Tuesday, August 10, 2010

Adakah Ini Hina Agama dan Bangsa Siam?

Ini Bhikkhu, bukan sami (Panyanantha Bhikkhu)





Ini sami, bukan Bhikkhu (bawa pompuan makan angin)


Apabila saya mendedahkan salah laku para sami Siam dalam dalam blog, ramai yang marah, melenting dan melabel saya menghina agama dan bangsa. Bermacam-macam tohmahan dilakukan ke atas saya. Terdapat pihak tertentu hantar e-mail hantu ugut akan ambil tindakan mahkamah sekiranya saya tak berhenti menulis. Saya tunggu dengan lapang dada, tapi sehingga kini tak dengar khabar berita.

Seorang kawan menegur saya: "Kamu kutuk sami nanti mati sami tak datang baca Kusala!" Saya tak kutuk sesiapa. Saya tulis kebenaran. Sami datang baca Kusala adalah jaminan kita akan masuk syurga? Jangan mengarut. Sami itu siapa yang nak 'hantar' kita ke syurga? Diri sendiri pun entah selamat sampai ke syuarga. Sebenarnya, syurga atau neraka bergantung pada perbuatan sendiri. Orang lain tak ada kuasa menentukannya. Buddha sendiri pun tak mampu 'hantar' umatnya ke syuarga melainkan umatnya mengamalkan apa yang disuruh. Ini pula Sami Ringgit Malaysia, masakan bacaan Kusalanya begitu keramat sehingga mampu mempengaruhi perjalanan orang yang sudah mati.

Kusala dibaca untuk didengar oleh orang yang hidup. Oleh itu, bagi orang mati, baca Kusala atau tidak, tak ada perbezaannya. Sebab itulah Luang Phor Panyanantha tak pergi apabila dijemput pergi baca Kusala. Beliau akan minta tukar dengan khutbah Dhamma.

Berani kerana benar. Itulah falsafah hidup orang seperti saya. Apa yang saya dedahkan adalah realiti yang sedang berlaku dalam komuniti sami Siam Malaysia. Sami langgar tatasusila kesamian sesuka hati, kumpul kekayaan, hidup mewah, main politik, jadi alat politik, jadi kuda tunggangan dan lain-lain. Adakah ini tidak menghina agama dan bangsa namanya?

Bagaimana dengan poster di bawah? Adakah ini tidak menghina agama dan bangsa? Ke mana pergi Khanak Song Thai Malaysia sehingga membiarkan perkara sebegini berlaku? Nombor telefon ada, kenapa tak konteks dan minta dihentikan penghinaan ini?
Poster 'jutawan Buddhist' ini tersebar sehingga ke KL. Seorang kawan bagi saya. Katanya, ditampalkan di Medan Selera Cina, dimasukkan dalam peti surat, diselitkan di celah pintu pagar dan entah di mana-mana lagi.


Khanak Song Thai Malaysia tak akan bertindak kerana lembiknya seperti terung rebus. Anggotanya pula ramai yang gila nombor ekor. Nak bertindak macam mana kerana mereka 2 x 5 saja dengan empunya poster.

Seorang kawan berkata Khanak Song tak tumpah seperti 'Donation Box' yang digunakan untuk menampung duit derma.













6 comments:

Anonymous said...

kampung poh than,naka?
wujud ka kampung ni?
trick ni bole 'laku' kat KL,
kalu kat belah utara,sorry...hahaha

Anonymous said...

Saya setuju 10000% apa yang Tuan Pena cakap.Dari waktu kecil sampai ke tua saya nampak ada sami beli nombor ekor so macam mana diaorang nak ajar raktyat biasa jika mereka sendiri pun macam tu.

Kes kes yg dalam gambar bawah tu..memang dah berlaku tapi tak ada sorang pun yg keluar buat aduan. Saya pernah gaduh dengan wartawan Metro harian tentang perkara ini.

Diorang lapor berita tanpa usul pakai hantam je kata yg dalam gambar itu sami siam sedangkan kita tahu itu bukan sami betul.

Aduan saya tak di ambil penting pasal saya bukan dari ahli mana mana persatuan atau wakil dari mana mana Wat. Wartawan minta saya setkan temu janji dengan ketua sami ,dengan itu dia boleh bincangkan perkara ini dengan ketua sami sendiri.

Saya suruh dia pergi di wat PJ untuk interview sami disana sebab saya tak kenal siapa ketua sami malaysia.Dia pergi atau tidak..saya tak pasti..




Lukthai America

Anonymous said...

Sami yang baik akan buat kebajkan kepada umat tanpa mengira pangkat, harta atau keturunan seseorang.

Kalau memilih bulu itu bukan sami yang baik.

Kalau ada teguran, kita perlu perhalusi, betul ke tidak.
Jika betul, kena berubah.

