Wednesday, May 12, 2010

18SX: Jangan Bodoh, Sekadar Kejadian Alam!


ตื่นต้นสะตอป่า งอกกิ่งคล้ายศิวลึงค์

เมื่อวันที่ 12 พ.ค. ผู้สื่อข่าว จ.ลำปาง รายงานว่า ระหว่างเข้าไปร่วมงานอบรมโครงการเยาวชน ที่ค่ายฝึกรบพิเศษที่ 3 ค่ายประตูผา สังเกตเห็นที่บริเวณใกล้เรือนพักรับรองของค่ายฝึกรบพิเศษที่ 3 ประตูผา มีต้นไม้ประหลาด โดยที่บริเวณกลางลำต้นได้มีกิ่งยื่นออกมาลักษณะคล้ายอวัยวะเพศชาย และด้านล่างของกิ่งรูปร่างประหลาดนี้ ลำต้นตรงกลางได้เว้าเข้าไปคล้ายกับเป็นขาทั้งสองข้างของมนุษย์ และมีผ้าแพรผูกต้นไม้ไว้ พร้อมกับธูปเทียนที่ปักอยู่บริเวณโคนต้นไม้
จากการสอบถามนายทหารที่ดูแลอยู่ภายในค่ายฝึกรบพิเศษ ทราบว่า ต้นไม้ดังกล่าว คือต้นสะตอป่า มีอายุกว่า 30 ปีแล้ว เมื่อก่อนได้เห็นว่ามีกิ่งงอกออกมาจากกลางลำต้น แต่ก็ยังไม่เป็นรูปร่างชัดเจน จนเมื่อ 2-3 ปีที่ผ่านมา เริ่มเห็นเป็นรูปร่างคล้ายอวัยวะเพศชาย ชาวบ้านที่อยู่ใกล้เคียงกับค่ายที่ทราบข่าว จึงได้ขออนุญาตเข้าไปดู และพบว่าต้นไม้ดังกล่าวมีกิ่งยื่นมาออกจากลำต้นเหมือนศิวลึง จึงได้นำผ้าแพรมาผูกไว้บริเวณโคนต้นตามความเชื่อ ซึ่งเคยมีชาวบ้านที่พบเห็นไปตีเป็นเลข และนำไปซื้อหวยได้รับรางวัลมาแล้วหลายราย
สำหรับประชาชนที่อยากเดินทางมาชมความแปลกพิสดารของต้นไม้ดังกล่าว ให้ติดต่อล่วงหน้าที่ค่ายฝึกรบพิเศษที่ 3 ประตูผา ต.บ้านดง อ.แม่เมาะ จ.ลำปาง หมายเลขโทรศัพท์ 054-247712 ก่อน เพื่อความสะดวก เนื่องจากเป็นสถานที่ราชการ


Dalam bab mempercayai benda yang mengarut, sukar untuk menandingi orang Siam (Thailand). Orang Siam Malaysia adakalanya 2x5 juga. Pantang melihat kejadian alam yang pelik, akan dibalut dengan kain berwarna. Pokok petai liar di atas dibalut kerana pada batang pokoknya tumbuh ranting pelik yang menyerupai senjata sulit lelaki.

Selain pokok, binatang yang dilahirkan pelik-pelik juga selalu jadi tumpuan. Bahkan masyarakat Thailand pernah membuat upacara menikahkan binatang. (Orang pun ramai tak nikah, haiwan pula yang dinikahkan.)

Di bawah ini adalah meditasi pelik - meditasi bogel. Jikalau orang Siam nampak, barangkali diikatkan kain tujuh warna pada lehernya.

(Nota: Meditasi bogel wujud sejak zaman Buddha lagi)

Buddha mengajar kita, apabila ternampak benda pelik anggaplah sebagai "perkara biasa" yang terhasil daripada kejadian alam. Kita harus memperbetulkan persepsi. Pokok tetap pokok walaupun ia menyerupai benda lain. Persepsi yang salah akan menyebabkan pemikiran kita terpesong.

14 comments:

Anonymous said...

Pelik betul! Dah masuk tahun 2010 pun masih ada orang percaya benda benda begini.Nampaknya susahlah orang kita nak maju kehadapan kalau masih sembah benda benda seperti ini. Saya masih ingat lagi 10-12 tahun lepas saya balik Malaysia lawat Ibu tiri kat kg #####.Nampak pokok durian depan rumah dia di ikat dengan kain kuning,di sembah dgn colok dan makanan. Saya tanya kenapa dengan pokok tu..Ibu tiri kata pokok ada `datuk` so kena lah sembah. Disuruh pula saya dan adik beradik pergi sembah pokok durian tu..katanya boleh dapat `ong`.Pening kepala saya dibuatnya..sebab saya ni sembah Buddha dan Tuhan saja tapi pasal taknak kecilkan hati dia terpaksa sembah pokok tu..lepas tu kena kena pula perjelaskan kat suami {orang putih} kenapa kami berbuat demikian. Sampai sekarang pun suami masih cerita kat kawan dia yang orang siam sembah STINKY FRUIT TREE.Aduh!!!!malu tul!

