Saturday, November 27, 2010

Untungnya Orang Siam, Mempunyai 2 Maha

Dalam kamus, "maha" bererti sangat, amat atau teramat. Mahabesar, mahasuci, mahamulia dan lain-lain. Maha apabila dirujuk kepada individu, bererti individu tersebut merupakan "individu istimewa yang mempunyai kelebihan" tertentu berbanding dengan individu lain. Oleh itu, masyarakat yang mempunyai individu bertaraf maha adalah masyarakat yang berjaya.

Masyarakat lain cuma mempunyai 1 maha, tetapi masyarakat Siam mempunyai 2 maha. Inilah kelebihan masyarakat Siam. Satu, maha-bhikkhu dan kedua mahasiswa. Masyarakat lain cuma mempunyai mahasiswa. Masyarakat Siam ada mahasiswa dan maha bhikkhu. Pada teorinya, masyarakat Siam patut lebih berjaya daripada masyarakat lain kerana mereka mempunyai 2 golongan individu istimewa.

Namun, teori seringkali tidak boleh dipakai di dunia realiti. Contohnya, teori ekonomi, banyak yang tidak berpijak di dunia nyata. banyak permintaan tidak semestinya diikuti dengan banyak penawaran. Permintaan terhadap padi pada musin bah besar tidak mungkin diikuti dengan penawaran beras yang banyak kerana padi telah ditenggelami air. Begitu juga dengan golongan maha ini. Walaupun masyarakat Siam mempunyai 2 golongan maha, tetapi kemajuan mental dan fizikal mereka tidak sehebat mana. Malah, dalam keadaan tertentu orang Siam lebih daif daripada Orang Asli.

Kenapa terjadinya begitu? Kerana 2 golongan maha ini ramai yang tidak boleh diharap. Maha-bhikkhu, belajar bahasa Pali sehingga bergelar pakar, tetapi kebanyakannya sekadar mahu gelaran Maha sahaja, perkara lain ditolak ke tepi. Mereka amat berbangga apabila dipanggil "Phra Maha". Mereka cukup berkembang hidung apabila dalam upacara tertentu mereka didudukkan di tempat istimewa berbanding bhikkhu lain. Tetapi dalam soal mendalami ilmu agama, membuat penyelidikan ilmiah dan pengembangan agama amat berkurangan. Cuma segelintir sahaja yang aktif membina masyarakat.

Sesetengah maha pengetahuan Dhamma amat teruk. (Belajar Maha Parian bukan mengkaji Dhamma, tetapi belajar bahasa Pali dan melakukan penterjemahan Pali-Thai/Thai-Pali. Kaji ilmu Dhamma inisiatif sendiri.) Kerana mereka maha, orang ramai sangat percaya kepada mereka. Walaupun berbohong, orang masih percaya. Oleh sebab itulah terdapat maha yang tersangat sombong.

Manakala "mahasiswa" yang kaya ilmu dunia tidak boleh diharap sangat untuk membantu anak bangsa. Sewaktu menuntut di universiti, semangat berkobar-kobar mahu membangunkan anak bangsa. Tetapi selepas tamat belajar, dapat kerja dan banyak komitmen lain yang terpaksa diutamakan, pembangunan anak bangsa terpaksa dilupakan.

Memang betul, membantu masyarakat bukan kewajipan mereka. Tetapi selaku "individu istimewa" mereka seharusnya mempunyai perasaan bertanggungjawab terhadap anak bangsa sebagaimana anak bangsa mempunyai kebanggaan terhadap mereka. Yang bijak membantu yang bodoh, yang celik membantu yang buta dan yang kaya membantu yang miskin patut dijadikan amalan kehidupan.

Nasib baik masih terdapat segelintir maha yang mengotakan janji mereka. Mereka giat membantu anak bangsa, aktif berpersatuan dan bermacam-macam usaha dilakukan demi orang-orang Siam. Syabas dan terima kasih kepada mereka. Orang-orang Siam amat berbangga dengan kalian semua.

Namun, majoritinya, mantan "maha" ini lebih banyak memberi alasan daripada menghulurkan bantuan. Bahkan yang paling teruk perangai sesetengah daripada mereka amat buruk. Mereka terlupa bahawa mereka individu istimewa. Individu yang dipandang tinggi masyarakat. Orang lain pergi wat rapsin, suatmon, tambun, tamtan, maha pergi wat minum mabuk. Orang lain mengajak masyarakat ke arah kebaikan, maha ini ajak masyarakat ke lembah kehancuran. Orang buat persatuan mahu membina masyarakat, maha masuk kacau daun. Orang susah-susah menganjurkan festival tradisi, maha ambil kesempatan menonjol diri. Orang berbaik dengan orang besar untuk minta bantuan kepada masyarakat, maha minta bantuan untuk diri sendiri. Cakap sahaja lebih, kerja habuk belaka.

Maha yang sedia teruk bertambah teruk dengan dasar universiti sekarang yang berlumba-lumba mengeluarkan produk. Apabila disebuat berlumba-lumba, bererti bukan kualiti yang diutamakan, tetapi kuantiti. Apabila masuk pasaran kerja, ramai majikan mengeluh.

Sekiranya 2 golongan "Maha" dalam masyarakat Siam sedar mereka adalah individu istimewa dan memainkan peranan masing-masing dengan sempurna, masyarakat Siam tidak akan sedaif hari ini.





11 comments:

Anonymous said...

Jangan Marah..
Ada seorang mahasiswa mahu membangunkan orang kampung selepas lulus dari U. Tetapi, sampai maha itu masih belum lancar wawasannya lagi..Maha-U itu sikalang dudok di KL.(entah mau bangun orang malaysia pula kot)
sesama kita.

for the sake of malaysia said...

Adakah terpesongnya kita yang beragama Buddha yang mempunyai hanya dua mazhab(nikai) iaitu Mahanikai dan Thamyud.Olih yang demikian jahilnya orang Siam diSik ini tentang agama Buddha tahu menilai yang mana putih yang mana hitam.Maka dengan ini saya sebagai seorang manusia berbangsa Siam ingin bertanya adakah kita Orang Siam Malaysia dapat menerima ajaran Buddha yang diagungkan masa masa kini iaitu Thammakai(Dhammakaya) yang diasaskan olih Luang Pho Sot dan kini menular dibeberapa wat di Kedah dan telah terpengaruh olih ramai penduduk khususnya di Titi Akar dan Kampung Chong.Disini apakah tindakan daripada ketua Sami dan Phothan yang berpengaruh? Mereka hanya buat tak endah saja.Tuan tuan tahu tak yang mana sekarang ini orang siam yang beragama buddha telah berpecah dua agkara ajaran tersebut.satu mahanikai dan satu thammakai. Setahu saya apabila kita masuk sami kita akan masuk ke Ubsot dan akan membaca Okasak wantha mik pantey,yang mana sejahil jahil saya tentang agama Buddha pun saya tahu kita semua ni masuk sami mengikut ajaran Mahanikai, dan disini persoalannya adakah kita disini patut menerima ajaran Thammakai yang di bawa hebat olih Prak Prajun dari wat Kampung Chong

Anonymous said...

Tsunami atau air deras susah hendak dihalang. Sebagai mana yang berlaku sekuat dhammakai yang kini hebat.
Tidak pasti kita akan kata siapa salah,yang tahu semua antara kita bertanggungjawab.
Perkara ini mesti bersama runding semeja.
wawasan siam

orang-orangan said...

ADa sorang kawan di Kl pergi buard phra di wat dhammakai setiap tahun. Dulunya kawan ini kaki mabuk, kaki betina. Bila masuk dhammakai semua dia tinggal. Dia jadi orang dhamma-dhammo. wat kampung kita galakkan orang mabuk adalah. Nak buat orang berhenti minum, mustahil. mati hidup semula pun tak boleh. Mengapa? kerana phothan dan phra dalam wat kaki mabuk sama.

Anonymous said...

Ramai mahu berubah.Ada pula yang tidak mahu.Ada orang suka macam dulu,hidup dalam alam mabuk.Usah runsing pasal orang mabuk,asalkan jangan buat benda-benda hodoh.
Ramai orang tidak mabuk.Baik kata orang itu.Tetapi mabuk aje tidak,bini orang main,curi harta orang,tipu setiap kata,rosak harta awam, entah..
Kena tengok banyak sudut..ya ya..tembak aje tidak guna.
hoya hoya

Anonymous said...

Semalam pergi diner sempena sambutan harijadi Thai King di KL, ada sekor Siam mabuk, pemimpin Siam Kelantan di KL, cakap besar bukan main. Kata orang cakap jenis angkat ekor, taik berderai-derai. Malu aku dengar. Siam macam ni boleh diangkat pemimpin. Khon Thai Lantan mai mi nam ya,Khi ma tang peh!

sayam

Thai SIAM said...

Itulah orangnya kot yang digelar MAHA SEGALA MAHA orang SIAL Kita....

Masa buat kerja, dia hilang..
Bila dah ada hasil, barulah timbul..jenis apa natang ne..

Anonymous said...

Natang ni ingat dia sultan nak bagi gelaran datuk pada orang. Para bewok pulak kusyuk dengar. natang ni nak jadi raja pelawok gamaknya!

Anonymous said...

Biasa saja..tapi kena tengok beberapa perkembangan kini. Ramai dah orang kenal orang siam di malaysia.Kerja siapa tidal pasti.Tapi ada maju..
siam

Thai Lantu said...

Biasalah brother, siapa tak kenal orang siam kita, kalu 2-3 kerat siam tu bila dah terkena 2-3 gelas maka terkeluatlah perangai SIAMnya...dari dulu-dulu sampailah terkini..

Anonymous said...

Aku rasa orang siam ada 2 MAHA yang baik dah tapi ada banyak maha yang buruk. MAHA dengki, MAHA jahil, MAHA degil, MAHA ego, MAHA dayus, MAHA flip flop, MAHA kecek besar, MAHA tipu diri sendiri(gila bayang), MAHA tak terima perubahan, MAHA tak bersatupadu dan pelbagai MAHA MAHA lagi. Lebih kurang nak pendekkan kata, orang siam ni MHAA banyak...

2499 Antaphan Klong Meang