Wednesday, June 30, 2010

Duit Punya Pasal!

Dari sumber yang entah sahih atau tidak, katanya pemimpin Kelantan kini telah mula berangan-angan ingin jadi "pemilik" duit RM200,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari. Katanya lagi pemimpin tersebut telah berpecah kepada dua puak dari dua kampung. Ada juga yang kata puak pemimpin wanita dan puak pemimpin lelaki. Walaupun saya kenal kedua-dua puak yang dimaksudkan itu, tapi tak eloklah disebutkan nama kerana sumbernya belum tentu sahih.

Puak wanita kata, mereka yang terlebih dahulu membuat persedian menyambut PM, iaitu bermula sejak kedatangan YB Nazri Aziz yang telah "membumiputerakan" orang Siam. Kemudian disusuli dengan kehadiran PM. Mereka juga dakwa PM datang ke Wat Machimaram atas inisiatif YB tempat mereka dengan bantuan Ketua UMNO Kota Bharu. Puak lelaki kata mereka lebih berhak kerana mereka peneraju persatuan orang Siam Kelantan. Segala bantuan patut disalurkan melalui persatuan mereka yang mewakili orang Kelantan.

Bahkan timbul juga puak ketiga yang entah sesat dari lubuk mana mendakwa bahawa mereka pernah minta peruntukan untuk sekolah Siam daripada PM. RM200, 000 itu hasil daripada usaha mereka. Macam-macam.

Duit belum tentu ada atau tidak. Janji belum pasti tertunai atau tidak. Tapi orang Siam sudah mula berebut hendak jadi "pemiliknya". Bukankah duit itu untuk sekolah Siam? Disalurkan melalui siapa atau pihak mana pun sama saja. Bukankah begitu?

Bagaimana dengan peruntukan RM100,000 yang dikatakan telah diberikan oleh kerajaan beberapa tahun dahulu? Ada siapakah antara pemimpin Kelantan yang dapat beritahu duit itu telah disalurkan kepada sekolah mana, kampung mana dan kepada siapa? Saya bangkitkan duit ini kerana terdapat sekolah bahasa Thai yang mendakwa mereka tak pernah terima duit tersebut.

Berbalik kepada duit RM200,000 yang dijanjikan oleh PM. Orang Siam Kelantan tidak sepatutnya "meribut-ributkan" peruntukan ini sehingga memalukan kaum sendiri. Janji pilihan raya jangan dipercayai sangat. Dengar khabar, Pak Lah juga pernah janji peruntukan yang sama kepada Siam di Kedah, tapi sehingga kini belum tertunai.

Jikalau saya kata pemikiran pemimpin Siam masih kuno, pasti ramai yang akan mengamuk. Tapi hakikatnya jumlah RM200,000 bukannya banyak, tapi "disensasikan" seperti RM2 juta. Andaikan PM janjikan RM2 juta, rasanya pemimpin Siam putus kepala kerana bertetak sesama sendiri.

Jangan kerana mendengar guruh di langit, kita bergaduh kerana berebut air hujan. Sedangkan, realitinya hujan belum pasti akan turun.




9 comments:

Anonymous said...

Duit2 memang laku!pakat berebut gi la..benda tak tau dok mana lagi..tentang RM100K untuk sekolah bahasa siam tempoh hari kalu ada sekolah siam yang belum dapat aku tumpang simpati tapi rasa bukan salah jk yang mengagihkan duit tu...yang aku dgr setiap sekolah diminta membuka akaun bank msg2 dan duit hanya dimasukkan ke akaun bank sahaja..klu belum dapat duit tu lagi jgn2 akaun bank masih blm ada kot? Klu sapa2 ada maklumat lanjut ttg duit ni bagitau la...ha3..kdg2 aku fikir lebih baik tak diberi RM tu daripada dok berebut benda yang masih di atas angin...

Anonymous said...

bagi senator rebut senator. bagi duit rebut duit. apa nak jadi dengan siam kita? jangan bagi apa benda baru tak rebut.

ukm

Anonymous said...

bagi dukkha baru tak rebut.

