Sunday, June 6, 2010

Sah, Siam Memang Bumipukera!

Penjelasan KPT terhadap luahan Vicsofee

DENGAN segala hormatnya, Kementerian ingin merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia pada 26 Mei 2010 (Rabu) mengenai berita bertajuk Dengarlah Luahan Vicsofee: "Berdosakah saya menjadi Siam Malaysia" berkaitan lima (5) orang pelajar cemerlang dalam SPM dan seorang pelajar dalam STPM berketurunan Thai tidak mendapat tempat di IPTA.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi telah menyemak status permohonan calon SPM tahun 2009, ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 seperti berikut:

1. Sukeht a/p Thavil

2. Vicsofee Sukahut

3. Maleewan a/p Perashot

4. Syalit Keowmani a/l Eh Sau

5. Elicesa Lalitta a/p Ea Chuan

Berdasarkan kepada rekod semakan, Bahagian ini mendapati empat orang calon berkenaan telah memohon secara Aplikasi Dalam Talian (on line) melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA. Pilihan program pengajian calon adalah Program Asasi di UIAM dan Program Pengajian di UiTM yang terbuka kepada bumiputera sahaja.

Berdasarkan semakan rekod dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), status kaum calon, ibu dan bapa merupakan kaum Thai. Calon tidak dapat ditawarkan kerana tersalah memilih program yang dikhaskan kepada bumiputera.

Takrif Bumiputera yang diguna pakai dalam proses pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 160 (2).

"Jika salah seorang ibu atau bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya dianggap seorang bumiputera."

Dimaklumkan proses pemilihan pelajar ke IPTA adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Walaupun Elicesa Lalita a/p Ea Chuan memohon program diploma, berdasarkan kepada pengiraan, markah merit calon ialah 69.86. Markah potongan (cut off point) bagi program yang dipohon adalah tinggi kerana bilangan tempat yang disediakan bagi program pengajian tersebut adalah terhad.

Walau bagaimanapun, pelajar berkaitan layak mengemukakan permohonan rayuan untuk pertimbangan semula bagi kes rayuan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengajian Tinggi juga mengesahkan hanya tiga daripada lima calon berkaitan, telah mengemukakan rayuan melalui Aplikasi Dalam Talian (e-rayuan) untuk Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf.

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru ke IPTA. Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan mulai minggu pertama Jun 2010 bagi Fasa 1 dan minggu ketiga Julai 2010 bagi Fasa 2 di Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA http://upu.mohe.gov.my.

Kementerian Pengajian Tinggi juga mengesahkan bahawa calon Phisnukh Uttraphan A/L Pim No. KP 900904-03-5411 calon Lepasan SPM 2007, pernah mengemukakan permohonan bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009 dan berjaya ditawarkan pilihan pertama C2425 - Diploma Kejuruteraan Elektronik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Dikenal pasti calon tidak mendaftar di universiti berkenaan.

Justeru tidak timbul isu Kementerian menolak permohonan dan tidak pernah mendapat tawaran ke IPTA.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi telah menyemak rekod permohonan bahawa calon telah mengemukakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 di bawah Kategori STPM tahun semasa.

Calon akan dipertimbangkan berdasarkan syarat am dan khas program serta kriteria pemilihan yang ditetapkan. Pemilihan adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Keputusan tawaran kemasukan ke IPTA boleh disemak melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA http://upu.mohe.gov.my mulai minggu ketiga Jun 2010.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar

Jabatan Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

(Sumber: Jejaka Siam Terakhir/Utusan Online)

---------------------------------------------


Kah ... kah ... kah! Belum jelas lagikah penjelasan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia? Kalau belum jelas, bertanyalah sama itu anjing kurap di bawah rumah. Bahagian yang saya bold itu, tolong perhatikan betul-betul. Siapa yang telah menipu dan diperbodohkan? Harap orang Siam akan celik mata.

