Saturday, July 17, 2010

Pagi Yang Positif

Mulakan hari baru anda dengan sesuatu yang positif!

Begitulah peringatan kebanyakan pakar motivasi kepada kita. Apabila kita memulakan hari baru dengan sesuatu yang positif iaitu pemikiran, pertuturan atau percakapan, dikatakan bahawa secara psikologinya akan memotivasikan kita melakukan perkara yang positif pada hari tersebut.

Buddha memulakan hari baru Baginda dengan pemikiran positif. Biasanya Baginda bangun pada waktu subuh, kemudian 'merenung' ke 8 arah bagi mencari tempat atau individu yang sesuai untuk pergi mengajar Dhamma pada hari tersebut. Setelah hari siang sedikit, Baginda akan menuju ke arah yang dikehendaki. Ini menunjukkan bahawa Buddha akan memulakan hari baru dengan pemikiran positif, kemudian diikuti dengan tindakan positif iaitu mengajar Dhamma kepada manusia.

Saranan pakar motivasi moden agar kita memulakan hari baru dengan perkara positif sudah diamalkan oleh Buddha dan pengikutnya sejak lebih 2500 tahun dahulu.

Penganut agama Buddha hari ini juga masih memulakan hari baru dengan perkara positif iaitu suatmon pagi (morning chanting). Walaupun tidak kesemuanya, tetapi masih ramai penganut agama Buddha, termasuk orang Siam yang bangun pagi-pagi, suatmon, kemudian jikalau ada masa duduk meditasi seketika sebelum sarapan dan pergi kerja. Kita akan berasa segar bugar.

Suatmon pagi sebenarnya memuji kebesaran Buddha, Dhamma dan Sangha. Oleh itu, jikalau kita dapat memahami maksudnya, adalah lebih elok. Nilai-nilai yang terkandung dalam kebesaran Buddha, Dhamma dan Sangha itu akan tertanam di dalam minda kita yang akan mempengaruhi kita berfikiran positif. Menurut pakar, perkara positif ada arus positif apabila bertembung dengan arus dalam minda kita akan menghasilkan pemikiran positif. Pemikiran positif akan mempengaruhi pertuturan dan perbuatan positif.

Bagi mereka yang tinggal dengan ibu bapa, seelok-eloknya sawasdee (memberi hormat) ibu bapa dahulu sebelum pergi kerja. Ini amalan mulia. Ini amalan positif. Sawasdee tanda hormat. Ibu bapa ialah Phra Arahant dalam rumah. Bun-barami tinggi apabila kita memulakan setiap hari baru dengan "menyembah" Phra Arahant dalam rumah yang berjasa kepada kita.

Kanak-kanak juga harus diajarkan perkara yang sama. Bagi kanak-kanak yang bersekolah, sebelum pergi sekolah mereka mesti diajarkan agar sawasdee ibu bapa terlebih dahulu. Pada masa yang sama, ibu bapa mesti memberikan kata-kata positif agar anak-anak dapat memulakan hari baru dengan baik.

Bagimanapun amalan bangun pagi sawasdee ibu bapa jarang diamalkan oleh masyarakat Siam Malaysia. Malahan orang Siam terlalu berat untuk mengangkat tangan "menyembah" ibu bapa mereka. Mereka lebih gemar menyembah Tok Sami daripada ibu bapa sendiri biarpun Tok Sami itu belum pasti beramalan mulia. Ibu bapa, biarpun seburuk mana perangainya, mereka tetap Phra Arahant bagi anak-anak. Siapa kita tanpa mereka.

Ingat, ibu bapa ialah Phra Arahant bagi anak-anak. Rugilah kehidupan kita kerana sudah ada Phra Arahant di dalam rumah, tetapi diabaikan, sebaliknya terkial-kial pergi mencari Phra Arahant di tempat lain.

Mulakanlah hari baru dengan perkara positif!

5 comments:

Anonymous said...

Tuan pena saya ni walaupun pergi wat selalu tapi sangat jahil dalam agama.Saya anak yatim piatu,ibubapa saya pergi awal tak sempat mengajar tentang agama.

Memang saya pergi wat ,samatthi dan tahu apa dosa pahala dalam agama kita tapi itu saja yg saya tahu sebab saya cuma pengikut yg hanya tahu jawad sathuk saja.Lagipun bukan saya faham apa yg dichanting oleh sami.Sami pula sami laos dan pama lagilah macam itik dan ayam berkokok.Jika ada soalan pun susah nak tanya pasal diorang tak faham bahasa thai dan tak ramai sami sini fasih bahasa english. Hanya wat wat yg popular dan wat yg besar saya ada sami yg serba boleh tapi sangat jauh dari tempat tinggal saya.

Semenjak saya lihat apa yg berlaku pada sami sami sekarang..saya sudah tawar hati ke wat. Sudah masuk 3 bulan saya tak pergi dan ini membuat jiwa saya tidak tenteram. Saya ingin sembahyang kat rumah tapi tak tahu caranya oleh itu saya cuma baca namotasa dan diukuti doa saya. Saya lakukan sebelum tidur dan selepas bangun pagi.

