Monday, July 5, 2010

Komen Pemerhati Menyingkap Realiti

Saya tertarik dengan komen yang diberikan oleh Pemerhati lalu saya turunkan di sini untuk tatapan kita bersama. Komen beliau menyingkap realiti. Beberapa pemimpin yang dimaksudkan tetapi tidak disebutkan nama juga saya kenal. Perkara ini boleh dijadikan teladan dan sempadan oleh generasi muda sekiranya mereka betul-betul menyayangi kaum dan agama kita. Politik kepartian yang berpuak-puak, perbuatan mencantas sesama sendiri, menarik kaki yang di atas dan memijak kepala yang di bawah tidak pernah membawa kebaikan kepada kaum dan agama kita, melainkan kehancuran.

Pemerhati said...

Memang benar institusi Sami di Malaysia sudah menjadi alat politik. Sejak wujudnya Senator, proses pembersihan pesaing pun mula digiatkan. Semasa Senator 1, usaha pembersihan mula dilakukan ke atas Trustee Wat Nikhodharam yg dikatakan penghalang lubuk kekayaan dan digantikan dgn Pertubuhan Pengurusan Wat Nikhodharam.

Kemudiannya pembersihan terhadap NGO-NGO kecil dilaksanakan dgn slogan 1SIAM 1PAYUNG. Tetapi mereka sendiri tubuh NGO baru bagi mengawal Wat Nikhodharam dan mengawal semua sami seluruh Malaysia.

Seterusnya pembersihan pemimpin beliathai yg agak agresif yg tak mahu tunduk kepada kehendak mereka. Hinggalah pembersihan terhadap Pegawai Khas MB Kedah yg menggugat kedudukan Presiden.

Pengarah Kebudayaan juga tidak terlepas drp proses pembersihan apa tempat beliau selaku Tim. Presiden boleh menggugatkan jawatan Presiden. Beliau telah digantikan dgn pesara guru besar yg kurang berpengaruh di peringkat federal.

Hanya pembersihan terhadap pemimpin beliathai saja kurang berjaya kerana golongan beliathai mendapat dana drp kerajaan setahun agak lumayan utk terus hidup dalam onak dan duri.

Maka tugas yg belum selesai diteruskan lagi oleh pemimpin generasi seterusnya. Beberapa langkah telah digunakan tetap gagal utk menyekat kemaraan pemimpin2 Siam yg disingkir.

Langkah terakhir utk membantu merealisasikan proses pembersihan ini menjadi kenyataan maka institusi Sami telah dipergunakan. Kebetulan pula ada 2, 3 org Sami muda yg pantang dipuji terus angkat ekornya.

Setelah pemimpin2 yg disingkir rasa tidak sesuai lagi bergerak tanpa NGO maka wujudlah 2 NGO serpihan yang baru dalam masyarakat kita. Akhirnya kedua-dua NGO lama telah lingkop. Siapa yg rugi?

Lama-kelamaan, kehormatan masyarakat terhadap institusi sami juga semakin hari semakin berkurangan. Maaf aku katakan sekiranya sami tidak boleh menjadi neutral, lama-kelamaan masyarakat kita pandang serong kpd institusi ini..

July 5, 2010 1:58 PM

Generasi muda Siam yang rata-rata berpendidikan tinggi dan berwawasan patut bersatu-padu dan bekerjasama mempertahankan kaum dan agama kita. Mereka mesti berani menyuarakan kebenaran, jangan membiarkan diri dipengaruhi dan ditarik hidung. Orang politik, Senator, Datuk, Sami atau sesiapa sahaja jikalau berjalan seperti ketam tidak boleh diikuti dan dituruti. Bahkan harus dikritik. Kritikan membina membawa faedah. Jikalau niat mereka ingin menghancurkan kaum dan agama kita, mereka harus ditentang habis-habisan. Berdiam diri, apatah lagi mengangguk menuruti dan membiarkan pemusnah kaum dan agama bermaharajalela bakal menghancurkan kaum dan agama kita sendiri. Generasi akan datang bergantung pada generasi muda hari ini. Siapa lagi yang bakal menentukan hala tuju dan membina tamadun kaum kita selain daripada kita sendiri.

Dan anak-anak muda ialah aset paling berharga. Bersatulah menentang pemusnah kaum dan agama!

20 comments:

Anonymous said...

Generasi muda yang terpelajar semua dah di cuci kepala apabila wujud Ruamthai. 'Ikut cakap orang tua noh adik-adik'.Ntah orang tua tu betul ker tidak, yang penting biar leadernya dapat membodek. Masuk Universiti, automatik jadi Ruamthai, nak tak nak, setuju tak setuju nak kena ikut juga leader Ruamthai kononnya. Kalau Ruamthai zaman dulu, anda bebas berfikir dan bertindak. Semua anda adalah leader, tapi Ruamthai hari ini ialah semua anda adalah pengikut. Kalau dari kecik sedah kena cuci, bila besar bersih berseri-seri la jawabnya.

