Thursday, June 17, 2010

RM200,000 Setahun Untuk Sekolah Bahasa Siam

TUMPAT: Datuk Seri Najib Razak menegaskan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak akan dibuat semata-mata hanya kerana satu kajian menunjukkan peningkatan sokongan terhadap prestasi kerajaan kepemimpinannya.

"Yang paling penting ialah usaha kita untuk menguatkan parti dan menentukan kita mempunyai barisan berwibawa, selain sokongan kepada pucuk pimpinan adalah antara faktor yang diambil kira," katanya pada sidang media selepas majlis bersama masyarakat keturunan Siam yang berlangsung di Wat Matchimaram di sini, petang semalam.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Pengerusi BN Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar dan Ketua Bhiku Wat Matchimaram, Pharak Kru Vikthet Thammanard.

Najib mengulas hasil kajian Merdeka Centre yang mendapati 72 peratus rakyat negara ini berpuas hati terhadap prestasi kepemimpinan beliau.

Laporan kajian itu juga menarik perhatian Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Perdana Menteri berpeluang menang jika mengadakan pilihan raya umum sekarang.
Perdana Menteri berkata, penetapan tarikh pilihan raya umum juga bukan dibincangkan secara terbuka.

Ketika berucap pada majlis sama, Najib memberi jaminan yang gagasan 1Malaysia yang dipeloporinya akan memastikan keadilan kepada semua lapisan rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan agama termasuk masyarakat Siam yang selama ini sentiasa menyokong BN pada setiap kali pilihan raya umum.

Pada majlis itu, beliau juga membawa khabar gembira buat masyarakat Siam setempat apabila mengumumkan kelulusan taraf warga kepada 61 penduduk Siam oleh Kementerian Dalam Negeri yang akan disampaikan kepada pemohon bulan depan.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM200,000 setahun bagi membiayai 16 sekolah pembelajaran bahasa Siam yang digemari masyarakat terbabit serta biasiswa melanjutkan pelajaran kepada anak-anak keturunan Siam yang cemerlang daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad.

- (Berita Harian)


PM bercakap tentang PRU Ke-13 dan pada masa yang sama mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada sekolah bahasa Siam di Kelantan serta biasiswa kepada pelajar Siam yang cemerlang daripada dana Yayasan 1Malaysia.

Mungkin ada pihak cuba mengaitkan bantuan ini dengan "rasuah" pilihan raya, tapi bagi masyarakat Siam ia sesuatu yang menggembirakan. Selama ini masyarakat Siam terpaksa mencari sendiri dana bagi membiayai sekolah berkenaan. RM200,000 setahun mampu meringankan beban mereka.

Namun jangan terlalu gembira kerana "janji" pilihan raya sering tidak ditunaikan sepenuhnya. Pepatah Melayu "dengar guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurah" harus dipegang.


12 comments:

Anonymous said...

Tipah Tertipu hanya lagu. Siam tertipu real punya... PM Al-tantuya al-mongoliaya suka sesangat tabur janji kosong. Tak caya, tanya sama penduduk di kawasan pilihan raya kecil....

bekas ahli Umno

Anonymous said...

seblm PRU 2008 , kelas bahasa siam kelantan dapat RM 100,000.00..2009 satu sen pun tak dapat...Harap2 yang PM umum ni akan dapat berterusan bukannya sekerat jalan...

pena reformasi said...

RM100,000 berapa sekolah/kampung yang dapat? Rasanya ada yang tak dapat.

Anonymous said...

Masyarakat Siam dapat nama, individu Siam dapat duit. Lu pikirlah sendiri!!!!

siam kia

Anonymous said...

Rm 100,000 dibahagi ikut kg yang ada kelas bhs thai...kg yang tak ada kelas bhs thai memang tak dapat..

pena reformasi said...

Beri kepada siapa, ketua kampung atau ketua sami?

Anonymous said...

yang ambo tahu..duit peruntukan sekolah bhs thai tu dimasukkan ke dalam akaun bank sekolah bahasa thai berkenaan..ketua kg /ketua sami x dapat la..

Anonymous said...

Kajian menunjukkan bahawa banyak orang mula suka dengan perubahan yang mahu dibuat PM, yang tak best'nya ialah pemimpin2 di bawahnya yang cuba lawan ketua.
Masih ada yang tebal sifat perkaumannya.

Dan peruntukkan yang diberikan juga lamabt disalurkan kerana karenah-karenah birokrasi yang memang sebati dengan kakitangan kerajaan.
Bukan senang nak dapat duit demo.

Kalau disalurkan pula, kepada siapa? Siapa yang pantau setakat mana duit diguna dengan betul?
RM 200 itu bukan sedikit kalau digunakan untuk cetak buku2, beli alat tulis, meja dan kerusi. Tak perlu bina bangunan baru kerana banyak bangunan di wat yang terbiar.

sk tin.

Anonymous said...

ada ketua kg dan ketua sami yang nak duit ni juga ke? udah la tu..kesian kat budak2 sekolah bhs thai kita tu..

pena reformasi said...

Saya bangkitkan pasal duit yang dihulurkan kerajaan BN kepada Siam Kelantan kerana ada "bisik-bisik" duit tu tiris tengah jalan dan tak sampai ke golongan sasaran. Tapi kerana saya tak ada bukti, saya tak mahu tulis lanjut. Biar ada bukti dulu baru tulis.

Anonymous said...

PAKLAH DATANG KE WAT SIAM NAKA KEDAH JANJI NAK BAGI BANTUAN BINA SEKOLAH BAHASA THAI DALAM WAT RM300.000.00.SAMPAI HARI INI TAK ADA PUN...MANA JANJI TU...AKU INGAT SIAM SELALU KENA TIPU..LA...

pena reformasi said...

Biasalah. Janji air liur berapa ratus ribu pun boleh. Janji politik tak usah percaya sangat.

Bukan setakat kepada masyarakat Siam, masyarakat lain pun selalu ditipu oleh orang politik.

Begitu banyak projek yang dijanjikan kerajaan masa pilihan raya kecil diadakan, tapi semuanya zero. Media hanya laporkan masa pemimpin buat janji. Bila pemimpin mungkir janji, mereka tak berani laporkan.

Oleh itu, tidak mustahil janji kepada orang Siam juga zero.