Jikalau tak faham-faham juga, tanyalah pula sama babi dalam kandang di belakang rumah.

Tapi jangan bertanya kepada pemimpin Siam kerana mereka ini berfikir pakai kepala lutut. Akibat mereka berfikir pakai kepala lututlah, orang Siam telah ditipu bahawa mereka adalah Bumiputera. Memang betul, ada pemimpin Umno kata Siam Bumiputera, tapi itu sekadar retorik politik. Pemimpin Siam yang fikir pakai kepala lutut terus termakan retorik politik tersebut lalu menyebarkannya ke merata-rata perkampungan Siam: "Siam Bumiputra woi! Siam Bumiputra woi, yahuhu! Pemimpin Umno kata gitu."

Pemimpin politik hanya pentingkan undi. Apa pun depa sanggup cakap asalkan dapat undi. Soal Bumi atau bukan Bumi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bacalah sikit kalau ada masa. Asyik percaya cakap kelentong orang politik buat jadah apa. Orang Siam bukan baka bodoh. Agama Buddha pun ajar kita pakai otak apabila hendak percaya sesuatu benda. Jikalau otak beku, tak usah jadi pemimpin orang Siam, buat malu sahaja. Jikalau ada otak, kenapa lebih percaya kepada cakap orang politik daripada Perlembagaan Persekutuan? Atau masih fikir pakai kepala lutut?

Babi sungguh manusia yang fikir pakai kepala lutut ni. Maka orang Siam yang juga fikir pakai kepala lutut pun langsung percaya yang dia Bumiputra. Melompat-lompat gembira, lantas menjerit-jerit bagai anjing gila: "Kita Bumiputra! Aku beli rumah dapat harga Bumiputra!" Bodoh, itu rumah tak lakulah woi. Dari terbiar, lebih baik jual kepada Siam dengan harga Bumi.

"Siam boleh labur dalam ASB! ASN/ASB hanya untuk Bumi saja!" Ini pun ngok juga. ASN/ASB adalah dasar kerajaan "pinjam" duit rakyat sebagai modal pusingan. Sekarang bermacam-macam Amanah Saham dilancarkan kepada rakyat Bumi dan bukan Bumi. Jadi, Janganlah jadi bodoh!

Lupakan saja perihal Bumiputra. Walaupun sejarah membuktikan bahawa orang Siam adalah penduduk asal Tanah Semenanjung, sejak atau sebelum Zaman Sri Vijaya, tapi Perlembagaan Persekutuan ditulis tak ambil kira kesemua aspek sejarah; sekurang-kurangnya tidak ambil kira sejarah masyarakat Siam. Siam akan jadi Bumiputra sekiranya Perlembagaan Persekutuan dipinda. Mahu pinda Perlembagaan Persekutuan dan masukkan Siam sebagai Bumiputra atau Pribumi? Boleh, tapi kena pergi sembah Ahli Parlimen Melayu, Cina, India, dan Sabah dan Sarawak minta belas kasihan mereka kerana hanya mereka berkuasa pinda Perlembagaan. Siapa antara orang Siam yang sudi pergi sembah, pergilah. Kalau tidak, tunggulah sehingga kucing bertanduk. Atau pergilah pujuk dan rayu Ibrahim Ali, Pengerusi Perkasam minta pertolongan dia. Dia ni pejuang hak Bumiputra. Pergilah!!!!

Kepada pemimpin Siam, lain kali sebelum hendak keluarkan sebarang kenyataan, rintihan, luahan atau rayuan, fikirlah masak-masak. Jangan kerana sepotong dua pelajar "cemerlang, gemilang dan terbilang", semua masyarakat Siam dimalukan. Jikalau tak layak, diam sahajalah. Jangan bising-bising dan pusing-pusing!

Sekarang KPT telah beri penjelasan, apa pula penjelasan balas pemimpin Siam, atau terus diam sahaja? PRU akan datang undilah Umno-BN lagi, banyak faedahnya. Kah ... kah ... kah ....

