Thursday, September 16, 2010

Jangan Percaya Cakap Orang Tukar Agama

Seorang kawan hantar mesej kepada saya memberitahu baru-baru ini seorang anak gadis kampung dia tukar agama dan kahwin dengan pemuda berlainan agama. Orang kampung terkejut kerana gadis tersebut baik orangnya dan selalu pergi wat, serta ada Naktham. Kenapa boleh jadi begitu?

Pergi wat adalah tradisi kaum Siam yang diamalkan sejak dahulu. Jikalau ibu bapa pergi wat, anak-anak juga akan pergi. Lulus Naktham belum tentu dia benar-benar fahami Dhamma. Naktham hanya proses menghafal dan mengingat. Dhamma Buddha lebih daripada itu. Oleh sebab itulah, banyak pihak di Thailand mendesak agar kaedah pembelajaran Naktham atau Pelajaran Dhamma diubah, tapi sehingga kini belum nampak perubahan. Ramai orang Siam yang ada Naktham tapi Sila 5 tak pernah cukup. Apabila ada budak Siam tukar agama, mulalah gelabah satu kampung. Salah siapa?

Kepimpinan melalui teladan amatlah penting. Malangnya, bapa jahil ikut cara bapa. Emak jahil ikut cara emak. Bukan jahil kerana tak tahu agama, tapi jahil kerana tak praktis nilai agama. Berulang alik pergi balik wat sehari sepuluh kali pun tak ada gunanya jikalau Dhamma sebenar tak tahu. Semua main ikut tradisi. Tambun RM100,000 pun tak mampu mengangkat tahap minda sekiranya tak praktis Dhamma. Mati hidup balik pun masih di takuk lama.

Pemimpin masyarakat pula jahil tukil pasal agama. Tok Sami usahlah dicakap, tahu-tahu sahajalah. Habis, siapa yang boleh dijadikan teladan oleh anak-anak muda?

Sebab musabab orang tukar agama ada pelbagai, tetapi sebab yang sebenar hanya tuan punya badan sahaja yang tahu. Perihal tukar agama ini bukan sahaja berlaku di kalangan penganut agama Buddha, dan orang Siam sahaja. Agama lain dan kaum lain juga hadapi masalah yang sama. Cuma kita sahaja tak tahu kerana tidak dihebohkan.

Sewaktu saya jadi Phra dahulu, terdapat pasangan yang berjumpa saya minta nasihat dan pertolongan kerana mereka mahu tukar agama. Saya hanya beri nasihat tetapi tak dapat menolong. Hidup di tanah air yang bernama Malaysia tak ada kebebasan dalam persoalan yang berkaitan dengan agama. Agama kita boleh "dicabul dan diperkosa" sesuka hati, tetapi kita akan dihukum apabila "menyentuh" agama lain.

Berbalik kepada orang yang tukar agama, gadis atau lelaki, mempunyai beberapa alasan yang menyebabkan mereka tukar agama. Antara alasan yang lazim ialah:

1. Cinta - mereka mencintai pasangan berlainan agama, lalu terpaksa tukar agama kerana negara kita tak benarkan kebebasan beragama dalam perkahwinan. Faktor madu cinta ini sering menjerat pasangan muda-mudi. Apabila cinta kehilangan madu, ramai yang minta mengundur diri dan ingin kembali ke agama asal. Ramai yang menyesal kerana intan yang disangkanya dahulu rupa-rupanya batu kerikil. Awas, cinta tak kenal sempadan kaum. Cinta tak ada agama. Semua agama boleh bercinta, tetapi manusia telah meletakkan menghadang sehingga menyebabkan pasangan tidak bebas memilih melainkan akur kepada peraturan dan undang-undang sedia ada.

Tukar agama kerana cinta suci masih boleh diterima. Tetapi jikalau tukar agama kerana "cinta ubat pengasih" maka hilang madu sepah akan dibuang. Merana seumur hidup. Nak balik ke agama asal, tak boleh lagi. Mahu tak mahu, berendam air mata sehingga ke pusara.

2. Pengaruh daripada kawan-kawan yang berlainan agama - setiap hari ditiup telinga bahawa agama baru lebih baik, lalu percaya. Mungkin ada antara kita mempunyai pengalaman dipujuk tukar agama oleh kawan. Dia berniat baik ingin kita masuk syurga. Buat macam syurga itu dia yang punya.

