Wednesday, August 18, 2010

"Kwam Bart": Upacara Tutup Jalan Pahala?

Sewaktu budak-budak dahulu saya selalu mendengar orang kampung bercakap tentang perbuatan pit bart atau "tutup batil". Batil ialah bekas mengisi makanan yang digunakan oleh Bhikkhu masa pergi mengambil makanan setiap pagi. Dahulu Bhikkhu makan dalam batil. Mereka tidak makan dalam pinggan atau mangkuk seperti sekarang.

Apabila membuat Sanghadana, tidak sah sekiranya nasi tidak dibubuh ke dalam batil. Oleh itu, batil merupakan salah satu pintu pahala yang penting bagi orang Siam. Apabila Sangha "tutup batil" (pit bart) bermakna pintu pahala tertutup.

Istilah pit bath bahasa kampung. Bahasa rasmi ialah kwam bart (คว่ำบาตร). Kwam bart merujuk kepada pengisytiharan memutuskan hubungan antara Sangha dengan orang yang melakukan kesalahan agama. Orang yang dikenakan hukuman kwam bart ialah orang yang melakukan 8 kesalahan besar, iaitu:

1. Melakukan sesuatu sehingga boleh menyebabkan 4 keperluan asas Sangha terbantut.

2. Melakukan sesuatu yang tidak memberi faedah kepada Sangha.

3. Menghimpit kehidupan Sangha.

4. Memaki atau mengata para Bhikkhu.

5. Menghasut bagi memecah-belahkan Sangha.

6. Mengutuk atau mengkritik Baginda Buddha.

7. Mengutuk atau mengkritik Dhamma.

8. Mengutuk atau mengkritik Sangha.

Penganut agama Buddha yang melakukan 8 kesalahan di atas hanya akan memusnahkan agama Buddha. Oleh itu, Sangha akan memutuskan hubungan dengan orang berkenaan.

Sebelum upacara Kwam Bart dilakukan, Sangha akan berhimpun beramai-ramai, kemudian salah seorang Sangha akan memberitahu kesalahan orang berkenaan sebelum mengisytiharkan kwam bart terhadapnya sebanyak tiga kali. Setelah kwam bart diisytiharkan, Sangha atau Samanera tidak akan menerima segala pemberian dan berurusan dengan orang itu.

Kwam bart akan berjalan sehingglah orang tersebut insaf daripada kesalahannya. Setelah dia insaf, dia boleh meminta untuk memulihkan hubungan (ngai bath). Upacara Ngai bath (buka batil) seperti upacara kwam bart tetapi mesti dihadiri orang tersebut.

Kwam bart bukan sahaja Sangha boleh melakukannya terhadap orang biasa yang melakukan kesalahan agama. Orang biasa yang setiap hari memberi makan kepada Sangha juga boleh "kwam bart" terhadap Sangha iaitu tidak memberi sara hidup kepada Sagnha yang didapati tidak mematuhi kehidupan Sangha

(ข้อมูลนี้ได้มาจาก สารานุกรมไทย เล่มที่ ๑๔ (อนุภาค) ของ อุทัย สินธุสาร)


Dahulu orang kampung sangat takut dikenakan hukuman pit bart atau kwam bart ini. Oleh itulah mereka tidak berani membantah kata-kata Tok Sami. Mereka rela jadi lembu bodoh. Mereka lebih taat kepada Tok Sami daripada ibu bapa sendiri. Mereka dibodohkan oleh Tok sami yang mementingkan diri dan jahil agama. Mentang-mentang orang kampung tidak tahu membaca, sami pun mengajar mereka dengan ilmu-ilmu bodoh yang tidak diajar oleh Buddha.

Bagi generasi sekarang, mereka tidak buta huruf tetapi malas membaca. Mereka lebih gemar mendengar walaupun daripada sami yang jahil ilmu. Belajar sampai U tetapi dikelentong oleh budak darjah 6. Kitab Tipitaka terdapat dalam pelbagai bahasa dunia, tetapi sepatah haram tidak pernah baca.

Mendengar tidak salah kalau sumbernya benar dan orangnya boleh dipercayai. Tetapi mendengar daripada sumber yang salah dan orang yang jahil, bertambah bodohlah jadinya.

Sebenarnya orang kampung terkeliru. Upacara kwam bart dikenakan apabila kita melakukan kesalahan kepada Buddha, Dhamma dan Sangha. Sedangkan Tok Sami belum tentu Sangha. Tok Sami tidak semestinya Bhikkhu.

Bhikkhu merujuk kepada individu suci yang menjalani kehidupan sederhana mengikut jejak Baginda Buddha. Persaudaraan Bhikkhu dinamakan Sangha. Oleh itu, Sangha merujuk kepada sekumpulan individu suci.

Individu yang berkepala botak, berjubah kuning yang kita panggil Sami, Tok Than atau Tok Raja tetapi tidak mengamalkan Dhamma-vinai Buddha bukan Bhikkhu atau Sangha. Mereka cuma penumpang agama yang tidak berkuasa melakukan upacara kwam bart ke atas sesiapa. Sebaliknya, kita yang patut melakukan kwam bart ke atas mereka.


13 comments:

bodhaborisat ke3 said...