Sampai bila nak bagi depa bohong kita?







23 comments:

Anonymous said...

Saya tak berpihak sebelah manapun.kritikan boleh di buat. tidak salah mengkritik.tapi KSB ini terlalu kasar dengan ayat anjing...babi. Orang siam beradab. Buddha tak mengajar begitu... dan saya percaya ibu bapa KSB tak ajar macam ini... kecewa jika mereka dapat tahu anak mereka tulis sebegini... sadhu x3

Anonymous said...

Nampaknya ada orang yang dah menyelewengkan takrif bumiputera. sepatutnya bumiputera itu hanya Orang Asli. Kaum-kaum lainnya semua pendatang kemudiannya. Beberapa kaum yang lain hanya datang lebih awal. Itupun hanya beberapa ratus tahun...bukannya ribuan tahun.

Yang lemah dan layak memang patut dibantu. Ini soal hak dan keadilan, tanpa kira apa kaum pun. Yang masalahnya ialah apabila ada yang nak lebih.

Memang tidak puas hati tetapi yang penting ialah mereka perlu lihat ke depan.
semoga mereka tabah menempuh hidup dan berjaya tidak kira dalam bidang apa yang mereka ceburi.
Pilihan dan jalan sentiasa ada. Cuma adakah kita cukup upekkaha untuk menempuhnya.....

sk tin

Anonymous said...

Pi mana habih Siam Bumiptera.....tulisan brader kita ni dah menikam jantung hangpa semua dah ka???

Nak sangat jadi Bumikera!!!!!!!

Aku Non Bumi...

pena reformasi said...

Kiranya ada perkataan lain yang lebih kasar dari anjing dan babi, saya akan gunakan. Pemimpin Siam jenis keras kepala otak patut gunakan perkataan kasar baru dapat tembusi otak dia orang. Sudah berapa kerap diberitahu bahawa SIAM BUKAN BUMIPUTERA ikut Perlembagaan, tapi dia orang tetap menipu orang Siam bahawa Siam ialah Bumiputera sehingga mengelirukan ramai orang. Kenapa tak beritahu perkara sebenar agar orang Siam tak jadi Mat Jenin seperti sekarang (berangan-angan nak dapat hak istimewa seperti Melayu).

fan ksb said...

sokong tuan Pena!!..

kalo kata-kata pedih mampu menyedarkan bangsa kita yang leka dibuai mimpi saya rasa ianya adalah wajar!!..

soal bumiputera bukan soal siapa datang dulu siapa datang kemudian ke tanah air ini, sebaliknya adalah soal kuasa di tangan siapa??...

Manusia yg berkuasa mampu mencipta apa sahaja alasan utk mewajarkan tindakan mereka..oleh itu bangsa yang kerdil dan lemah mcm kita belajarlah berdikari jgn mudah diumpan dgn janji2 manis org politik.!!

Bangunlah bangsaku!!..

Anonymous said...

Tak semua pemimpin siam dok canang kata siam tu bumi....yang dok canang tu biasanya orang politik yg berkepentingan ..jadi jgn pakai hentam borong aje..kesian jgk segelintir pemimpin2 kita yang betul2 ikhlas ..ksb..tegur menegur x salah..tapi..kan elok kalu kita gunakan bahasa yang lebih sopan...

pena reformasi said...

Saya hanya hentam pemimpin Siam yang dok canang Siam ialah Bumiputera kerana kepentingan politik. Pemimpin lain kalau turut terasa, tak boleh buat apa. Saya kenal hampir kesemua pemimpin besar Siam, di peringkat negeri atau pusat. Ramai yang berfikiran realis, tapi ramai juga yang berfikiran Mat Jenin.