2499 Antaphan Khrong Meang..

Anonymous said...

Kepala Ruamthai sewel sikit. Adakah patut dia minta aku datang Wat Chetawan aje, jangan pergi Wat Jayanti. Balancing kepala dia telah disengetkan sakan. Wat Chetawan dengan Wat Jayanti 2x5 aje. Malas aku nak cerita panjang.
Sekian.

bekas Ruamthai

Pemerhati said...

Bekas pemimpin Ruamthai silih berganti setiap tahun. Pentadbiran tidak teratur dan sentiasa berubah-ubah. Yang kekal hanya penaung dan penasihat sahaja yg selalu bimbang dgn masa depan Ruamthai. Maka wujudlah Alumni Ruamthai sebagai sokongan kepada pergerakan Ruamthai di belakang takbir dan wujudnya website Ruamthai sebagai penghubung. Kalau semua pihak cuba mengalah antara satu sama lain, maka isu senior dan junior tak akan timbul. Senior haruslah dengar pandangan junior manakala junior haruslah hormat senior. Jika wujud masalah yg sukar utk diselesaikan rujuklah Thanbun dan Than Phiang. Semua masalah dapat diselesaikan terpulang kepada kita untuk selesaikan masalah atau tambah masalah.

Anonymous said...

Wat mana2 pun sama,asalkan kita bersih hati kita cukup.Niat kita ke wat bersih hati kita,bukan pergi cari cerita yang tidak membina.
Pandai2 lah pergi ke wat.Kalau asyik pergi cari tepi kain orang saja susah lah.Pakailah (panja) untuk melihat semuanya.
siam kel

Anonymous said...

kepada anon 10:47pm - anda memang antaphan a.k.a "sempit"

kepada anon 11:53pm - sukar untuk percaya.

kepada kedua-dua anon, ruamthai tak bersalah.buang yang keruh ambil yang jernih. setuju dengan anon 6:01pm - guna panja untuk menilai

Anonymous said...

Kita mesti berani membuat perubahan. Sedikit perubahan pun tidak mengapa,lebih baik dari tidak berubah.
Di sini ingin sangat saya bertanya berapa-berapa soalan tentang perubahan yang tuan pena maksudkan:
1.Adakah kita mahukan diri kita macam zaman dulu?
2.Dimanakah yang patut berubahan.
3.Politik siam pun hendak ubah?
4.Kesucian sami pun di tukar?
5.Pembelajaran pun mahu diubah?
6. Perangai pun mahu tukar?
Dll lagi apa-apa yang sepatutnya di buat perubahan.
fikir-fikirkanlah.
1Siam1wawasan2020
5.

pena reformasi said...

Saya sarankan perubahan ke arah yang betul, iaitu ke arah kebaikan. Perubahan ke arah yang salah hanya membawa kerugian.

Anonymous said...

Betul dalam pandangan tuan pena atau betul dari pandangan umum? Atau itu sememangnya betul? Pembaris pengukur yang mana kita hendak pakai,tolong jelaskan dengan teliti berserta dengan contoh-contohnya sekali.
1siam1wawasan2020

pena reformasi said...

Perubahan ke arah yang betul ialah "betul" mengikut konsep agama kita. Semua perkara yang selaras dengan nilai agama adalah betul bagi penganutnya.

Persoalannya sekarang bagaimana kaum Siam mahu berubah ke arah yang betul mengikut nilai agama Buddha kerana orang Siam ramai yang tak fahami agama sendiri. Apabila orang sebut nilai agama Buddha, majoriti kita akan terbayang Sila 5/8, Samadhi, Tambun,dan Sanghadana. Sedangkan nilai agama Buddha lebih daripada itu. Falsafah dan psikologi Buddha lebih hebat daripada falsafah dan psikologi Barat/Yunani. Tapi berapa orang Siam yang tahu dan cuba terapkan kepada masyarakat Siam? Kalau pemimpin Siam sendiri jahil agama Buddha, orang lain tak usah nak kata.

Masalah utama kemajuan kaum kita ialah kita tak hiraukan falsafah Buddha, sebaliknya pergi terima pakai falsafah lain.

Cuba bandingkan Siam "tauke sayur" yang kaya walaupun buta huruf dengan Siam "politik" yang tamat menara gading tapi harapkan subsidi kerajaan, pemikiran siapa lebih maju dan ke depan?

Anonymous said...