Institusi agama kita sudah teruk menyimpang daripada ajaran dan amalan Buddha, saudara-saudari sekalian. Minta fahami.

Takkan kita hendak mengaku seorang Buddhist sedang banyak yang kita buat dan sokong bercanggah dengan ajaran dan amalan Buddha?

Takkan kita hendak biarkan anak cucu dan generasi akan datang terus mengikut jalan yang salah.
Kalau kita tidak malu kepada agama lain, kita kena malu kepada Buddha. Kita mengaku sebagai umatnya, pengikutnya tetapi kita tidak faham ajarannya.

sk tin.

Siam KL said...

Pasai sami beri nombor, sami minta sedekah, sami palsu @ sami menyamar ni telah banyak aduan dibuat kepada khanak song malaysia. tapi tindakannya belum ada. saya sendiri pernah beri tau kepada phor than T di kelantan, tapi hampeh. katanya, buat apa nak susah-susah hal orang. jaga diri sendiri cukuplah. bila semua phor than siam pikir macam ni, hancurla agama buddha.

Thai SIAM said...

Khanak Song Malaysia tak ada power, sebab tok sami guna power jampi duit masuk tong 'Donation Box'.

Kalau anda pergi wat/temple, cuba bilang berapa biji tong "Donation Box"...silap-silap tong tu lebih dari sami.

Anonymous said...

"Pro-UMNO MCA Is Anti Buddhist !"
610 Comments - Hide Original PostCollapse commentsContributed by Anak Mami

Ven. Phra Piya Thammo,
Rumah Pangsa
Blk A-7-9- Jln Padang Tembak,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia

Dear Devotees,

Before I commence of my letter-writing toward. All of you, I would like to inform all of you that I am not satisfy with the lawyer, Dato YIP KUM FOOK due to his bad inspirit impressions because he sent an inspector to come to our Buddhist Temple to arrest me without any good reason, moreover, the lawyer, YIP KUM FOOK is not satisfy with Chief monk.

When the Chief monk had me to go to his Temple already and he went away and left me alone to take care until Chief monk come back to the Temple first and he also told me not to leave the Temple if any committees or the chairman want to chase me out, you don’t leave the Temple at all understand? Then I said, alright? To the chief monk! On the second Day, YIP KUM FOOK came to our Temple and talk to me. He tired to make some inquiry from me and he asked me, where I come from? I told him that I came from Penang.

Then, I told to the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) that the chief monk came to Penang and fetch me and invited me to accompany him to go to his temple in K.L. I am not aware that YIP KUM FOOK is not in a good terms with the chief monk, chief monk already in this way, YIP KUM FOOK try to create trouble with me unnecessary. That is why, the lawyer want to chase me out of the Temple. Then I asked the lawyer, why you want to chase me out of the temple? Moreover, the Temple is not belonging to you, UNDERSATAND? Then, I asked him, who are you? I don’t know you at all, you have no right to chase me or control me at all, UNDERSTAND? You are just like a layman only. Do you know the regulations that any the chairman or committee cannot control the monks and the Nuns at all, also UNDERSTAND?

I scolded him like that. Then the lawyer (YIP KUM FOOK) is not satisfy with me and he told me that he will called the police to come to the Temple and arrest me. I told him to go ahead and called the police to come and arrest me. I won’t run away, I said to him like that. I have done nothing wrong toward you, why you want to arrest me? He said, he doesn’t like me to stay here. I asked him, why? Again. After this he got very angry with me, then he phoned up to the police and the police came to the Temple and told me to leave the Temple.

I told to the inspector of the again, 1 am sorry, I won’t leave the Temple because the chief monk had instructed me not to leave the Temple without his consent, UNDERSTAND? Then the inspector told me to leave, again. I told him I cannot leave the Temple because the Chief Monk hasn’t come back yet. This time, the inspector got very angry with me and he took out his handcuff and try to threaten me, then I immediately show off my hands for him to lock me up but he scare, then again, the inspector told me leave the Temple again but I still don’t want to leave the Temple.

Then I phoned up to the chief monk again and I told him that the inspector insisted want to arrest me, you better come back to settle the case for me. After this incident, Chief Monk came back to the Temple and take me to go to another temple and stay their. That’s all about this incidents! Last of all, I would like to inform all of you, that no committees or the chairman can control all the monks and Nuns at all also UNDERSTAND? “They are higher than the King,” also! So how can the laymen, the committees and the chairman to control them: – EVEN THE KING ALSO RESPECTED THE MONKS AND NUNS. Why the chairman doesn’t respect the monks and nuns? They will carry the sins later on, UNDERSTAND?

Yours in Dhamma

Ven. Phra Piya Thammo
Penang, Malaysia
Tel: 04-8272710