Lukthai America

pena reformasi said...

Mengajar 'dhamma' kepada orang Amerika atau Eropah lebih mudah kerana mereka tak terikat dengan kepercayaan tradisi yang kebanyakannya mengarut. Orang Siam begitu terikat dengan kepercayaan mengarut daripada 'dhamma' sebab itulah hidup 100 tahun mati 'katak' kerana jahil 'dhamma' walaupun selalu masuk wat.

Anonymous said...

Sempena Hari Wesak yang akan datang harap tuan pena dapat sediakan khutbah buddha terakhir untuk tatapan pembaca.

apakah khutbah terakhir Bhagava dan apakah yang ingin baginda sampaikan. Apakah harapan bhagava terhadap kepada kita?

sk tin.

Anonymous said...

Saudara saudari Khon Thai,

Wajarkah kita menghina Khon Thai dengan perkataan Bodoh? Yang mana wujud dulu antara Khon Thai & Budha?
Tahukah saudara saudari bahawa Khon Thai mengamalkan cara hidup Animisme sebelum Budha? Iaitu kepercayaan turun temurun yang menjadi adat-resam Khon Thai?

Perbezaan adat resam membezakan Khon Thai dengan bangsa lain. Kita juga hendaklah mengasingkan dua perkara yang berbeza iaitu amalan agama Budha berbeza dengan adat resam Khon Thai.

Sila jawab persoalan ini;
1. Apa akan berlaku jika Khon Thai tidak buat 'Pujha Ubhat' bila berlaku panahan petir ?
2. Apa berlaku jika rumah Khon dibina tanpa 'Wai Phum'?
3. Apa berlaku jika Khon Thai tidak membuat adat perkahwinan ?
4. Apa berlaku jika mayat Khon Thai tidak dimandi & dikafankan oleh Bomoh Khon Thai ?

Inilah uniknya adat resam Khon Thai Malaysia. Khon Thai tidak mempunyai kota-kota besar untuk dibanggakan. Adat resamlah menjadi Maha Agong yang perlu dipupuk & dipelihara. Janganlah menghukum secara membabi buta bahawa Khon Thai Bodoh. Adakah nenek moyang Khon Thai Bodoh ? Cuba tanya mereka apa jenis kulat yang boleh makan dan sejak bila mereka makan Ubi Gadong (Hua Man Kroi).Janganlah menghina kaum sendiri, lambat laun anak kita sendiri akan kesesatan.

Amat malang sekali, anak-anak berpelajaran Universiti pun tidak menghormati golongan tua. Berlalu di depan golongan tua, selamba sahaja tanpa tunduk. Anak-anak yang balik dari berhijrah mengamalkan cara hidup Bandar dengan merokok & minum arak apalagi berkongsi meja dengan bapanya. Remaja Khon Thai membuat upacara perkahwinan ketika mengandung anak luar nikah? Corak kehidupan beginikah Khon Thai idam-idamkan?

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat.

Phai Chit Chindamanie-Jitra.

pena reformasi said...

Adat resam dengan kepercayaan mengarut dua perkara yang berbeza. Semua kaum atau bangsa ada adat resam, tetapi tidak semua mempunyai kepercayaan mengarut.

Kepercayaan mengarut ialah kepercayaan yang bercanggah dengan nilai agama pegangan mereka. Bagi orang Siam, kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran Buddha ialah mengarut belaka.

Sama ada kita boleh terima hakikat ini atau tidak, terpulang kepada diri masing-masing. Kepercayaan mengarut ini boleh menyesatkan dan menjadi penghalang kepada Lokuttara Dhamma.

Apa gunanya kita mengaku penganut Buddha - melafazkan Buddhang Saranang Gaccami, Dhammang Saranang Gaccami dan Sangkhang Saranang Gaccami (minta perlindungan drp Buddha, Dhamma, Sangha) jikalau tidak berusaha meninggalkan perkara-perkara yang mengarut.

Anonymous said...

"Musavada Veramani Sikkhapadam Samadiyami"

Fakta Sejarah-Tipitaka yang penganut Budha gunakan hari ini adalah yang digubal pada kali ke-3 sidang Agong Sangha pada tahun 313 SM. Manakala Budha Wafat(Nibbana) pada tahun 563 SM.

Setuju, jika saya katakan Gautama Budha tidak menggubal Tipitaka ?
Setuju, jika saya katakan bahawa kandungan Tipitaka adalah tulisan 'dengarcakap' (Hearsay) oleh para Bikhu zaman Putera Asoka?

Kesimpulanya jika jawapan setuju, maka 'Lokuttara Dhamma' bukan ditulis oleh Budha tetapi ditulis oleh para Bikhu.

Mohon Penjelasan.