Memang mereka tidak mengenali agama buddha lebih mendalam tetapi mereka masih mengikut cara agama buddha.Rasanya bukan bangsa Siam saja yang tidak tahu agama buddha,bangsa lain pun tidak tahu juga.Tidak ramai yang berminat tentang agama.Ramai hanya mahu jalan pintas, jalan mudah dan tidak merugikan mereka.
Manusia sekarang hanya berminat tentang duniawi.Kekayaan ,darjat pangkat yang mereka inginkan.Peduli apa tentang,Dana(tambon),Sila dan Bhavana seterusnya Nibbana.
1siam1wawasan2020

pena reformasi said...

Duniawi tidak boleh ditolak kerana kita manusia yang tinggal di dunia bersama manusia lain. Bukan duniawi pun mesti diamalkan kerana kita belum bebas daripada Vatta Samsara. Kehidupan kita tidak akan berhenti setakat kehidupan ini. Orang yang berjaya lazimnya bijak menyeimbangkan antara duniawi dan bukan duniawi.

Anonymous said...

Au bab tham thun, au bun tham kamrai..falsafah ni sedang mendapat sambutan..

2499 Anthaphan Khrong Meang..

Anonymous said...

Perubahan yang tuan pena katakan macam mana??
Semacam berbelit-belit pula.Emas yang tulen pun bercampur dengan besi sebelum diasingkan.Walaupun diproses pun emas masih 916 saja,belum ada yang tulen.
Macam yang perubahan yang tuan pena katakan kadang-kadang kita berubah terpaksa bercampur dengan asal juga.
Walaupun 100% bersih pun lupa duniawi lagi...

1siam1waWASAN

pena reformasi said...

(1siam 1wawasan) Jikalau anda orang Kelantan dan pernah pergi Wat Bangsek, cuba bandingkan era Than Bun sekarang dengan era dahulu, anda akan tahu apakah perubahan yang saya maksudkan.

(Betulkah tiada emas tulen? Emas mentah tak tulen ke? Emas 916dicampurkan agar tidak terlalu lembut bila buat barang hiasan)

Anonymous said...

Itulah yang saya maksud...emas tulen ada tapi tak dapat digunakan...kerana lembut. Begitu juga dengan benda lain kalau merubah mendadak kadang-kadang atau keterlaluan akan menjadi benda yang tidak berguna juga walaupan berharga.
Kadang-kadang ada juga orang yang berubah atau ingin berubah tapi halangan atau hasilnya belum berhasil.Ada orang yang berani berubah tapi gagal pun ada.

1siam1wawasan.

Anonymous said...

Pandangan yang betul itu jika diukur dengan kayu ukur ajaran Buddha adalah memahami dan mempraktikkan Dhamma.

Oleh itu kita semua perlu kembali kepada ajaran Buddha.

Kita perlu menjadikan keburukan orang lain sebagai sempadan dan kebaikan orang lain sebagai teladan.

Pemimpin-pemimpin perlu berubah; institusi sangha perlu berubah.

Jika semua kembali kepada kemurnian ajaran Buddha, kita akan berjaya dalam hidup ini dan mendapat manfaat yang besar pada masa hadapan. Bukankah kita mahu kehidupan yang baik?

Perbetulkanlah apa yang telah rosak dan diterbalikkan.
Sangha perlu murni, pemimpin juga perlu murni. Barulah masyarakat dan dunia akan harmoni.

Masyarakat perlukan pemimpin yang amanah; masyarakat perlukan sangha yang lurus dan patibat.

sk tin

pena reformasi said...

Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih!

Anonymous said...

Tetapi ramai juga yang mahu...tetapi tidak dapat juga...
Misalnya,mahu kaya,mahu ubah perangai,mahu jadi orang baik, ramai yang mahu tetapi..dapat ke mereka berubah?
tanya juga diri sendri
1siam1wawasan

Anonymous said...

Untuk Encik/Cik 1siam1wawasan2020


Saya bukan nak mengghina apatah lagi mengutuk tapi saya rasa geli hati baca statemment anda.Nampak sangat anda tak arif tentang emas walau dari cari anda bercakap nampak seperti orang berilmu.

Emas 916 adalah emas campur memang bukan emas tulen tapi emas 919 adalah emas tulen.Memang ianya lembut sebab itu jarang dibuat gelang atau cincin. Pada mereka yg gemar emas tulen seperti saya,kami tahu kewujudan emas 919.Kalau tak percaya pergi lah kedai emas tanya tentang perkara ini.P/S jangan cari di kelantan..memang susah nak dapat.

Anonymous said...

Sememangnya kita kurang faham apa yang kita nampak di depan mata kita.Walaupun benda yang kita nampak memang jelas.Apa yang tersurat kita nampak,tetapi apa yang tersirat itu kita belum jelas.
1siam1wawasan.