3. Ganjaran - ada orang dijanjikan ganjaran pekerjaan, jawatan, projek dan sebagainya oleh pihak tertentu. Orang tamak dan bersifat materialistik mudah termakan kaedah ini. Kekayaan didahulukan, agama dikemudiankan.

4. Tarikan agama baru - lebih yakin akan kebenaran dan nilai-nilai agama baru. Saya tak menafikannya bahawa setiap agama mempunyai nilai-nilai tersendiri yang mampu menarik hati manusia mempercayainya. Apatah lagi dengan usaha dan propaganda "meramaikan penganut" yang dijalankan oleh agensi agama. Lazimnya perkara-perkara baik sahaja yang akan diceritakan.

5. Tolakan agama asal - hilang kepercayaan terhadap agama asal. Penganut agama asal hidup seperti syaitan boleh menyebabkan orang hilang keyakinan kepada agama. Apa jadahnya kita kata agama kita baik jikalau penganutnya perangai tak seperti orang. Agama mengajar orang jadi baik. Apabila orang tak boleh jadi baik, maka agama yang dipersalahkan, kononnya tak ada nilai-nilai baik. Individu yang "dipandang mulia" di sisi agama tetapi bersikap buruk boleh menghakis kepercayaan penganut.

6. Jahil ilmu agama. Ini faktor yang penting. Orang yang memahami agamanya dengan betul-betul sukar tukar agama. Walaupun dia mendakwa telah kaji agama asal sepenuhnya, tetapi hakikatnya dia mungkin belum memahaminya. Dia hanya memahami agama mengikut fikiran dia, bukan mengikut kebenaran yang ada pada agama.

Orang yang tukar agama akan memberi bermacam-macam alasan. Alasan yang lazim diberikan ialah agama asal tak baik, tak sempurna dan tak menyeluruh berbanding agama baru. Dia juga akan mendakwa yang dia telah mendalami agama asalnya tetapi "tak jumpa benda yang dapat menjamin kehidupannya di dunia dan akhirat". Dari situ bermulalah dia menabur fitnah dan mengutuk agama asalnya di samping memuji agama baru. Dia, kononnya buat perbandingan agama. Padahal hakikatnya dia masih jahil dan tak berupaya memahami agamanya.

Saya mengambil contoh penganut agama Buddha yang tukar ke agama lain. Mereka ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat; mungkin peniaga, ahli politik, pegawai kerajaan, sarjana, penulis buku, profesor, doktor, petani, buruh, peminta sedekah dan sebagainya. Alasan mereka lazimnya sama iaitu agama baru lebih baik. Apabila ditanya lebih lanjut, mereka akan mencemuh agama asal. Buat macam agama asal seperti seekor syaitan. Mereka terlupa bahawa agama asal telah "membentuk" sahsiah ibu bapa mereka, dan "menanamkan nilai-nilai murni" ke dalam diri mereka sehingga mereka jadi orang baik. Setelah tukar agama, "jasa" agama asal langsung tak dikenang, bahkan dicemuh, dikutuk dan dicaci. Bolehkah orang begini dipanggil orang lagi?

Alasan bahawa dia telah kaji dan memahami agama Buddha dengan baik adalah kelentong. Agama Buddha tak mungkin mampu difahami dengan baik hanya dengan pembacaan semata-mata. Untuk memahami agama Buddha, mesti prakris sehingga mendapat Jhana 4 dan kemudian mencapai tahap Sodaban - iaitu permulaan Ariya. Sodaban merupakan titik permulaan mengenali cahaya Nirvana.

Orang yang mampu mencapai titik permulaan mengenali cahaya Nirvana barulah boleh dikatakan betul-betul memahami agama Buddha. Kalau setakat baca kitab agama, dengar khutbah agama, atau hafal nama-nama Sutta dalam Kitab Tipitaka sekalipun, belum boleh dikatakan betul-betul memahami ajaran Buddha. Agama Buddha tak sama dengan agama lain. Agama Buddha tak mungkin dapat "dikenali" hanya dengan membaca dan mendengar khutbah agama. Ini harus difahami oleh penganut Buddha agar tidak terpengaruh dengan propaganda individu yang tukar agama.

