaan dengan 1 angka dan diikuti dengan 12 kosong. Sedangkan,umur manusia cuma 2 atau 3 angka).

Saya tak berminat bicara tentang Tuhan atau cuba membuat perbandingannya dengan perkara lain.

Bagi penganut agama Buddha, perkara yang penting ialah mengenali Khanda 5 - Dukka, Vedana, Sanya, Sangkarn, Vinyan. Bila kita mengenali Khanda 5 dengan jelas, kita tak perlu mencari "siapa aku", "siapa kamu", "siapa pencipta" dll.

fan ksb said...

saya berharap kalo tdk berkeberatan dptlah Tuan Pena luangkan sedikit masa dlm membuat perbandingan tentang Tuhan..Secara tdk sedar dah ramai org Siam yg bersekolah tinggi tertarik dgn ajaran tuhan lalu meninggalkan ajaran Buddha..

Kita kehilangan umat adalah disebabkan kurangnya golongan cerdik pandai Buddha yg benar2 prihatin!!.. Mungkin bertungkus lumus utk "Patibat Dhamma" utk diri sendiri sehingga mengetepikan saudara seumat yg masih jahil..

pena reformasi said...

(fan ksb) Nak bandingkan apa kerana saya sendiri tak yakin "Phra Chau" wujud. Yang saya yakin semua benda adalah Anatta. Tiada benda yang Atta. Saya tak boleh bandingkan benda yang hanya wujud dalam fikiran manusia, sedangkan hakikatnya tak wujud.

Bagi mereka yang bertukar agama kerana terpengaruh dengan konsep Tuhan, tak beri kesan apa-apa kepada agama Buddha. Dukkha, Samudaya, Nirodha dan Magga 8 (jalan menghapuskan kesengsaraan) telah dijelaskan oleh Buddha, kalau mereka tak nak ikut, siapa boleh paksa. Umpama kanak-kanak, kita sudah beritahu api itu panas, kalau dia nak pegang juga, apa kita boleh buat.

Agama Buddha tidak mementingkan kuantiti. Apabila mereka tidak yakin lagi dengan Dhamma-Vinai Buddha, mereka nak masuk agama lain, lantaklah. Mereka juga yang rugi kerana memilih Diarathi.

fan ksb said...

Bagaimana pula dgn konsep dlm Hukum Trailak Tuan Pena??..

Anitchang, Dhukkang, Anatta..

adakah hukum Trailak sendiri juga tertakluk kpd hukum ini??..

pena reformasi said...

(fan ksb) Saya tak berapa jelas dengan pertanyaan anda tentang hukum Trailak.

Patharawarin Saisoi said...

อ้าว อ่านไม่ออกหว่า

Anonymous said...

Pada pendapat saya, hukum karma mewujudkan makhluk. Makhluk yang wujud terikat kepada trailak. Tanpa makhluk tidak mungkin akan ada trailak yang merupakan sifat makhluk yang wujud.

Tentang asal mula karma itu pula tidak dapat diterangkan kerana buddha juga tidak menjawab soalan ini. Maka difahamkan asal mula karma itu tidak ada seperti mana tiada penghujungnya.

Melainkan kita mencapai tingkat arahant dan melenyapkan rantaian samsara.

sk tin