Lihatlah macam mana duit yang tak seberapa itu menjadi dukkha kepada kita semua.

sebab itu kita tidak boleh melekat dengan duit dan hal-hal material. kita akan menjadi tidak tenteram, tidak aman kerana semua orang ada sedikit sebanyak sikap 'tamak', ingin memiliki apa yang bukan milik kita.

Dalam kehidupan, kita terlalu melekat dengan apa yang kita ada dan apa yang kita mahu.

bersederhanalah supaya kita kurang menderita.

kalau tak ada duit itu, adakah sekolah/ kelas bahasa Thai akan ditutup? Apakah selama ini sekolah/ kelas bahasa Thai yang sedia ada tidak berjalan?

Pemimpin perlu mengusahakan sesuatu yang realistik, bukan berebut 'angin'.

sk tin.

Anonymous said...

Aku setuju kalau kita bagi duit eloklah melalui akaun bank. Bila SPRM check kita boleh sebut masuk akuan itu ini. Kalau bagi by hand nampaknya duit akan lesap dan kita tak ada bukti nak tunjuk bahawa kita dah bagi.

pena reformasi said...

Saya amat setuju apabila duit diberikan melalui akaun bank. Tapi pemegang akaun mesti amanah, kalau tidak, lesap juga duit budak-budak.

Saya juga sependapat dengan SK Tin bahawa kita harus realis. Selama ini, wat kita, sekolah bahasa Thai kita dan segala keperluan keagamaan kita diusahakan oleh tenaga empat kerat kita sendiri. Bukan kita tak perlukan bantuan kerajaan atau menolak bantuan luar. Tidak sama sekali. Tapi jangan sampai orang luar pandang serong terhadap kita seolah-olah kita begitu "dahagakan" duit yang tidak seberapa itu. Dahulu kecoh pasal senator, sekarang kecoh pasal duit, malu orang.

PM tak sebut sepatah pun pasal senator sebab apa, siapa tahu? Barangkali sebab PM meluat dengan sikap kita yang suka berebut. Puluhan nama calon senator Siam diserahkan kepada PM adalah bukti bahawa kita bagaikan enau dalam belukar, cuba melepaskan pucuk masing-masing.

Institusi Tok Sami pun serupa. Mereka berebut duit peninggalan Tok Sami yang telah meninggal dunia; mereka berlumba siapa ada duit lebih banyak dalam bank; siapa mampu cari duit paling banyak masa Khatina; masa Wesak Day; siapa dapat tarik lebih ramai orang ke wat mereka masa perayaan, Pat Yod siapa lebih tinggi dll. Semuanya berpusat pada "perlumbaan" mengumpul kilesa. Walaupun bukan semua, tapi majoritinya begitu.

Anonymous said...

Jangan hiruk pikuk sangat.... antara yang bagi komen pun tamak haloba juga... cuma kita tak dapat berita saja.....

kacau daun.

Anonymous said...

mai bg sy dlu..,sy bwa p rolling2 dlu..,bru dpt bnyk untung








Tauke belangkas lampam

Anonymous said...

Sekadar meramal dari jauh bukan dekati kadang-kadang tersilap besar juga.
siam kel

Anonymous said...

Setahu aku setiap kaum di negara kita berhak mendapat peluang untuk belajar bahasa ibunda...tapi atas kekangan yang aku tak tahu bahasa siam tidak dapat diajr di sekolah kerajaan..nasib baik la ada kelas bahasa siam di wat...sepatutnya kelas ini sudah lama mendapat bantuan RM dari pemerintah... menjadi hak anak2 siam untuk mendapat RM untuk kls bahasa ibunda tu..Salah kita orang siam jugak yang tidak mengutarakan hak kita sebab kita semua asyik mu2
aku2...x bersatu..ada ramai jgk siam yang educated tapi x mau libatkan diri dgn kerja masyarakat..dia orang lebih senang berada di comfort zone bknnya concern zone..mcm mana siam nak maju?

...ko ar ka..