Nak minta pendapat dr Tuan Pena.

ekoran baru-baru ini terdapat sebuah wat di Kedah mengadakan majlis menyambut hari jadi ketua sami.

banyak gambar majlis itu diedar di internet..apa yg mengejutkan ialah ketua sami wat tersebut berjalan atas belakang perempuan yg tidur tertiarap yang mana dikatakan sebagai "jambatan manusia"

apakah perkara ini tidak bercanggah dengan Dhamma Vinaya seorang sami?? boleh kah sami berpijak bahagian tubuh badan perempuan??.

pena reformasi said...

Bhikkhu dilarang sentuh perempuan kerana takut merangsang nafsu serakah.

Sekiranya terpaksa/terdesak sami boleh sentuh perempuan dengan kaki. Tapi kalau menendang/memijak punggung perempuan untuk melepaskan "perasaan geram", tak boleh.

Berkenaan sami yang berjalan atas belakang perempuan saya tak pasti hukumnya kerana bergantung pada niat sami itu. Lagipun apakah tujuannya sami berbuat begitu? Boleh mengurangkan Dukkha?

budhaborisat ke3 said...

dalam kes ini bagi saya walau niat sami itu baik akan tetapi ianya tetap menimbulkan Lokha Watchak.

Mungkin masyarakat di tempat itu dapat menerimanya namun bagaimana masyarakat Budhaborisat dari tempat lain??

Perlakuan yang menyalahi Dhamma Vinaya walaupun berniat baik namun ianya tetap salah dan mesti kena "plong abath"..

Pernah berlaku kes bhikkhu dalam keadaan terdesak dan terpaksa menyelamatkan nyawa seorang wanita yang lemas. bhikkhu tersebut terpaksa bersentuhan dengan tubuh wanita yang lemas tadi demi menyelamatkan nyawanya.

Dalam kes ini walau untuk menyelamatkan nyawa manusia namun bhikkhu tadi tetap salah kerana melanggar Dhamma Vinaya.

Anonymous said...

Phra sekarang suka raikan hari jadi, pengaruh dari tradisi Cina. Thailand dan Malaysia 2 x 5. Phra Kru mahupun Chao Khun serupa, otak dipenuhi sensual duniawi. Kepercayaan karut marut lebih penting dari Dhamma.

Di Wat Suan Mok, Buddhadat sambut hari jadi dengan minta masyarakat datang dengar Dhamma sepanjang hari. Di tempat kita Phra jadi Sang Kancil, orang jadi buaya bagi Sang Kancil menyeberang sungai.

sit chao khun

Anonymous said...

keh keh keh sang kancil jalan atas belakang buaya ... dua-duanya binatang ...

sang kaldai

budhaborisat ke3 said...

perkara yang melanggar Dhamma Vinaya walau pun ianya kesalahan kecil (abat pachitti) bhikkhu yang benar-benar ingin menjaga Brahma Chariya wajib tinggalkan.

Alasan kerana hanyalah kesalahan kecil jadi boleh melanggar sesuka hati, itu jelas dah menyimpang dr matlamat untuk menjadi seorang bhikkhu.

pena reformasi said...

Bhikkhu yang betul hanya fokus kepada Ariya Sacca 4 kerana inilah satu-satunya jalan melepaskan diri dari Dukkha. Malangnya Bhikkhu sekarang bukan Bhikkhu sebenarnya, melainkan Sami yang setaraf sami vialu.

Anonymous said...

Terjumpa satu page kat Facebook..Suara masyarakat siam kedah, kat situ ada gambar sami celebrate Birthday,sami pijak orang{jambatan manusia},orang ramai merinjis tangan sami dan sampai ada yg tadah air tangan sami.Adakah ini perbuatan yg betul dalam agama Buddha?

Maaflah saya jahil tentang agama.Saya rasa lain macam saja lepas lihat gambar tu.,seolah olah sami itu dah di terlebih puja. Sorry lah jika ada yg tersinggung atas apa yg saya tulis ni..saya cuma cakap dari pandangan saya saja tak ada niat nak kutuk kutuk pun..

Peace and love always...

Lukthai America

pena reformasi said...

Perbuatan itu lebih kepada kepercayaan tradisi. Agama Buddha menekankan panya/wisdom. Kepercayaan tradisi main ikut-ikutan saja.

budhaborisat ke3 said...

jambatan manusia lelaki mungkin tidak menjadi masalah namun jambatan manusia wanita sebenarnya tidak wajar terjadi.

Nak taksub macammanapun Dhamma Vinaya wajib dipelihara!!..

Anonymous said...

Dah lama aku x tengok phrak pijak blakang org ni..dulu kat kg aku time bakar mayat ada jgk Phor Luang pijak belakang org..depa kata nak bui hilang sakit urat..555!

..kor ar kar..

Anonymous said...

apalah sudah jadi dengan pemikiran dan buday buddhisme dalam masyrakat buddhis kini...semakin mengarut dan melalut.

yang haram dihalalkan. yang patut buat tidak dibuat pula.

orang ramai pun sama-sama tolol.....

sk tin

pena reformasi said...

Benda salah diamalkan, benda betul ditinggalkan. Inilah dilema kaum Buddhist. Mereka ini pantang ditegut. Bila ditegur pasti melenting habis.

Satu hal yang perlu diingat. Masih ramai Bhikkhu Siam kita yang Micca-Ditthi. Masyarakat pula patuh membabi buta.