Sunday, April 18, 2010

Tahu Dhamma Tak Perlu Buru Acharn

Sebahagian penganut agama Buddha, memburu Acharn @ Luang Phor merupakan perkara biasa. Sebaik dengar khabar ada Luang Phor yang "ada power" datang, mereka akan berduyun-duyun pergi. Luang Phor yang "ada power" ini pula lebih suka pilih kubur, Samnak Song atau rumah sebagai tempat kediaman. Makan pula sekali sehari. Untuk kelihatan lebih "power" ada yang berkaki ayam dan berjalan beratus-ratus batu. Pendek kata, Luang Phor yang "ada power" ini memilih gaya hidup yang ganjil agar dilihat "full power".

Orang Siam pun tidak kurang yang gila "power". Apabila ada Luang Phor dari Thailand datang dan dihebohkan sebagai Acharn Vipassana terkenal yang ada "power", berpusu-pusu orang Siam pergi sembah bagi mendapat berkat dan "barang baik" bagi memenuhi kehendak hati. Jarang yang pergi bagi mendapatkan Dhamma dan tunjuk ajar.

Ramai juga yang taksub sehingga "melekat" dengan Luang Phor tersebut umpama bayang-bayang. Luang pergi ke mana-mana, meraka ikut belakang. Kalau Luang Phor tua, mereka tolong papah, pegang lengan kiri, lengan tangan. Setiap kata Luang Phor disambut dengan anggukan. 10 perkara dalam Kalamasutra tak pernah diambil kisah.

Mengapa kaum Buddhis suka memburu Acharn atau Luang Phor ada "power" ini?

Dalam Intha-kila Sutta, Baginda Buddha bersabda bahawa individu yang tidak tahu kebenaran Ariya Sacca 4 iaitu Dukkha, Samudaya, Nirodha dan Magga, akan sentiasa menunggu "melihat muka" Samana atau Brahmana yang tahu kebenaran Ariya Sacca 4 (bagi mendapatkan tunjuk ajar). Individu itu ibarat "kapas yang ringan" yang terletak di permukaan rata dengan mudah ditiup angin. Angin Timur akan terbangkan kapas itu ke Barat; Angin Barat akan terbangkan ke Timur; Angin Utara akan terbangkan ke Selatan dan Angin Selatan akan terbangkan ke Utara. Kapas bergerak mengikut arah tiupan angin.

Manakala individu yang tahu kebenaran Ariya Sacca 4 tidak perlu menunggu "melihat muka" Samana atau Brahmana (bagi mendapatkan tunjuk ajar). Individu tersebut ibarat "tiang besi atau tiang batu" yang mempunyai akar panjang tertanam dalam tanah; tidak akan bergoyang, bergerak atau condong walaupun dibedal angin taufan yang kuat dari arah Timur, Barat, Utara atau Selatan. Kenapa? Kerana "akarnya" tertanam jauh ke dalam tanah. (Akar di sini ialah ilmu Dhamma)

Sutta ini mengajar kita bahawa sekiranya seseorang itu benar-benar tahu Dhamma, dia tak perlu memburu Acharn atau Luang Phor mengikut "tiupan angin" bagi mendapatkan "benda baik" kerana "benda baik" itu sudah ada pada dia iaitu Dhamma Buddha. Orang tak ada Dhamma cenderung menjadi pengikut yang sesat atau taksub.

Sifat taksub bertentangan dengan ajaran Buddha yang mengajar kita menggunakan jalan tengah; tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Ketat akan menyeksa diri dan longgar akan mengikut kehendak nafsu.

5 comments:

fan ksb said...

penganut Buddha sebenarnya malas berfikir dan hanya berminat utk mengamalkan pakej kepercayaan spt penganut agama lain. Apabila didatangi oleh pendakwah dr agama lain barulah nak menggelabah sebab tak mampu nak menjawab soalan mereka.

Penganut Buddha mungkin menganggap akan mendapat "syafaat" dr Luang Phor2 spt ajaran dlm agama lain.
Mereka mungkin berpendapat bhw Luang Phor2 mempunyai mukjizat, menyembah dan mengambil hati Luang Phor dianggap akan membawa tuah.

Tdk heranlah dewasa ini kita dpt lihat byk pihak berlumba-lumba utk membina patung Luang Phor umpama Luang Phor Thuat di sana -sini, masing-masing hendak rebut juara kononnya patung yg mereka binalah yg terbesar!!..

Menyedihkan sekali yg menjadi kaya-raya tak lain tak bukan ialah pihak yg membina patung tersebutlah..

siam ori said...

orang siam percaya agama ikut kepercayaan tradisi yang telah jadi rojak. bila orang beritahu perkara sebenar tak percaya, tak terima. kerana itu wat buddhadat ada lukis gambar "tangan beri mata" simbolik penganut agama buta masih buta agama. hasrat di hati orang siam cuma satu nak masuk syurga. macam mana nak masuk syurga bila 'pintu syurga' tak tau di mana.

orang cina percaya agama hanya nak dapat nasib baik. pergi wat nak dapat nasib baik. pergi tambun nak dapat nasib baik. pergi bagi sami mandi nak buang sial, nak kaya, nak untung bla bla bla ...

Thai SIAM said...

Saya setuju dengan pendapat "Siam Ori". Cuba perhati bila orang Cina menderma, mereka hanya masukkan wang ke dalam peti derma dan terus berlalu. Tapi bagi orang Siam, tak kiralah apa yang mereka derma (rm1..rm10/thambun, mereka akan mendoa dari A .sampai...Z. Itulah kepercayaan agama orang Siam..

Anonymous said...

Orang Siam bila derma tak ada sami rasa seperti tak sah. Bawa nasi pergi wat bagi sami makan dengan niat nak bagi sampai kepada roh nenek moyang. boleh sampai ke? sampai mulut sami boleh la.

suksan

fan ksb said...

umat Buddha Siam buta Dhamma, yg dpt untung ialah sami tamak dan Kammakan rakus!!..

tambun byk2 nanti balik menang no ekor, mati pun naik syurga!!..