Bila Tun berikan "layan istimewa" kepada Siam (memandangkan Siam masih ketinggalan dalam pelbagai bidang)pemimpin Siam terus mencanang kepada dunia bahawa Siam ialah Bumiputera, buktinya kerajaan Tun berikan itu, ini dan bla...bla...bla. Akibatnya bangsa minoroti lain pun bangkit minta taraf Bumiputera melalui wakil mereka dalam BN. Serba salah kerajaan dibuatnya. Apa yang terjadi selepas itu? Layan Siam seperti bukan Bumiputera yang lain. Habis cerita.

Soal Senator pun sama. Pemimpin Siam menyalak ke sana sini bahawa kerajaan menghargai Siam dengan berikan jawatan Senator. Bagaimana dengan bangsa minoriti lain? Kerajaan tak menghargai mereka? Akibatnya bangkit lagi bangsa monoriti lain minta jawatan Senator. Sekali lagi kerajaan serba salah.

Lain kali bila kerajaan berikan "hak istimewa" tak usah menyalak-nyalak sehingga mencemburukan bangsa lain. Akibatnya kita yang akan kerugian.

ma wat said...

hentam cukup-cukup Tuan Pena aku setuju apa yang tuan tulis.

Anonymous said...

sy skong tuan pen..tp bkn dgn ayat2 ksar..jgn lpa kta cba mnegakkan kbnaran msyarakat siam...so tnjukkn adab span kta..klu yg trasa thiris , psti kata2 yg lmbut sdh ckup mmbuatkn mreka trasa..

bun mi said...

orang siam ni patang kenal dengan pemimpin negara, bongkak dan cakap besar. Dulu sapa yang dok jual berita yang dia ada kuasa masukkan pelajar siam ke ipta. karang pi mana dia tu,kenapa tak bawa masuk pelajar yang cicir tu?

Anonymous said...

dgr crito PM nak pi wat jung kao 16jun ni... agak2 apa yang akan PM bagi kat org siam di sana? taraf BUMI ke? 55555555!

Anonymous said...

PM akan ke Wat Klang Jongbakar..16 jun gitu la critonya...senator?Bumi?55555!!

leck said...

Nseb bek ayah ku cina, aku non-bumi..

Tuan pena je msuk bertanding pilihan raya akan datang, jadi ahli parlimen siam yg pertama...kami akan sokong

Anonymous said...

kah kah kah Bumikera, adoi artikel yang paling best dari siam Bumikera, mana siam UMNO Bumikera, tak sedar diri kena tipu pi bohong dengan orang kampung siam Bumikera, kah kah kah aku pun terkena ingatkan aku nie siam Bumiputra rupanya Bumikera kah kah kah hanya layak duk atas pokok kawan dengan kera, kah kah kah aku kakk phuiii dengan semua peminpin siam Bumikera, kejar senatak (senator) menyamar jadi babun siam hahaha sebab siam kera tak leh jadi senatak kah kah kah (aku pinjam bro hisyam punya tag http://tukartiub.blogspot.com) nanti aku link blog ko ke bro hisyam biar 1KERA dapat hebahan kah kah kah.

Yang benar
Pak Din

Anonymous said...

Siam = Bumi @ Bukan Bumi

Siam = Istilah Siam @ Istilah Thai

Siam = Layak ker diiktiraf BUMI @
Tak layak

Siam = Berhak dapat keistimewaan @
tak berhak.

Siam = Pemalas buat homework, tapi
sembang bagus. Sejarah ada
kita tak kaji. Buku ada
kita tak baca. Idea ada kia
tak guna. Sbb nnt kita jadi
tak terar.

Siam = Mabuk + Judi+ Hi Kali=Hantu
(Mampus pi la duit aku)...
Itu jer siam blh pikir?

Saim = Dah maju x ngaku siam.

Saim = Hangpa dan aku. Lu pikirla
sendiri...

Anonymous said...