Saya ingin morning chanting seperti Tuan pena cakap tapi tak tahu caranya. Saya ada membeli buku dan ada yg sami beri..masalahnya setiap buku yg saya dapat ia datang dari wat yg berbeza dan buku juga berbeza. Semua spelling pun berbeza.Saya keliru tak tahu baca mana yg satu dan lagi satu..sangat nak pronounce tulisan tulisan kerana ia di tulis oleh orang putih.Bukan saya hina orang putih tapi sepandai mana pun mereka dalam bahasa asing..lidah mereka masih pekat pada bahasabunda mereka.

Untuk saya baca morning chanthing mereka..sampai berputar lidah pun saya masih tak boleh baca.Saya ingin sangat melakukan morning and evening chanting dirumah,bolehkah Tuan pena ajar saya?
Saya sudah tak mahu pergi wat lagi dari itu saya tak masak ke wat...ada cari lain tak yg saya boleh buat supaya pahala untuk arwah ibubapa saya? Untuk pengetahuan Tuan pena saya masak untuk the homeless,derma wang dan pakaian pada mereka..adakah ini sama dengan masak dan derma di wat jika saya athitan sebelum saya derma?
I know this is sound silly and stupid but saya memang jahil!

Saya juga masak dan derma untuk church tapi tak pernah terfikir untuk buat athitan takut dosa pula sebab ia tempat agama lain.

Harap tuan pena dapat tolong saya.
Terima kasih
Lukthai america

pena reformasi said...

Suatmon tak semestinya panjang. Pilih yang pendek-pendek pun boleh. Kalau boleh suat Itipiso ... sampai habis kerana Itipiso memuji kebesaran Buddha, Dhamma dan Sangha.

Untuk morning chanting dan evening chanting, Puan cuba cari CD/VCD yang boleh baca tulisan dan dengar suara serentak. Puan boleh chanting ikutnya.

Tambun (buat baik dan kebajikan) di mana-mana pun tetap dapat pahala, tidak semestinya di Wat. Buat kebajikan kepada "mereka yang memerlukannya" lebih baik daripada buat kebajikan kepada sami yang tidak mengamalkan ajaran agama. Oleh itu, puan tak usah risau tak dapat pahala. Teruskan usaha tersebut. Yang penting keikhlasan hati.

Kaum Buddhis ada di merata dunia. Mereka tetap dapat tambun seperti kita walaupun tiada wat dan sami.

pena reformasi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Terima kasiah tuan pena, saya sedang cari dvd thru internet ,harap harap dapat.

Saya tambun bukan nak dapat pahala sebab jika kita niat begitu itu dah kira terpesong. Cuma saya nak tahu apa yg masak dan derma itu sampai ke arwah bonda saya atau tidak sebab ada orang kg mimpi yg arwah minta makan dan tak berpakaian.Ini membuat saya sangat sedih dan malu.Orang kg tegur adik beradik saya tentang ini tanpa tanya kami dahulu.Sedangkan saya jarang miss ke wat.Mereka kata kami tak tambun sebab itulah bonda kami terseksa di`sana`.Kesian kakak saya , menangis sampai sakit. Saudara mara pula kutuk saya kawin matsalih kata mereka itu dosa sebab berlainan agama dan apa saya buat sekali pun ta akan sampai mana.Aduh macammana ni? Takkan apa yg saya buat dan korbankan untuk keluarga dan masyarakat selama ini tak ada erti langsung? Saya tahu saya bukan manusia yg sempurna tapi saya sudah buat banyak kebaikan bukan saja pada manusia malah pada binatang dan tumbuhan dan sedaya upaya patuti perintah agama, masakan tak sampai ke bonda saya langsung?

Anyway thank for the infor..

Lukthai america

pena reformasi said...

(Lukthai amerika) Sekiranya niat Puan ikhlas, Puan yakinlah bahawa apa yang Puan buat akan berjaya mencapai hasilnya. Kita mesti pegang kepada ajaran Buddha, bukannya kepercayaan karut marut orang kampung.

Mimpi suatu yang tak pasti. Siapa yang mimpi? Kalau adik beradik Puan mimpi, mereka boleh penuhi permintaan tersebut. Kalau orang lain mimpi (orang kampung) Puan tak usah percaya sangat. Bonda kita tentunya akan bagi kita mimpi, bukan orang luar.

Lagipun sebenarnya orang yang sudah mati akan pergi mengikut Karmanya. dia tak perlu "hidup" dengan bantuan bun daripada kita. Perkara ini harus difahami betul-betul. Kalau Karma baik dibuat masa hidup, apabila mati baiklah yang diterima walaupun tiada orang tambun kepadanya. Begitu juga sebaliknya.

Tambun uthit kepada orang yang sudah mati akan sampai sekiranya niat kita iklhas. Kalau boleh, bacalah "Imina" sekali.

Kahwin dengan siapa pun tak ada kaitan dengan orang mati. Dalam agama Buddha, sesiapa yang buat baik dia akan terima balasan baik walapun orang itu Kristian atau apa. Dhamma adalah untuk sejagat manusia. Dia mengaku Buddhis atau tidak, dia tetap berkongsi perkara sama dengan kita iaitu kelahiran, ketuaan, kesakitan dan kematian. Semuanya satu penderitaan (Dukkha).