Saturday, May 22, 2010

Pencerahan Sempurna (1)

Terdapat 2 perkara yang terletak di dua ufuk dunia yang tidak harus 'disinggahi' oleh Banpachit, iaitu:

1) keseronokan deria kerana ia bukan perbuatan manusia mulia, tidak bermoral dan tidak memberi faedah.

2) penyeksaan diri kerana tidak memberi faedah dan mengundang penderitaan.


Amalan yang menjadi Jalan Tengah yang tidak menjurus kepada 2 perkara di atas, merupakan amalan mulia yang 'diperolehi' oleh Buddha melalui Pencerahan Sempurna. Amalan mulia ini merupakan jalan bagi memperolehi penglihatan mulia, pengetahuan yang tinggi, kebenaran sejati, ketenangan diri dan pembebasan minda. Amalan mulia ini mengandungi lapan perkara utama yang dipanggil Magga 8 (sila rujuk Magga 8).

Inilah kebenaran sejati; kebenaran yang berkaitan dengan penderitaan:

kelahiran adalah penderitaan,
ketuaan adalah penderitaan,
kesakitan adalah penderitaan,
kematian adalah penderitaan,
menemukan perkara yang tidak disukai/dibenci adalah penderitaan,
perpisahan dengan perkara yang disukai/disayangi/dicintai adalah penderitaan,
ketidaksampaian hajat adalah penderitaan
dan kesimpulannya, Khanda 5 (mental dan fizikal) yang terikat dengan 'kemelekatan' adalah penderitaan.

Inilah kebenaran sejati. Perkara yang mencambahkan penderitaan adalah nafsu; sesuatu yang menyebabkan wujudnya kelahiran dan ketagihan indera. Nafsu terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

1. nafsu berahi,

2. nafsu berkaitan kemahuan (mahu ada, mahu jadi),

3. nafsu berkaitan ketidakmahuan (tidak mahu ada, tidak mahu jadi).

Ini kebenaran sejati. Penghapusan penderitaan adalah penghapusan dan penyingkiran nafsu; membuatkan nafsu tiada tempat berhuni.

Ini kebenaran sejati. Pengetahuan yang sempurna tentang Ariya Sacca 4 merupakan 'Pencerahan Sempurna' yang diperolehi oleh Baginda Buddha.

1 comment:

Anonymous said...

Selamat Hari Wesak kepada semua!


sk tin