Jadi, kelentonglah namanya apabila seseorang yang belum mencapai Sodaban tapi mendakwa dia telah memahami agama Buddha dengan baik sebelum dia tukar agama. Namun, seperti yang saya katakan di atas, negara yang kita sayangi ini "tak benarkan kita bercakap secara bebas tentang agama." Kita akan didakwa "menghina agama" apabila kata-kata kita menyakitkan hati mereka walaupun apa yang kita katakan itu adalah kebenaran (mengikut ajaran kita). Oleh itu, berdiam diri dan menahan dikutuk lebih baik daripada meringkuk dalam ISA. Apa gunanya melawan kalau kita tahu padangnya tak sama rata, tiang gol tak sama tinggi, tak sama besar dan pengadil pula berat sebelah. Lagipun kesucian agama Buddha tak akan terjejas oleh pembohongan dan propaganda murahan.

Kepada kaum Buddhis, tak usah percaya kata-kata orang yang tukar agama. Mereka itu sebenarnya masih jahil Dhamma. Walaupun habis satu almari Tipitaka dibacanya, hanya kulit yang mereka kenal. Isinya tidak. Isinya hanya boleh dimakan melalui praktis meditasi - Samatha Kammathan dan Vipassana Kammathan.

Berbalik kepada anak gadis kampung yang tukar agama. Ini berlaku kerana cinta atau jahil ilmu agama. Kita tak perlu risau. Agama kita mementingkan kualiti bukannya kuantiti. Oleh itu, perkara yang penting usahakan agar anak-anak kita memahami agama dengan baik. Mulakan dengan tahap asas. Kalau tahap asas pun tak tahu, susahlah nak mengelak daripada terpengaruh dengan dakyah pihak yang "berniat baik" yang ingin kita masuk syurga mereka. Selepas tahu asas-asasnya, barulah mudah kita mengajar mereka tahap lebih tinggi. Lulus Naktham semata-mata tak cukup. Naktham umpama ikan kering yang tidak seberapa khasiatnya berbanding Kammathan.

Fikir-fikirkanlah!













11 comments:

Thai SIAM said...

Tuan Pena, bukan senang nak ajar supaya anak-anak kita memahami agama dengan baik, sebab tahap asas Dhamma mak bapak juga 2 x 5 aje. Bawa anak-anak pergi wat nak tambah pengetahuan Dhamma, tapi yang ada kebanyakkannya Sartsana pithi (ikut tradisi).

Sayapun hairan apakah peranan pihak Sangha (Phra @ Sami) kita, kebanyakannya hanya tahu Suat dan membuat air jampi. Mungkin sesetengah daripada merekapun tak tahu Dhamma.

Seandainya pihak yang berwajid masih tidak membuat apa-apa perubahan dan ibubapa pula masih lena dengan tradisi, masalah kejahilan kerana tak praktis nilai agama dan tukar agama akan berterusan..

Anonymous said...

Biasanya masalah menukar agama ini pasal cinta dan naik pangkat yang ditawarkan.
1siam1wawasan

pena reformasi said...

Ada orang jahil Dhamma, tapi setelah tukar agama tunjuk hebat, kononnya agama Buddha tak ada benda baik. Padahal yang tak baik dia, bukan agama. Balik rumah tak makan nasi, takut tak halal, tapi beras bawa balik tak haram pulak.

fan ksb said...

org jahil terdapat pada semua agama. Ada orang sanggup tidak ambik bunga (interest) kerana tidak mahu makan riba. Tapi apabila menipu mencuri mereka tidak kisah pula.

Anonymous said...

Saya pernah memikirkan hal ini lama dulu.

Memang betullah kata tuan pena. Kerana jahil agama sendiri dan panahan cinta asmara, orang sanggup menukar agama sendiri.

Agama Buddha menghadapi cabaran yang amat getir.
Agama lain sanggup mengubah agama penganut lain walaupun di atas katil menunggu kematian.

Namun kita harus berpegang bahawa sedikit yang berkualiti lebih baik daripada majoriti tetapi tidak bermutu.
Lagi agama Buddha mengajarkan tentang karma. Orang menjadi buddhis kerana karma mereka.

