Saturday, October 16, 2010

Agama Ke Hulu, Orangnya Ke Hilir!

Dhamma tidak turun dari langit biru. Dhamma tidak ada kaitan dengan Dewa atau Tuhan. Oleh itu, Dhamma tidak dibawa oleh mana-mana susuk kepada Buddha bagi disampaikan kepada umat manusia. Dhamma juga bukan idea, ciptaan atau pandangan peribadi Baginda Buddha.

Dhamma atau lebih tepat Buddha-Dhamma merupakan kebenaran sejati yang "dijumpai" oleh Baginda Buddha melalui Pencerahan Sempurna. Sama ada Baginda Buddha lahir atau tidak, Dhamma tetap wujud. Kewujudan Dhamma tiada kaitan dengan Buddha kerana Dhamma itu adalah kebenaran sejati. Kewujudan kebenaran sejati tidak ada kaitan dengan mana-mana susuk. Dhamma tidak dicipta. Dhamma wujud secara semulajadi. Oleh sebab kewujudan Dhamma tiada kaitan dengan kelahiran Buddha, lalu kemangkatan Buddha juga tidak menjejaskan Dhamma. Buddha wujud atau tidak, Buddha lahir atau mangkat, kebenaran sejati tetap kekal abadi.

Sewaktu ditanya, siapa yang bakal menjadi pengganti Buddha selepas kemangkatan Baginda, Baginda menjawab bahawa Dhamma adalah penggantinya. Ini menunjukkan bahawa Dhamma tidak akan "mati" sebagaimana manusia.

Jikalau ada sesiapa mengatakan Dhamma ada kaitan dengan Dewa atau Tuhan, jelaslah orang itu tidak faham Dhamma. Sekiranya ada orang berpendapat Dhamma adalah pandangan peribadi Buddha, tahulah bahawa orang itu jahil Dhamma. Buddha hanya "menjumpai" Dhamma melalui Pencerahan Sempurna, kemudian menyampaikan kepada umat manusia bagi membebaskan mereka daripada kesengsaraan. Bagi agama Buddha, semua manusia adalah sahabat yang berkongsi 4 persamaan iaitu lahir, tua, sakit dan mati.

Pada asasnya manusia adalah sama; berkongsi masalah yang sama yang berpunca daripada kelahiran, ketuaan, kesakitan dan kematian. Manusia hanya dibezakan oleh Karma (perbuatan) masing-masing. Oleh sebab manusia berkongsi masalah yang sama, Dhamma yang diajarkan oleh Buddha tidak terbatas kepada pengikut-pengikut Baginda sahaja. Sebaliknya, Dhamma diperlukan oleh semua manusia yang ingin akan kebebasan sejati.

Kerana ketidakterbatasan Dhamma inilah, agama Buddha dengan mudah diterima oleh masyarakat dunia. Para ilmuwan dunia melihat Dhamma sebagai satu-satunya "penyelamat" manusia yang rasional. Dhamma tidak memerlukan "kuasa luar" atau Hakim Besar bagi menilai perbuatan manusia.

Albert Einstein, ilmuwan paling terkemuka pada abad ke-20: “Agama masa depan adalah agama kosmik. Melampaui Tuhan sebagai peribadi serta menghindari dogma dan teologi. Mencakupi baik alamiah mahupun spiritual, agama tersebut seharusnya didasarkan pada rasa keagamaan yang timbul dari pengalaman akan segala sesuatu yang alamiah dan spiritual, berupa kesatuan yang penuh erti. Ajaran Buddha menjawab gambaran ini… Jika ada agama yang akan memenuhi keperluan ilmiah moden, itu adalah ajaran Buddha.”


Bertrand Russell, pemenang Hadiah Nobel dan ahli falsafah paling terkemuka pada abad ke-20: “Di antara agama-agama besar dalam sejarah, saya lebih menyukai ajaran Buddha…. Ajaran Buddha menganut kaedah ilmiah dan menjalankannya sampai suatu kepastian yang dapat disebut rasionalistik. Ajaran Buddha membahas sampai di luar jangkauan ilmu pengetahuan karana keterbatasan peralatan mutakhir. Ajaran Buddha adalah ajaran mengenai penaklukan fikiran.”


