Saturday, August 7, 2010

Luang Ta Hi-Tech

Wilayah Ang Thong, Thailand - Luang Ta "Hi-Tech" naik basikal kuasa elektrik pergi bintabat setiap pagi.

Kisahnya, seorang Luang Ta, umur 83 tahun (11 Phansa) terpaksa menempuh perjalanan sejauh 15 km setiap hari pergi bintabat (pindapata). Kerana usia yang lanjut, perjalanan jauh dan hasil bintabat yang banyak menyebabkan beliau terpaksa sewa beca roda tiga sehari 40 Bath.

Seorang doktor yang prihatin dari Ayuthaya menghadiahkan basikal elektrik kepada Luang Ta memandangkan lokasi Wat dari jalan besar sejauh 2 km. Luang Ta hendak ke mana-mana susah. Oleh itu, dihadiahkan basikal.

Reforamsi Luang Ta ini menimbulkan pro dan kontra. Penduduk yang pro berpendapat, perbuatan Luang Ta tidak bercanggah dengan Vinaya (dalam Vinaya tiada larangan bhikkhu memandu kenderaan) kerana zaman dahulu pun ada Bhikkhu mendayung sampan pergi bintabat. Apatah lagi Luang Ta yang tua, hidup dalam zaman teknologi, seharusnya "dibolehkan" menggunakan kenderaan masa pergi bintabat.

Manakala Setiausaha kepada Ketua Bhikkhu Wilayah Ang Thong berpendapat tindakan Luang Ta tidak patut kerana menimbulkan tidak senang hati masyarakat (Loka-Vacca). Beliau menambah, bintabat bermaksud berjalan dengan tenang, tidak meminta dan apabila telah menerima hasil mencukupi harus berangkat pulang. Khanak Song Thailand sedang menghalusi perkara ini, tetapi belum mengeluarkan kenyataan.

Perkara begini walaupun kelihatan remeh, tetapi ia bakal mencetuskan perbahasan yang berpanjangan.

Tindakan sami Siam Malaysia (saya sengaja tak gunakan istilah bhikkhu) memandu kereta masih menjadi perbahasan sehingga kini; ada pro dan kontra yang tak habis-habis. Yang sokong ramai dan yang kutuk pun ramai.

Masyarakat Buddhis mengharapkan Khanak Song berupaya membuat keputusan muktamad (melarang atau membenarkan dengan alasan yang rasional), tetapi hampa. Khanak Song lembik seperti terung rebus.

7 comments:

Anonymous said...

Aku ni jahil agama..hal phrak memandu kereta ni aku no komen..hukum hakamnya aku tak tahu..yang aku nak komen ialah dari mana para phrak ni mendapat duit untuk beli kereta yang mewah-mewah belaka?

..kor ar kar..

Anonymous said...

khanak song malaysia? uwek ... uwek ... uwek ... 2x5 ...

pathum

sitwat said...

kebanyakan wat siam dekat Malaysia tak ada akaun wat. Semua duit wat simpan dalam akaun tok sami. Sebab itulah tok sami jadi kaya. Bila tok sami mati, duit dapat anak cucu dia. Wat jatuh papa kedana. Tok sami yang baru dan orang kampung terpaksa cari duit lain untuk bakar mayat tok sami yang mati. Inilah situasi yang melanda wat siam kita. Salah siapa? Bagi aku, salah orang Siam kerana bodoh. Sampai bila orang siam nak wariskan kebodohan ini kepada anak cucunya?

Anonymous said...

Betoi! ada sorang phrak tu dok pi ulang alik kelantan penang...last2 lani ada MPV mewah dah..banyak betoi duit depa noh...5555!

Dekwat said...

Tok Sami wat Sg. Puyu, Butterworth mati cucu saminya kaya.
Tok Sami wat lampam mati, cucunya seorang cikgu kaya.
Tok sami wat Pedu mati, anaknya seorang cikgu kaya.
Tok Sami Pdg Sera mati, saudara terdekat yg ada JP kaya.
Tok Sami Alor Setaq mati duit entah ke mana?
Tok Sami Pulau Tikus mati duit bawa balik Thailand.
Tok sami Jln Perak mati kerana perebutan jawatan ketua.
Tok Sami wat ipoh mati wat Siam dapat cina.
Tok Sami Setiawan mati anak angkatnya jadi jutawan segera.
Tok Sami wat jejawi mati Senator dapat RM400k.
kikkikkikkikkkkk

Anonymous said...

itulah masalahnya. Adapun penubuhan Theravada adalah untuk memelihara ajaran dan amalan Buddha. Sudah tentulah pada tahap kemurnian yang tertinggi. Kalau banyak tolak ansur yang diamalkan, nanti lebih banyak ruang untuk kontroversi dan menyebabkan lebih banyak perpecahan.

Dalam hal Luang Ta ini, saya rasa, beliau yang sepatutnya berubah dan cuba menyesuaikan diri.
Yang menjadi persoalan, kenapa perlu tinggal jauh dari sumber makanan? Mengapa menyusahkan diri dengan berjalan jauh. Kalau Luang Ta hendak amalkan amalan dhutanga, silakan. Tetapi kalau sudah menerima basikal berkuasa elektrik, rasanya bukan praktik dhutanga.

Selain itu, biarlah mereka yang betul-betul layak dan bermotivasi tinggi yang masuk sami dan jadi bhikkhu.Kita tidak boleh minta muda-mudi jadi sami untuk lengkapkan lapisan sosial masyarakat sehingga sanggup mengabaikan vinaya untuk menarik minat mereka.

sk tin.

Anonymous said...

boleh tolong kupas isu mgapa api kna bwa dri thailand untuk upacara pmbakaran sami???..khun thai