Kita perlu berusaha. Masih ada ruang untuk maju.....

sk tin

Anonymous said...

Ada yang dah tukar agama tak makan benda haram,tapi tidor dengan laki tak pilih bangsa tak haram pula.
Itu haram ini haram,arak dan ubat kuda takpe pula.
Berkhalwat haram tapi bawa anak oraNG tukar ada agama tak haram pula,sampai mak bapak kena masuk icu pun ada..
anak berbudi

Riglin said...

Sorry, I'm writing this in English as I'm not good in Malay language.

The Abrahamic religions are much more aggressive when compared with the eastern religions like Buddhism and Taoism. More so for Islam where apostate is dealt with violently or torturously. Becoming a Muslim is a one way ticket to the moon [sic].

Even if the guy wishes to convert to Buddhism, he can't do so in this Muslim dominated country. The only way for the couple in love to be together is for the girl to be a Muslim. Unless they migrate to a secular country which has not accepted syariah.

Muslims all over the world are demanding that the secular countries to accept syariah. Once accepted, it is also a one way ticket to the moon. If anyone reject the syariah later, there will be no peace in that country for a long time to come. Looking at France over the veil ban, Asian Muslims have started warning of terrorism which shows that they openly accepted the violent nature of their religion. Before they were telling the world that Islam is a religion of peace. Thanks to the information technology, they can no longer hide behind the 'veil of peace'. Everyone is laughing whenever they claim Islam means peace.

As I see it, information technology has help many people to understand Buddhism better. People are now exposed to the teachings of Buddha and even the lay Buddhists are able to find Buddhist literatures easily on the internet. I believe more people are converting to Buddhism as time goes by.

On the contrary, more information on the violence and lies of the Abrahamic religions are increasingly posted openly on websites and forums for all to see by the believers of Abrahamic religions themselves against each other and the atheists. People are getting more aware of what they are believing and through this awareness they are abandoning the delusion which were held close to their heart all this while.

The same goes for the contaminations found in Buddhism. With your good blog here which is helping lay Buddhists to be aware of the wrong practices and going back on the right path to nibbana.

May you be well and happy.

Anonymous said...

Terima kasih tuan pena kerna beri penjelasan panjang lebar. Saya tertarik dengan komen Riglin. Orang Siam mesti fikiran proaktif tentang agama Buddha.

Sujata

Anonymous said...

Kita tidak boleh menyalahkan agama lain yang agresif dalam menyebarkan agama mereka walaupun mereka mengamalkan dasar "matlamat menghalalkan cara" untuk menukar agama orang lain.

Kita kena muhasabah diri kita. Apa sudah jadi dengan institusi agama kita?
Mengapa di Barat, orang-orang semakin ramai yang memilih agama Buddha dan Islam?

Anak-2 muda mula tidak minat dengan agama kerana mereka merasa agama ialah sesuatu beban dan lambang kemunduran. Percakaran antara agama dan mazhab juga berleluasa......

Kita kena kembali mengajar nilai-nilai Buddhisme yang sejagat, walaupun kita terpaksa melupakan nama Buddha.
Ajaran Buddha itu lebih penting daripada nama/ label yang dipakai....

Wat-wat perlu diambil alih oleh wismawan atau ditubuhkan Persatuan Penganut Agama Buddha setempat untuk menyatupadukan wismawan bagi menjalankan aktiviti keagamaan.

sk tin

Anonymous said...

Sawadee
Dari pengamatan saya kes bangsa lain memeluk agama islam krn diri tiada arah tuju dan yg menjadi masalahnya mrk akan ditimpa musibah lambat launnya. Bangsa melayu bkn semua mrk kebykkannya tidak ikhlas.Masa pujuk utk convert bkn main lagi indah tapi hakikatnya tidak. Jikalah betul mereka kata masuk islam boleh ke surga, nak masuk surga macam mana jika ibu yg lahirkan kamu berendam air mata. SURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU so cam na ni. Wahai kaum siam fikir betul-betul sebelum convert

sawadee
sps

Anonymous said...

Tiada yang lebih malang daripada manusia yang ditunjukkan jalan yang benar, tetapi ditolak dan pergi ke jalan yang salah semata-mata dijanjikan ganjaran palsu.

pilai