Sunday, June 13, 2010

RMK10: Berapa Sen Bakal Dinikmati Kaum Siam?

Bumi


Kera




Beberapa hari lepas, kalau tak silap pada 10 Jun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di Dewan Rakyat. Rancangan pembangunan 5 tahun (2011-2015) kali ini memperuntukkan sejumlah wang RM290 bilion yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 bagi pembangunan fizikal dan bukan fizikal.







Tema pembentangan kali ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.

RMK10 ini bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Maknanya rakyat Malaysia akan dijadikan rakyat yang maju dan berpendapatan tinggi. Jikalau negara sahaja maju dan kaya kerana berpendapatan tinggi, sedangkan rakyat tidak maju dan miskin, maka segalanya bagi rakyat tetap di takuk lama.

Seperti biasa orang pilitik dan dunia politik yang lidah tidak bertulang, pelbagai respons diberikan mengikut selera lidah masing-masing. Orang BN kata RMK10 komprehentif dan menyeluruh. Orang bukan BN kata RMK10 masih di takuk lama kerana negara masih bergantung kepada hasil minyak dan gas tanpa inisiatif lain. Bahkan tidak kurang yang kata RMK10 ini terlalu fokus kepada politik bagi menghadapi PRU akan datang.

Saya bukan orang ekonomi, jadi saya tak perlu ulas.

Cuma yang ingin saya tulis di sini ialah, berapa sen daripada peruntukan RMK10 ini dapat dinikmati secara langsung oleh masyarakat Siam Malaysia yang dikatakan Bumiputera oleh Menteri UMNO?

Pemimpin Cina dan India sudah mencongak dan mengumumkan kepada masyarakat mereka apakah faedah yang bakal diperolehi oleh kaum masing-masing melalui RMK10. Baru-baru ini melalui radio saya mendengar Menteri MIC menerangkan faedah yang akan dinikmati kaum India secara panjang lebar. Begitu juga dengan Menteri MCA dan Gerakan.

Bagaimana dengan pemimpin orang Siam? Adakah sudah dicongak faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh masyarakat Siam? Kalau sudah, umumkan kepada orang Siam.

Perkara ini tidak harus dipandang ringan oleh pemimpin Siam jikalau mahu melihat kaum kita maju. Mereka mesti memastikan agar orang Siam tidak tercicir daripada pembangunan RMK1o. Untuk jadi rakyat yang maju dan berpendapatan tinggi, persediaan harus dilakukan. Reformasi diri wajib disegerakan. Peruntukan wang ringgit semata-mata tidak memadai jikalau persediaan mental dan fizikal tidak mencukupi.

Kita tidak mahu 5 tahun akan datang, ketika kaum lain sudah maju dan memperolehi pendapatan tinggi sebagaimana digariskan dalam RMK10, tetapi masyarakat Siam masih bertekak pasal nama Siam atau Thai, IC merah, Senator dan status Bumiputera.


(Makluman: Rabu ini, PM akan bersama masyarakat bukan Islam di Tumpat, Kelantan. Orang Siam tidak harus melepaskan peluang untuk bersama PM)

2 comments:

Anonymous said...

Orang Siam haruslah berani menyuarakan kehendak dan keperluan mereka pada hari Rabu ini di hadapan PM...PM mungkin tidak tahu dilema yang dihadapai oleh Orang Siam yang dikatakan sebagai bumiputera tetapi tidak mendapat hak itu sepenuhnya.

sk tin

Anonymous said...

Sebenarnya status orang Siam sebagai bumiputera dikelirukan kerana agenda politik. Dalam perlembagaan tak ada pun. Tetapi pemimpin UMNO dan Siam tertentu yang menimbulkan kekalutan ini.

Orang Siam di tempat saya masuk MCA, bukan UMNO. Jadi apa status mereka?

Saya cadangkan pemimpin Siam di Kelantan tanya PM Datuk Najib:
1. Adakah Orang Siam Bumiputera?
2.Kenapa tidak termaktub dalam perlembagaan? Apa jaminan dia?

Sudah tiba masanya semua orang sedar tentang masalah ini.

sk tin.