Friday, November 19, 2010

Sami Ceroboh Bilik Pelajar Perempuan

Tengok baik-baik, jikalau berjubah kuning dan datang ke KL, pasti orang KL pergi sembah, pergi tambun dan minta dibawa naik syurga. Jikalau dia pandai cakap Dhamma - pandai sikit-sikit campur kelentong pun tak apa kerana orang KL jahil Dhamma - orang KL akan sattha sehingga lupa sami lain. Jikalau dia beritahu mahu bina Chedi, Ubosot atau Dewan Serba Guna, tetapi kekurangan modal, sahih orang KL akan kutip derma untuk dia. Orang KL pemurah, baik hati, tapi malas fikir dan mudah ditipu. Orang KL macam semut hitam apabila yang di depan berjalan, yang di belakang ikut berbaris-baris walaupun tak tahu ke mana dibawa pergi. Jika yang di depan turun perigi buta, semua pun ikut turun.

Tapi ini bukan sami yang sesuai untuk disembah, untuk tambun dan untuk minta dibawa pergi syurga. Ini sami miang. Sami jelatang gajah. Bagi penjara 20 tahun dan rotan 100 kali baru setimpal dengan kelakuannya. Dia sami, kesalahannya memberi kesan buruk kepada agama Buddha. Sekiranya tidak tahan, kenapa tidak keluar dari sami dan cari isteri.


Kisahnya berlaku di Wilayah Buriram, Thailand dan dilaporkan oleh akhbar pada 19 November lalu. Polis rondaan Bandar Buriram menangkap Encik Chen Buranasuk atau Phra Chen, 55th, sami Wat Khokwad, Banadar Buriram selepas menerima laporan daripada Cik Chawiwan Komprakom,18th, seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi bahawa terdapat seorang sami berniat jahat dalam keadaan telanjang bulat berada di dalam bilik sewaannya. Sami ini rupa-rupanya sudah bersiap sedia untuk menikam mangsanya. Nasib baik, mangsa tidak leka dan sempat melarikan diri.
Kerana terkejut dan ketakutan, pelajar tersebut lari keluar dari biliknya sambil menjerit minta pertolongan sebelum membuat laporan polis.
Sewaktu polis datang, Encik Chen aka sami gatal masih berada dalam bilik tersebut. Dia masih telanjang bulat. Polis turut menjumpai civorn (jubah kuning) miliknya. Polis kemudian membawa sami gila seks itu ke Wat yang berhampiran dan melakukan la sikkha, sebelum dibawa ke balai bagi melakukan siasatan lanjut.
Dari siasatan awal, sami itu tidak mengaku salah dan cuba berdolak-dalik. Katanya, dia masuk ke bilik pelajar itu kerana bersembunyi daripada Ketua Sami. Namun, polis tidak dapat terima alasannya. Dia akan didakwa di bawah akta menceroboh kediaman individu lain.
(Tolong pesan kepada anak-anak gadis, jangan percaya sangat dengan lelaki kepala botak dan berjubah kuning kerana nafsu seksnya sama hebat dengan lelaki berambut panjang dan berseluar jeans.)

No comments: