Thursday, December 16, 2010

Boon Som Angkat Sumpah Senator

Tahniah Boon Som Inong kerana dilantik jadi Senator ke-3 bagi masyarakat Siam. Terima kasih Perdana Menteri kerana tidak melupakan orang-orang Siam.

Sebelum ini saya pernah menulis tentang Boon Som sebagai Senator Siam ke-3 selepas saya mendapat khabar "lampu hijau" daripada orang politik. Cuma saya diminta supaya tidak menghebohkannya bagi mengelakkan spekulasi negatif.

Boon Som paling layak, bukan saya kata tetapi PM kerana dia ada pengalaman mendekati masyarakat Siam. Latar belakang kerjaya dia pun ada kaitan langsung dengan masyarakat. Barisan Nasional tidak silap memilih Boon Som.

Mungkin pelantikan Boon Som akan menimbulkan pelbagai reaksi daripda orang Siam, terutama pemimpin persatuan yang mempunyai cita-cita yang sama. Siam Kelantan, rasa saya akan kecewa dan berkecil hati. Calon Senator yang kononnya mewakili masyarakat Siam Kelantan mencanang ke hulu ke hilir bahawa dialah paling layak. Sekarang hisap jari.

Jikalau ikut giliran, calon Kelantan patut dilantik kerana sebelum ini calon Kedah dan Perlis telah dilantik. Tapi, politik tidak pernah ikut giliran. Betullah kata sahabat dari Kedah bahawa Senator patut diberikan kepada orang Kedah kerana mereka yang berjuang untuk ini. Siam Pantai Timur hanya tumpang secupak.

Saya tidak pandang rendah pemimpin Siam Pantai Timur, tapi saya rasa mereka masih terlalu jauh untuk dilantik ke jawatan penting. Untuk menjadi pemimpin di peringkat nasional, seseorang itu mesti bergaul bersama tokoh-tokoh berwibawa barulah dia juga dilihat berwibawa. Jikalau dia dikelilingi "lalat-lalat" dia juga akan dipandang seperti lalat. Kelemahan calon Senator Pantai Timur kerana tidak berupaya berpisah dengan "lalat-lalat" ini. Boon Som bijak kerana dia sentiasa berkawan dengan "lebah-lebah" dan menjauhi "lalat-lalat". Dalam semua bidang, terutama politik, "lalat-lalat" tidak diperlukan sama sekali. Barisan Nasional pun tidak mahu dihurungi lalat-lalat.

Dari segi politik, Siam Pantai Timur kurang menyerlah berbanding Siam Pantai Barat. Seni politik mereka ketinggalan. Selepas PRU Ke-12, semua orang main politik "tarik tali" tapi Siam Pantai Timur masih mengamalkan politik jilat betis YB.

Walau apapun semua orang Siam mesti terima pelantikan Boon Som dengan hati terbuka.

Boon Som berkata, visi beliau ialah untuk melihat masyarakat Siam lebih berjaya dalam bidang pendidikan dan ekonomi serta berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain.

Bacaan lanjut Bernama

24 comments:

Anonymous said...

Khun admin KSB, saya juga merupakan orang siam kelantan tetapi masih lagi tidak layak untuk mengundi dalam pilihan raya nak suarakan pandangan sikit. Saya memang sokong yang khun kata orang siam kelantan masih lagi tidak layak memegang jawatan yang penting ini. pada pandangan saya sepintas lalu, pemimpin utama masyarakat siam di kelantan yang menyatakan bahawa dirinya layak itu masih tidak dapat sokongan sepenuhnya daripada masyarakat setempat termasuklah orang kampung sendiri. apa lagi nak handle masyarakat siam seluruh malaysia. saya bukan berniat menghinakan orang negeri sendiri tetapi itulah apa yang saya dapat perhatikan. mungkin pemimpin orang siam di kelantan perlu banyak lagi mempelajari corak kepimpinan dari pemimpin-pemimpin lain. tapi saya juga tak sokong yang khun kata orang siam pantai timur tidak layak memegang jawatan senator. mungkin khun pon taw kan bahawa semasa AGM PSM di bukit selambau hari tu majoritinya memilih orang pantai timur sebagai calon pertama senator ketiga kan. bagi saya,buat masa sekarang lung siri adalah orang siam pantai timur yang paling layak memegang jawatan senator. orang siam kedah, kelantan, perak, perlis dan mungin seluruh malaysia kenal beliau dengan sikapnya dan sumbangannya kepada masyarakat siam malaysia. kesimpulannya, saya sokong yang khun kata pemimpin di kelantan masih tidak layak memegang jawatan penting ini dan saya tidak sokong yang khun kata orang siam pantai timur tidak layak...

pandangan belia-

pena reformasi said...

