Thursday, October 21, 2010

Bulan Kathina: Ke Mana Kita Tahun Ini?

Sekarang telah masuk bulan Kathina. Kaum Buddhis, terutama orang Siam mula sibuk hendak tambun Kathina. Tambun di wat di kampung sendiri kira wajib. Manakala wat-wat lain adalah pilihan. Mahu pergi tambun di wat mana terpulang kepada selera masing-masing. Lazimnya orang Siam pergi tambun Kathina secara timbal balik. Jikalau mereka datang tambun ke wat kita, kita juga mesti pergi tambun di wat mereka. Ini satu amalan yang baik dan harus diteruskan.

Amalan "timbal balik" ini tak seharusnya terbatas di dalam negeri sahaja. Orang Siam Kelantan misalnya boleh membawa rombongan ke Kedah, Perak atau Perlis. Begitu juga sebaliknya. Kalau tahun ini orang Kelantan pergi ke Kedah, tahun depan orang Kedah pula datang ke Kelantan. Ini bukan sekadar tambun Kathina, bahkan dapat mengikat dan mengerat tali persaudaraan sesama Siam.

Mungkin tidak kurang juga yang merancang pergi Kathina di Thailand. Pergi sajalah ke mana yang dirasakan patut. Kalau boleh, berilah keutamaan kepada wat yang menekankan penyebaran Dhamma.

Tetapi tambun ini sekiranya terlalu banyak, meletihkan juga. Seorang kawan mengeluh. Sampul surat Kathina diterimanya dari seluruh Malaysia dan Thailand. Dia agak hairan, wat-wat yang tak pernah dikenali pun ada sampul suratnya. Diterima daripada kawan punya kawan. Ramai kawan, banyaklah sampul surat Kathina.

Nak masukkan RM10 untuk satu sampul, terasa segan. Duit RM10 sekarang ini terlalau kecil nilainya. Nak masukkan banyak, tak larat. Bukan dua tiga sampul surat yang ada, tapi berpuluh-puluh. Nak tapis, tambun kepada wat tertentu sahaja, tak sampai hati. Habis, berapa RM agaknya jumlah tambun yang sesuai?

Berapa jumlahnya, sesuai belaka. Tambun mengikut keupayaan sendiri. Itulah cara paling betul. Berapa kita mampu, masukkan sahaja. Nilai tambun disukat daripada keikhlasan hati, bukan jumlah duit yang dibagi.

Jangan terikut-ikut dengan propaganda sesetengah wat yang kata "tambun banyak, dapat bun banyak"! Ini propaganda menipu orang. Tambun banyak, hati tak ikhlas, sekadar nak menunjuk-nunjuk tak dapat bun. Baginda Buddha mengajar kita agar tambun dengan niat yang suci, ikhlas dan tidak mengharapkan pembalasan. RM1 sekalipun apabila dibuat dengan ikhlas demi Buddha, Dhamma dan Sangha, bunnya sangat besar. RM1,000 pun jikalau dibuat dengan sikap yang mahu menunjuk-nunjuk dan angkuh, bunnya kurang.

Jangan ada niat tidak betul dalam perihal tambun. Kita jangan berasa kecil hati apabila terlihat orang lain tambun dalam jumlah yang banyak. Atau kita juga jangan bongkak apabila terlihat orang lain tambun sedikit daripada kita. Sikap suka membuat perbandingan dengan niat yang tidak betul (iri, dengki dan sebagainya) adalah tidak baik. Jangan diamalkan.

Kita kena ingat bahawa semua perkara yang berkaitan dengan perbuatan manusia tertakluk kepada hukum Karma. Hukum Karma akan berfungsi penuh apabila terdapat "niat" di dalam perbuatan tersebut. Oleh itu, niat yang ikhlas lebih penting daripada jumlah duit yang kita tambun.

Kesimpulannya, tambunlah mengikut kemampuan diri. Jangan terikut-ikut dengan orang lain kerana kemampuan setiap orang berbeza. Yang penting, kita kena tambun, jangan tak tambun.

