Wednesday, October 27, 2010

Pengurusan Kewangan Wat Thai Terdedah Kepada Penyelewengan

Menurut laporan Jabatan Audit Negara, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhasrat melupuskan 70 unit penghawa dingin yang masih baik. Semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada 2008, kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin bernilai RM136,265 ditinggalkan. Selain itu, terdapat pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan dan kehilangan aset bernilai RM45,789 serta beberapa pembaziran luar biasa yang lain.

Melihat kes MAIWP ini, teringat saya kepada kebimbangan seorang sahabat. Katanya, pengurusan kewangan di kebanyakan wat Thai Malaysia tidak sistematik, tidak telus dan membazir. Perbelanjaan wat hanya ditentukan oleh individu iaitu Ketua Sami. Jikalau wat yang ada AJK, kebanyakan AJK ikut telunjuk Ketua Sami sahaja. Maklumlah AJK itu pilihan Ketua Sami. Dalam bahasa mudah, orang atau kroni Ketua Sami. Wat pun ada kroni. Penyakit kroni ini tidak kira tempat. Pusat beribadat pun kroni akan muncul.

Ketua Sami mempunyai kuasa mutlak le atas wat. Pentadbiran dan pengurusan kewangan ditentukan oleh beliau. Kaum Buddhis tiada suara langsung. Sistem kuasa mutlak ini terdedah kepada penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran. Kadang-kadang Ketua Sami menggunakan duit wat untuk menunjuk-nunjuk. Beli kereta mewah, bina bangunan Gajah Putih (sekadar hiasan), beli tanah, pergi pelancong ke luar negara dan lain-lain. Semua perbelanjaan ini hanya untuk kepuasan diri.

Sekarang ramai Ketua Sami berlumba-lumba sesama sendiri membazirkan duit wat kerana mahu muka. Jikalau wat berhampiran bina Dewan Besar, wat beliau mesti bina dewan lebih besar lagi. Jikalau wat berhampiran bina patung Buddha setinggi pokok mangga, wat beliau mesti bina patung Buddha setinggi pokok kelapa. Sifat bersaing "membazirkan" duit wat hanya merugikan agama Buddha.

Ketua Sami mungkin akan berkata: "Ikut suka hati akulah kerana duit ini aku yang cari!"

Memang betul beliau yang cari. Tetapi adakah orang ramai memberi duit itu atas nama individu atau atas nama sami dan agama Buddha? Cuba kalau tidak pakai jubah kuning, adakah akan ada orang bagi duit, buat Kathina atau phapa? Semua duit didermakan kepada sami atau Ketua Sami atas nama agama - Buddha, Dhamma dan Sangha. Ketua Sami patut sedar akan perkara ini. Belanja duit wat secara berhemah.

Sudah tiba masanya wat Thai kita di Malaysia mengguna pakai sistem pengurusan kewangan yang sistematik. Khanak Song Thai Malaysia patut memikirkan hal ini. Tanpa satu sistem pengurusan kewangan yang baik, wat-wat Thai kita sukar mengembangkan sumber kewangannnya kerana individu atau syarikat yang ingin menderma berasa "tidak yakin" untuk tambun dalam jumlah yang besar. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi, sukar bagi wat kita mengembangkan agama Buddha.

Mampukah wat-wat Thai kita di Malaysia menjadi sehebat Wat Dhammakai, Wat Suanmokh atau Wat Pa Nanachat? Wat-wat yang hebat ini mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Sebab itulah mereka mampu menarik derma dalam jumlah jutaan ringgit Malaysia. Salah satu kebaikan sistem yang baik ialah masyarakat tahu (diberitahu) ke mana duit wat dibelanjakan. Setiap tahun dikeluarkan penyata kewangan untuk tatapan umum.

Siatem yang baik tidak semestinya tidak berlaku penyelewengan, tetapi tidak seteruk sistem kuasa mutlak individu.




6 comments:

Anonymous said...

Hebat sangat ke Dhammakai tu?


Dhammakord

Anonymous said...

Bukan semua orang pakai jubah kuning orang akan derma.Lihatlah ada phra-sami yang baik-baik pun orang tidak derma.Mereka,kaum buddhist minat menderma kepada wat2 yg famous saja. wat2 yang betul kampung tiada org derma.Tengok dengan mata anda sendiri.
anak siam

fan ksb said...

Dermawan sendiri juga inginkan muka, oleh itu wat yg dah famous akan bertambah famous manakala yg ketinggalan terus ketinggalan!!..

Anonymous said...

lepas tu hang nak bagi diaorg guna duit tu untuk apa? untuk hang ke?

pena reformasi said...

Duit wat harus dibelanjakan dengan telus, ada rekod keluar-masuk yang jelas dan keputusan membelanjakan duit tak sepatutnya diputuskan oleh seorang individu sahaja.

Anonymous said...

minta izin share!