Yang Jahil Agama
Phai Chit Chindamanie-Jitra.

Anonymous said...

Fakta Sejarah
- Gautama Budha Wafat(Nibbana) pd th 546 SM dibawah kerajaan Magdha.
- Rj Yunani-India Menander I berugama Budha mangkat pd th 160 SM & tulang baginda diedarkan ke kota kuasaan kerajaannya.
- Sukhothai menerima Budha pd TM 1260.
- Ayutthaya menerima Budha pd abad ke-14.

Soalan:
1. Sarilikhatat(Tulang) siapakah sebenarnya dimasukkan kedalam Chaidi di Nakhon Sitamarat dll Caidi.
2. Betulkah Tulang Budha?
3. Bagaimana tulang Budha dimasukkan ke dlm Caidi sedangkan kerajaan Magdha tidak mengedarkan tulang ke Asia Tenggara ketika itu, lagi-lagi Budha belum sampai di Asia Tenggara?

4. Adakah memasukkan tulang ke dlm Caidi, perbuatan Khurafat @ Mengarut ?

Ingin Tahu
Phai Chit Chindamanie-Jitra.

pena reformasi said...

Semua kandungan kitab Tipitaka tidak ditulis oleh Buddha kerana pada zaman Buddha Dhamma-vinai dihafal sahaja. Pakar agama bersetuju bahawa kandungan Tipitaka ada yang diucapkan oleh Buddha dan ada yang diucapkan oleh pengikut dan ada pula yang merupakan huraian. Agama Buddha terbahagi kepada 2 tahap iaitu Lokiya Dhamma dan Lokuttara Dhamma. Lokuttara Dhamma bermula dengan Sodaban sehingga ke Arahant.

Berkenaan Saririkkhatat, Khun mesti tanya kepada pihak Caidi yang berkenaan kerana saya tulis dhamma berkenaan apa yang ada dalam Buddhadhamma. Khun mesti faham bahawa bukan semua amalan orang Siam ialah Buddhadhamma. Mungkin kepercayaan turun temurun.

Anonymous said...

Bangkang harus bersebab. Jika bangkang semata-mata nak bangkang mesti masuk parti politik.

Anonymous said...

Berjuta-juta terima kasih saya ucapkan kpd Pena Reformis di atas penjelasan.

Saya bercadang untuk belajar Dhamma lebih mendalam. Bolehkah saya mencapai Arahant & mencapai Nibbana tanpa menjadi Sami?

Adakah sangkaan saya betul tentang Dhamma iaitu;-

Dhamma jalan membuat kebajikkan, mengendalikan fikiran & mengembangkan kebijaksanaan sehingga dapat mengikis kejahilan.

Terima kasih.

Drpd: Phai Chit Chindamanie-Jitra.

pena reformasi said...

Sesiapa sahaja boleh mencapai Arahant/Nibbana biarpun tak jadi sami. Tapi kehidupan sami yang menjauhi duniawi lebih mudah mengamalkan Mark, Phon, Nippan.

Betul apa yang khun kata. Dhamma Buddha penjana kebijaksanaan (vijja) dan penghapus kejahilan (avijja).

Alpha Tango Six Niner said...

Amalan berbogel ni sebenarnya wujud masa zaman Buddha, masa tu pun banyak ajaran2 dengan pengikut2 masing. Salah satu agama masa tu adalah Jain seingat saya pernah saya baca dalam sutta, x silap saya buku Udana yang masa Buddha dan para Bikkhu tengah bermeditasi, mereka ternampak kumpulan2 sami Jain berbogel dan berjalan lalu.

Anonymous said...

Budha meninggalkan segala kemewahan istana, isteri dan anaknya kerana ingin mencari jalan kebenaran iaitu mencari yang mencipta manusia dan alam ini. Tetapi mengapa sami-sami tidak berkahwin...bukankah ianya sudah menyimpang dari apa yang dilakukan oleh Budaha? Apa kata sekiranya semua penganut Budaha tidak akan berkahwin ..? kerana apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh Sami menjadi contoh yang perlu diikuti oleh penganutnya.

Tiun Kim Boon.

pena reformasi said...

Mahu kahwin dahulu sebelum masuk sami pun boleh, tetapi halangannya sukar ditempuhi. Orang bujang tidak perlu berfikir atau risaukan isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, kebanyakan pengikut Buddha menjadi sami sebelum kahwin. Ini tidak menyimpang. Buddha mendapat Trassaru selepas berumah tangga, ini bukan hal penting. Yang penting Dhamma yang didapati drp Trassaru itu.

Tidak mungkin semua penganut Buddha tidak berkahwin kerana penganut Buddha masih ada Ubasok dan Ubasika. Parami setiap org tidak sama. Jadi, tahap minda setiap penganut Buddha juga berbeza.

Bukan perlakuan sami yang diikuti tetapi Dhamma-vinai yang ditetapkan Buddha yang diikuti oleh penganutnya.