Tuan Pena..Jika orang siam Malaysia bukan bumiputra kenapa pula ramai orang siam disini{bukan semua}termasuk adik beradik saya boleh beli saham bumiputra dan kediaman status bumiputra? I really could careless about this but my siblings who live in malaysia own alot of property under bumi status so macam mana tu? Abang yg tinggal di Johor Bahru beli saham bumiputra sampai 6 angka dan memiliki beberapa banglo dan condominium, Jika orang siam bukan Bumiputra kenapa dia boleh beli? Begitu juga dengan abang abang dan kakak kakak saya yg berada di kedah. Semua memiliki rumah status bumiputra. Malah saya sendiri sebelum saya hijrah ke America, saya memiliki kediaman ,saham bumiputra dan juga business yg status bumi. confused!


Lukthai America

Anonymous said...

By the way..saya baru ambil pain killer.Sakit kepala saya baca Tuan Pena punya bahasa. Aduh!Andai kata Bonda saya masih hidup dan terbaca ruangan ini pasti pitam orang tua tu..LOL!

Lukthai America

Anonymous said...

Terbaru...malaysia kini-ada menteri pi Kg.Jubakar Tumpat Kelantan dan umum siam adalah bumiputera....lawak!lawak!..

pena reformasi said...

Kerajaan Tun Mahathir banyak memberikan banyak "keistimewaan" kepada orang Siam termasuk yang dinikmati oleh kaum Bumiputera, seperti ASB, pembelian rumah harga Bumi dll. Itu adalah budi bicara daripada kerajaan BN (kerana majoriti Siam mengundi BN). Ini bermakna kerajaan boleh menentukan "bentuk layanan" yang bakal diberikan kepada orang Siam.

Soal Bumiputera atau bukan Bumiputera termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tiada sesiapa, termasuk PM berhak memberikan taraf rakyat sama ada Bumi atau bukan Bumi tanpa merujuk kepada Perlembagaan.

Apabila ada orang politik mengatakan Siam adalah Bumiputera, itu pun benar tapi dari segi sejarah dan budaya sahaja, bukan dari Perlembagaan. Sedangkan dasar negara tidak mengambil kira sejarah dan budaya. Lihatlah nasib orang Asli.

Semua orang yang celik sejarah tentu akan mengatakan Siam adalah Bumiputera kerana hakikatnya Siam penduduk asal di sini (dalam kategori peneroka, bukan pendatang).

Sekiranya kerajaan BN benar-benar ikhlas, kenapa mereka tak pinda Perlembagaan dan masukkan Siam sebagai Bumiputera?

JST said...

Ada orang minta saya jangan hebahkan isu ni dalam blog.. Rupanya ada lagi Siam yg ingin dok bawah tempurung...

Anonymous said...

Siam mana plk x nak benda ni heboh dlm blog? ...benda tgh panas ni kena la heboh..cuma jgn guna bahasa kasar sangat la...budi bahasa budaya kita org siam...

Anonymous said...

sure heboh! heboh heboh heboh ... lagi heboh lagi bagus!!!

siam heboh

Mr.Gift said...

Tau knape Siam Malaysia jadi bumipukera...?Sebab......bila BUNGA dah diberi pada KERA,KERA koyak-koyakkannya,pijak-pijakkannya,BAGAI KERA DIBERI BUNGA......!Ngorti...?Tapi kan,MANUSIA kan mengalami evolusi daripada KERA menurut para saintis.Jadi,kalau KERA-KERA ini lebih menghargai BUNGA,gerenti seg-seg Sie seramai kiranya 60000 oghe jah ni boleh jadi BUNGA pula...Tokse kato BUNGAlah...nok guno perkataan SARI ataupun FLORA......Jangan jadi FAUNA sudah...!Silap haribulan bukan je seg Sie dikenali dengan Bumiputera,Suvarnabhumiputerasari siap-siap dikebas gelaran tu......!Apapun...memang tak patutlah berKERA-KERA ni,tu kerja 'Fumn Hauquis al-FAUNA bin al-HINA Hutank'MAKhI HAMUN Nehey al-Siddiq'namanya......Kalau kita berKERA-KERA,kita pulak yang jadi KERAnya,al-FAUNA......