Pandangan berbeza adalah perkara biasa, tetapi hati mesti bersatu memperjuangkan masa depan orang Siam keseluruhannya.

Siam KL said...

Kepada "pandangan belia" anda melihat sungai dari permukaan. Dalam air dan dasarnya anda tidak tahu kerana anda masih belia dan tidak pernah menyelam ke dasar sungai. Saya mengenali Boon Som dan Siri sejak lama. Saya rasa Perdana Menteri tidak silap memilih calon senator Siam.

Anonymous said...

ok2 saya paham. lagipon saya masih lagi tidak matang sangat bidang politik ni. ermm mungkin khun 'Siam KL' silap faham kot apa yang saya tulis kat atas tu. saya hanya nak kemukakan pandangan terhadap apa yang khun KSB tulis berkenaan 'ORANG PANTAI TIMUR TIDAK LAYAK MEMEGANG JAWATAN SENATOR' je. Kalau sebut orang pantai timur that mean orang kelantan, terengganu dan pahang kan. botul tak. saya hanya nak jawab yang tu je. saya pon kenal lung boon som ni tapi bukannya kenal sangat la. hehe. saya pon taw sikit2 yang lung boon som ni berkhidmat tok kebajikan khonthai. saya tak kata pon lung boon som tak sesuai atau tak layak. saya tak kata pon PM silap pilih calon. hanya nak jawab yang kata 'orang pantai timur' tu saja. hehe

pandangan belia

Anonymous said...

Ambo pun pernah kenal Boon Som ..Siri pun ambo kenal..tapi mcm Siam KL kata la..permukaan dan dasar sungai tak sama..PM mungkin betul dan tidak semestinya betul dalam membuat pilihan..masa akan menentukan..beri dulu peluang kepada YB Bao kita..

Anonymous said...

Apa-apa pun yang K Boonsom kena ingat ialah semua orang siam menaruh harapan pada khun. Jangan mengaku kalah dan patah harapan tentang isu pendidikan dan keciciran anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Sekarang semua kaum siam mencari Khun, jangan sampai suatu hari nanti mereka akan menjauhi khun pula.
"duai kwam hwang dee dari khonthai khon neng".

pena reformasi said...

Saya hanya memberi pandangan pribadi bahawa TIADA calon Pantai Timur yang layak buat masa sekarang. Dan saya tetap pertahankan pandangan ini walaupun mungkin ramai yang tidak setuju. Saya tahu anda merasakan Encik Siri Neng Buah layak. Dalam PSM pun dia calon paling tinggi mendapat undian.

Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Anonymous said...

Ada sapa2 boleh bagi info tentang taraf pendidikan atau kelulusan senator kita yang baru ni?
Apa yg terdapat atau disiarkan dlm media hanyalah kerjaya beliau sebelum ini..

Anonymous said...

KSB...apakah kriteria yg anda guna untuk menentukan seseorang itu layak /tidak layak sebagai senator siam?

pena reformasi said...

Saya pilih untuk berahsia kriteria seorang senator mengikut pandangan saya. TQ.

Anonymous said...

mungkin sape yang nak jadi senator lepas ni kena dapat kelulusan drpd KSB dulu la kot...hahaha

Anonymous said...

Formula terbaik bagi orang yang nak jadi Senator. Pertama, jangan panggil "orang Senatet" kerana Karma akan makan diri.

sahabat ksb

Anonymous said...

Boon Som berhak dpt sbb dia mmg hendakkan jawatan itu..lepas ni kalu dia bagi alasan tak mau buat kerja dgn alasan kononnya bukan dia hendak jawatan itu tapi org siam yg pilih, aku akan curahkan pekasam babi ke muka dia, ambik video post ke youtube..
Aku percaya senator siam tak akan ada barua atau body guard serupa bapa angkat mrk si ameno racis itu..
-DinKheng

Anonymous said...

kalu lung siri jadi senator, siapa nak usung dia pergi sidang parlimen sebab kaki dia sakit.

budak ingusan

Anonymous said...