13 comments:

chandra said...

tahun ini saya nak pergi kathina di issan, thailand.

sunan said...

kesian orang siam kita. mengaku pengikut Phra Buddhachao, tapi kena tipu oleh pho luang cari makan.

Thai SIAM said...

Ramai dikalangan Sami/Pho Luang dari seberang datang mencari rezeki di wat/samnak di Malaysia kerana kebanyakkan orang kita sendiri yang BAA BUN..

Anonymous said...

Tiada siapa dapat lari dari kena tipu.Masalahnya,orang nasihat pun tidak sedar.Rela ditipu asalkan senang hati.
1visionsiam

Anonymous said...

penyakit BA BUN ni susah nak mengubat. Mereka lebih percaya pada Pho Than dari Dhamma. Pho Than suka bila orang Siam Ba BUN sebab dapat duit.

Belajar tinggi-tinggi tapi dibodohkan oleh Pho Than & Pho Luang cari makan.

Buat persatuan ingat nak bagi orang kesedaran Dhamma, tapi ketuanya paling teruk sesat. Buddhang Dhammang Sanghang!!!!

ansun

Thai SIAM said...

Khatina zaman sekarang telah bertukar menjadi perayaan/temasya menjual@recycle pha trai (chivorn@kain kuning). Dulu bilangan pha trai dalam satu-satu khatina adalah sama dengan bilangan sami yang tinggal dalam wat semasa phansa. Tetapi sekarang bilangannya sampai beratus. Adakah fenomena ini merupakan refomasi dalam agama Budhha atau satu fenomena sesat untuk mengumpul kekayaan??..

Fenomena ini bukan saja berlaku di wat di bandar bahkan dah merebak ke merata wat di kampung. Apakah tindakan/pandangan Khanak Song dalam perkara ini...

sunan said...

Kathina traders

Anonymous said...

Bulan ini bulan mulia,
pergi ke wat mana ada kathina,
harap wang ini diguna semua
membiayai wat dan phra-phra.

suara siam

Siam KL said...

Duit Kathina digunakan bagi membiayai Sangha dan keperluannya. Jika digunakan bagi pembiayaan individu adalah salah. Berhati-hatilah kaum Buddhis agar setiap sen yang anda labur digunakan ke jalan benar.

Konsep jual chivorn digunakan bagi menipu Cina yang buta agama. Sattha orang Cina tak pakai panya mudah dibaham sami penipu.

Anonymous said...

Senyum dulu sebelum baca,
tengok dulu sebelum berkata,
siapa dia tipu siapa
phra thailand tipu siaPA?

ramai kita selalu lupa,
suka saja berkata-kata
pandai sangat pasal mengira,
phra isan datang tipu, kita suka

pandainya mulut kita,
selalu kata orang sana
entah lupa sendiri perkara,
kena tipu baru terasa.
suara siam

Anonymous said...

Ada duit derma kathina,
ada barang tamboon semua,
tapi jangan lupa ibubapa
jasa mereka kepada kita.

suara siam

WuMing said...

Nak tahu ajaran Buddha sebenar kita kina rajin cari ilmu. Blog ini banyak menceritakan fahaman buddha. http://fahamanbuddha.blogspot.com/
kita juga boleh dengar Dhamma dari sini: http://www.fungdham.com/sound/sound.html

Thai Lantu said...

Masih ramai lagi kaum Buddhis (Cina dan Siam sendiri) tertipu dengan thambun khatina (Bun)yang diwar warkan oleh pihak sami semperna bulan khatina.

Buktinya semasa saya menghadiri upacara khatina di beberapa wat di Kelantan minggu lepas, ada beberapa wat masih mempelawa pengunjung untuk mendapatkan @ membeli kain Civorn yang masih ada stok. Pada masa yang sama penerangan tentang Bun yang bakal diterima kepada mereka yang membeli civorn kemudian menyerahkan (thatwai) kepada sami.

Bayangkanlah, kebanyakkan wat Siam sekarang ni tak ramai sami yang masuk Phanssa tetapi jumlah civorn yang dibeli dan diserahkan oleh kaum Buddhis kepada sami sampai beratus...adakah semuanya akan dipakai/digunakan oleh sami???..atau kemana perginya civorn tersebut .......