Sunday, May 9, 2010

Sami Bunuh Remaja Kerana Cemburu

Pic_81927

(Ini gambar sami pembunuh yang dibawa polis ke lokasi kejadian sedang menyembah ibunya. Hati ibu mana tidak luluh. Hantar anak lelaki masuk sami mengharapkan syurga, tapi neraka pula yang dapat.)


Dua wajah kepala botak ini bekas sami, tapi bukan sami sebarangan, melainkan sami pembunuh yang telah membunuh seorang remaja lelaki berumur 17 tahun kerana cemburu. Peristiwa hitam ini berlaku 4 Mei yang lalu.

Remaja tersebut pergi menjemput kekasihnya berusia 19 tahun (baru 2 minggu berpadu cinta) pulang dari kerja pada lewat malam. Tiba di depan pintu masuk wat, dia yang menunggang motosikal ditembak di dada lalu terjatuh. Dia mati dalam perjalanan ke hospital. Peristiwa sedih ini terjadi kerana berebut perempuan.

Kruba Noi Anavilo, 24th, Ketua Sami Wat Payat Dorn Keow Photiyan, Chiangmai, bersama Phra Amphon mengaku melakukan pembunuhan. Puncanya kerana cemburu. Kruba Noi marah kerana remaja lelaki itu merampas kekasihnya.

Phra Amphon mengaku dia yang memetik picu pistol setelah dipujuk oleh Kruba Noi. Menurut Phra Amphon, Kruba Noi mengajak dia pergi 7-Eleven untuk membeli barang. Mereka keluar dengan kereta. Tiba di depan wat, Kruba Noi memberikan dia pistol meminta dia menembak seorang remaja. Pada mulanya, dia tidak mahu melakukannya kerana dia dengan remaja itu tidak ada apa-apa perselisihan faham. Tetapi memandangkan Kruba Noi, selaku Ketua Sami banyak berjasa kepadanya, akhirnya dia sanggup melakukannya.


(Hebat sungguh dua sami ni, kerana seorang gadis rela mereka 'putus sami' jadi pembunuh dan masuk penjara. Berapa harga seorang gadis bagi sami berbanding Brahma-cariya yang diajarkan oleh Buddha?)


Sekadar bertanya, bagaimana sekiranya polis tidak cekap, tidak mampu mengesan dan menangkap kedua-dua sami ini, pastinya penganut agama Buddha akan terus menyembah pembunuh?

Bagaimana dengan kita di Malaysia? Mungkinkah kita juga sedang menyembah sami yang telah 'putus sami' (sami parachik), cuma kita tidak sedar?

Peringatan: Sesiapa yang mahu bercinta, risik-risik dahulu kerana takut terkena kekasih sami, jadi mayat dibuatnya. Atau apabila pergi wat, pakailah jaket kalis peluru.

1 comment:

Alpha Tango Six Niner said...

Sepatutnya, sesudah jadi sami, perlu melepaskan semua perkara duniawi, kerana semua itu membawa kepada Dukkha. itu perkara asas yang semua Buddhist tahu...punca Dukkha adalah keinginan dan nafsu...