Saturday, June 12, 2010

Nazri: Siam adalah Bumiputera

Nazri: Masyarakat Siam adalah Bumiputera

Masyarakat Siam Kelantan dan di beberapa negeri di Semenanjung yang kesemuanya dianggarkan kira-kira 60,000 orang adalah kaum bumiputera di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Masyarakat minoriti itu mempunyai hak yang sama dengan warga pribumi lain di samping menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wanita Siam Dalam Era Globalisasi di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar di Tumpat hari ini.

Majlis sehari itu dihadiri kira-kira 400 wanita masyarakat Siam yang tinggal di kawasan Tumpat dan Pasir Mas dalam usaha meningkatkan kefahaman golongan terbabit sebagai warga negara ini.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri yang juga penaung Persatuan Siam Malaysia menyarankan semua pihak agar memahami status kewarganegaraan yang dinikmati oleh masyarakat Siam di negara ini sebagaimana diperoleh kaum bumiputera lain.

Mengenai kedudukan kira-kira 100 orang masyarakat itu di Kelantan mempunyai kad pengenalan merah sedangkan mereka tinggal sejak awal lagi dan boleh membeli tanah sendiri di Kelantan, beliau berkata perkara itu akan disiasat sebelum tindakan susulan diambil.

"Kita harap ketua masyarakat Siam dapat menyenaraikan nama-nama mereka dan beri kepada saya bagi tindakan susulan... kalau betul tidak salah dia mempunyai kad pengenalan biru," katanya. (Malaysiakini)

Kah ... kah ... kah ... Siam diberikan gula-gula politik lagi. Kali ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Siam mempunyai hak yang sama dengan pribumi lain. Siam menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan. Woi, Siam rakyat Malaysia. Bangla sama Indon pun dapat menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan, takkan Siam tak boleh. Jikalau Siam Bumiputera berikanlah semua "hak istimewa" yang dinikmati oleh kaum Bumiputera lain. Jangan memberi perkara tertentu sahaja, sedangkan banyak perkara lain yang lebih istimewa berkaitan ekonomi dan pendidikan tidak diberikan.

Menteri ni sudah bincang dengan Menteri Pengajian Tinggi ke sebelum cakap? Beliau tak tahu ke apa yang Menteri Pengajian Tinggi kata sewaktu menolak permohonan pelajar Siam tempoh hari? Takkan Menteri Kabinet pun tak sefahaman. Kata 1Malaysia, tapi cakap tak serupa.

Walau apapun saya yakin Nazri Aziz benar-benar ikhlas memandangkan beliau ada bau-bau bacang dengan Siam. Oleh itu, tolonglah pinda Perlembagaan apabila BN dapat balik 2/3 suara di Parlimen kelak. Masukkan Siam dalam kategori Bumiputera. Itupun kalau BN tak terkubur dulu dalam PRU akan datang. Cakap saja tak guna kerana pemimpin silih berganti.

Sudah banyak kali pemimpin politik kerajaan kata Siam adalah Bumiputera, tapi masalah kad pengenalan merah belum selesai sampai sekarang. Bumiputera pegang Kad Pengenalan merah, kah... kah... kah...kah! Woi ada lagi ke Bumiputera lain yang pegang kad pengenalan merah seperti Bumipukera... maaf Bumiputera Siam?




5 comments:

Anonymous said...

Gazetkan dalam Dewan Negara dulu ... tak habis2 dgn propaganda nak pancing undi ...

Anonymous said...

Nzri m.be betoi2 ikhlas kata siam tu bumi tapi selagi tak tertulis dalam perlembagaan org x kan peduli...byk kali dah nzri dok kata siam ni bumi...pernah skali klu tak silap nzri kata dia akan bereskan hal siam bumi ni dgan Tun sebelum Tun bersara sebagai PM...pi mai pi mai tang tu jgk...

JST said...

Kenapa tak gazetkan apa yang Pak menteri cakap sebagai bahan rujukan untuk kaum minoriti Siam pada masa akan datang.

Tiba2 Nazri ni mati, kita nak rujuk kat mana lagi. Dulu Nazri kata MARA akan bagi peluang kat Siam,, la ni pengerusi MARA baru kata nak kaji pulak.

Kalau gazet semua yg pak menteri cakap tu, kan senang.. kemudian hari, Pak menteri lain tak perlu kaji lagi dah. Siam pun dengan bangganya kata aku juga kaum Bumiputar.

pena reformasi said...

Saya sependapat dengan JST bahawa perlu digazetkan perkara ini agar tidak menjadi bahan dolak-dalik oleh pemimpin akan datang.

Persoalannya, ini bukan kali pertama Nazri menjanjikan 1001 macam kepada orang Siam, tapi pada peringkat pelaksanaan dasar kerajaan, Siam masih dilayan seperti dulu-dulu juga. Masalah IC merah, masalah tanah Wat yang belum digazetkan, masalah tanah kubur Siam yang diambil individu, masalah pelajar cemerlang yang tercicir, masalah projek kerajaan Persekutuan di atas tanah orang Siam, masalah pinjaman kepada usahawan Siam dll belum mampu diselesaikan sepenuhnya. Mulut kata Siam adalah Bumi, tapi pelaksanaannya Siam seperti hendak "dikebumikan" di bumi ibunda.

Anonymous said...

Tu la...kalu dah ada dlm perlembagaan, menteri mati ke? pi mana ke? tukar kerajaan ke? tak jadi masalah...perlembagaan lah rujukan utama.... SIYE nyo kor org SIYE..