Dr. C.G. Jung, pelopor psikologi moden menyatakan penghargaannya: “Sebagai seorang pelajar bidang perbandingan agama, saya yakin bahawa ajaran Buddha adalah yang paling sempurna yang pernah dikenal dunia. Falsafah teori evolusi dan hukum karma jauh melebihi kepercayaan lainnya…. Tugas saya adalah menangani penderitaan batin, dan inilah yang mendorong saya menjadi akrab dengan pandangan dan kaedah mengajaran Buddha, yang bertema pokok mengenai rantai penderitaan, ketuaan, kesakitan, dan kematian.”

Ini cuma sebahagian pandangan pakar tersohor dunia terhadap agama Buddha. Pandangan begini menambahkan keyakinan kita bahawa ajaran Buddha adalah terbaik. Saya akui agama Buddha adalah terbaik kerana tiada unsur paksaan dalam kepercayaannya. Kita diberikan kebebasan memilih. Minda kita sensiasa merdeka apabila bersama ajaran Buddha. Kalama Sutra memberikan kita kebebasan berfikir yang tiada dalam ajaran lain. Kita juga diberikan kebebasan mengkaji ajaran agama lain tanpa ugutan dosa dan neraka. Kita tidak berdosa hanya dengan membaca kitab agama lain.

Ringkasnya, Baginda Buddha amat menghargai minda dan pemikiran agar ia dapat berkembang dengan sempurna. Pemikiran yang terkongkong dan kepercayaan yang dipaksakan ke atas kita akan menyekat perkembangan diri yang akhirnya membantutkan kebebasan sejati.

Namun, kerana terlalu ghairah mengatakan agama Buddha adalah terbaik, kita adakalanya menjadi angkuh. Kita melihat agama lain sangat teruk. Dalam bahasa mudah, kita merendah-rendahkan agama lain. Ini sikap yang tidak baik. Baginda Buddha tidak mengajar kita merendah-rendahkan agama atau kepercayaan orang lain. Walaupun terdapat agama lain merendah-rendahkan agama kita, biarkan. Perkara yang baik tidak reput dek hujan, tidak lekang dek panas. Kita mesti melihat ke dalam diri kita, bukan diri orang lain.

Namun, kita sering terlupa bahawa "agama Buddha adalah terbaik" tidak membawa sebarang makna sekiranya kita sendiri tidak jadi yang terbaik.

Kita berasa bangga apabila pakar dunia memuji ajaran Buddha. Pujian Albert Einstein misalnya selalu meniti bibir kaum Buddhis. Malangnya hanya ajaran Buddha yang terbalik, sedangkan kita ... tepuk dada tanya selera. Membunuh, mencuri, berzina, berbohong, mabuk, menipu dan sebagainya merupakan kejahatan asas yang dilakukan manusia. Adakah kaum Buddhis, termasuk diri kita bebas daripada kejahatan ini? Jikalau belum, tidak ada gunanya kita mengatakan agama kita yang terbaik kerana diri kita masih teruk.

Jikalau kita mahu agama Buddha betul-betul terbaik, kita juga mesti berusaha menjadi yang terbaik. Kita mesti menjadi "model contoh" kepada dunia. Kita tidak boleh bergerak berlainan arah dengan agama; agama ke hulu, kita pula ke hilir. Sampai bila baru dapat bersama?



3 comments:

sunan said...

betul tuan pena. orang siam kita cuma tau cakap, tak tau buat. cakap lain buat lain. pergi wat sambut sin 5, pergi belakang wat minum arak. mana ada agama di dunia penganutnya minum arak dalam pusat ibadat, melainkan orang siam. boleh panggil orang ke orang siam jenis ini?

Thai SIAM said...

Orang Sial jenis ni ramai pengikut. Kalu tak percaya pergilah tengok masa Khatina nanti..

Anonymous said...

masa kathina orang tambun, orang siam jenis keparat mabuk kepala lipat. bagi lempang baru tau. sial tujuh keturunan. thai ubart chat narok ... mok mai 7 chua khon. pai tai hong sia!!!!

Budak Kajang