Wednesday, June 23, 2010

Sami Judi Bola?

Musim bola ramai yang pergi kerja dengan mata merah kerana tak cukup tidur. Bola sepak Piala Dunia memang ramai peminat. Peminatnya pula ada di segenap lapisan masyarakat. Tok sami pun ada yang minat bola. Bangun pagi merah mata kerana jaga sampai pagi.

Tengok bola tak salah, tetapi yang jadi salah apabila berjudi bola. Hampir setiap hari ada tangkapan dilakukan terhadap kaki judi bola. Berjudi bola tidak terbatas kepada orang biasa.

Mengikut seorang kawan, ada tok sami di sebuah wat suka sangat berjudi, termasuk berjudi bola. Pertaruhannya beribu. Maklumlah tok sami kaya. Dapat duit dengan cara tak lelah. Tak perlu banting tulang macam orang biasa. Duduk menguap dalam wat pun ada duit masyuuukkk.

Apabila ada orang mati pergi kusala dhamma ... kusala dhamma ... dapat ang pau. Apabila pulang ke wat, boleh digunakan bagi pertaruhan bola. Hebat sungguh sami kita!

Sami "Raja Judi" yang berpengkalan di PP dan membernya di Wat Hatyai sudah wafat, tapi konco-konconya masih ada di merata tempat.

Sebenarnya yang kaki judi bukan tok sami walaupun berjubah kuning dan berkepala botak. Kalau bukan tok sami, siapa?

Siapa-siapa pun boleh kerana jubah kuning dan pisau cukur ada dijual di mana-mana!

6 comments:

Anonymous said...

Buat sakit hati saja orang orang macam tu.Baru baru ini saya dapat tau yg second cousin saya yg jadi sami sejak kecil pun jadi macam tu.Keluar dari sami sekejap pasal gila kat sami perempuan yg umurnya lebih tua dari Ibu dia.Dua dua keluar sami balik kampung tumpang kat rumah parent tapi tak tahan lama pasal orang kampung cemuh. Pastu lari ke alor star kononnya nak kerja..last last terpaksa tumpang kat sarang dot dot dot makciknya yg kerja dot dot dot sampai berbulan bulan pasal asyik kena buang kerja. Dua dua masuk sami balik pasal tak tahan hidup seperti orang biasa..pasal kena kerja.Dia kata jadi sami hidup senang,jiwa tenang ,duit selalu ada dalam tangan.Saya tanya apa rutin dia masa jadi sami..Dia kata makan ,tonton TV, tidur .Aduhai..apa nak jadi dengan dunia ni..

Lukthai America

Anonymous said...

yang membezakan sami dgan bukan sami ialah pakaian dan kepala aje..so aku x pelik sikitpun sami main judi bola..bukan judi bola aje..magnum.toto,,kuda semua depa borong...tapi bukan semua lagu tu..ada jgk sami yang berjurus!!

Mr.Gift said...

aa la...betul 2 betul,menyakitkan hati je...memang la musim2 bola mcam ni best,dtambah lg tema yg bgitu bgus,kat dunia binatang la katakan...tp bagi sy la kan,walau btapa best lgpun sukan 2,sy sbagai buddhist tetap x suka akan pengaruh yg dbawanya.Yelah...tengok sekarang apa jdnya,orang ramai menjadi fanatik,dh la 2...siap mnyebabkan ketamakan pula dgn judi sana sini.Kalu sy sbgai pengikut Buddha yg TIDAK RASMI ni pun dpt tau baik buruknya,takkanlah pula pengikut2 RASMI 2 x dpt...takkanlah bodoh sangat...!Biasanya seseorang sami x berminat dh pun MELAYAN hal2 duniawi ni,sekarang lain pula jdnya...Ni dengor hambo nok woyak ni:Kalu blum sedio nok capa nirwana,tok soh jadi sami,bikin masuk nerako jah we...Seseorang bhikkhu seharusnya MEMAHAMI sebenar-benarnya DHARMA dan bukannya masuk sami semata-mata mahu terlahir di alam syurga.Kalau setakat baca2 mantera tanpa mengerti apa maksudnya,baik yg tak tau apa2 tentang mantera tp tekun melaksanakan dharma......Apa2 jelah,lantak apa nak jadi...Aku nak nyanyi doh ni...Zamina mina eh eh waka waka eh eh......hahaha...!

Anonymous said...

apa susah....tengok perbuatan cukuplah...komen orang tidak guna nanti teruk dari mereka pula.
ubekka sikit

Thai SIAM said...

Tak komen macamana orang lain nak tahu. Benda yang tak elok nie kenalah dihebohkan bagi mengelakkan orang lain ikut...

Anonymous said...

sami wat tanah liat, Bkt Mertajam kol bdk kg suruh tikam judi bola