Tak payah kita dok bangkitkan lagi tentang pelantikan senator siam tu...pelantikan telah dibuat oleh PM.Dok bangkit2 pun pelantikan Boon Som tak akan ditarik balik.
Kita beri peluang dan tgk apa langkah yang akan dibuat oleh beliau untuk masyarakat siam malaysia..

Anonymous said...

Bagi peluang Senator Boon Som bekerja. kita mesti beri dia sokongan padu. saling menumpat sesama siam ckup dulalah kerana ia tak bawa kebaikan. mari kira berkerjasama tidak mengira fahaman politik, negeri atau puak. kedah dan kelantan kita semua khonthai.

Anonymous said...

Sesiapa yang menjadi senator sudah jelas. Rasanya kini kita semua mengharapkan Tuan senator menjalan tugas dengan baik.
Tidak kira barat atau timur datangnya tuan senator,yang penting beliau mesti tahu masalah masyarakat siam sekarang.
suara siam

Thai SIAM said...

Orang Siam Kedah & Perlis ramai yang dah kenal dengan khun Boon Som. Bagi Siam Kelantan, mungkin nama saja yang mereka kenal. Walaubagaimanapun, ramai dikalangan Siam Kelantan yang bermastautin di Lembah Kelang kenal dengan Boon Som.

Selamat berkhidmat khun Boon Som, kalau ada kelapangan, singgahlah ditempat biasa kena tarik.. ..Maluri

Anonymous said...

Wahai penulis artikel,BOON SOM ANGKAT SUMPAH SENATOR tolong dengar nasihat sikit, tak payahlah pakat dok saling membuka pekung di dada sbb yg malunya khonthai sendiri.Bangsa lain sedang memerhatikan kita. Baru dpt 3 senator dah bising mcm itik kena kandar. Sebenarnya, siapa yg jadi senator, tak penting. Yg lebih penting dia dpt berjuang dgn jujur, iklas dan komited utk bangsa Siam. Dengarlah rintihan masy siam ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Siam yang sukakan ketenangan

Anonymous said...

Pasal bising ni kena ada juga. Para senators ni pun dilantik atas nama dan kepala orang siam puluhan ribu juga. Kalau bukan kerana siam, mustahil mereka di lantik mewakili melayu/umno atau pas/pakatan.Tunggu lama-lama lagilah...
Bising,komen,tegur,menasihati,mendampingi,mengekori,memuji dll adalah tanda orang siam prihatin pada senator kita.

Orang SIam sayang dan menaruh harapan pada senator lah tu.
TAK ADA ORANG KUTUK PUN.

pena reformasi said...

Saya setuju bahawa ada orang "bising" pasal Senator menunjukkan bahawa ada orang menaruh harapan, prihatin dan mengambil kisah terhadap Senator. Tapi kalau "bisingnya" terlalu kuat, sakit telinga. Biarlah berpada-pada.

Anonymous said...

Saya terima sms drp seorang kawan bahawa penggal senator Boon Som cuma 3 tahun tak akan disambung. Kawan saya kata dia terima sms daripada calon senator yang kecewa. Calon senator yang kecewa kata bekas senator beritahu dia. Bekas senator sakit hati bila orang dia tak dilantik. Dia bersumpah akan pastikan penggal Boon Som tak disambung. Cerita dari telefon ke telefon ini tersebar meluas di kalangan orang Siam. Bila kerajaan tak bagi, kata kerajaan pinggirkan Siam. Bila kerajaan bagi, lain pulak ceritanya. Ubart sungguh Siam ni!

batu api

Anonymous said...

sinato nak 3 thn atau 6 thn bergantung pd keputusan PRU yg akan datang..kalu BN menang, blh 6 thn..kalu BN lingkup, 3 thn saja, lepas tu akan ada sinato anak didik Pakatan pula..
Bekas sinato apa kelas yg blh menentukan penggal sinato..??
Masa jadi sinato pun tak ada sapa heran..nak tunjuk power masa pencen pulak..

-Ronson

Anonymous said...

ini mesti cerita siew chun sama siri.

ahli psm