Friday, January 28, 2011

Sami Penagih Dadah Masalah Besar Agama Buddha


Ang Thong, Thailand - Setelah mendapat laporan daripada individu prihatin, polis menyerbu kutti sami muda berusia 22 tahun. Polis menjumpai peralatan hisap dadah dan kotak daun terup. Sami yang sedang kemabukan dadah itu mengaku selalu menghisap dadah bersama kawan-kawan kharawat, tetapi mereka telah beredar sebelum polis datang. Sebelum masuk sami, si penagih ini pernah dirawat di pusat pemulihan dadah.

Inilah akibatnya apabila si bangkai hidup diizinkan masuk sami. Mereka bawa masuk sekali tabiat lama kerana ketagihannya belum pulih. Penagih atau bekas penagih apabila masuk sami jadi penagih seperti sediakala. Pemabuk apabila masuk sami, jadi kaki mabuk seperti dulu. Oleh itu, tidak hairanlah apabila terdapat wat jadi sarang penagih.

Bukan sahaja wat di Thailand, wat di Malaysia juga ada yang jadi sarang penagih, termasuk sami-sami muda. Jika tidak percaya, pergilah risik-risik di wat berdekatan kampung anda. Mungkin terdapat pembaca KSB yang ada maklumat tetapi tidak berani mendedahkannya. Sesiapa yang rapat dengan sami-sami muda, tidak sukar cari maklumat kerana sami memerlukan "pembantu" daripada kalangan orang biasa bagi mendapatkan bekalan.

Jangan pandang ringan masalah ini. Sekarang ramai remaja Siam terjerumus dalam najis dadah. Apabila mereka masuk sami, tabiat ini dibawa masuk bersama dan tentu sekali akan menimbulkan masalah besar kepada agama. Pemimpin agama dan masyarakat Siam harus melakukan sesuatu dan tidak boleh membiarkan masalah ini merebak jauh. Bukan pemimpin tidak tahu perihal ini, tetapi mereka seperti sedang "menutup tahi kucing dengan pasir" kerana takut malu dan menjejaskan imej sami dan agama Buddha apabila didedahkan. Sampai bila mahu ditutup? Sampai polis serbu wat dan tangkap sami-sami bersama dadah, kemudian dipaparkan di muka depan akhbar?

Setahu saya, Khanak Song Thailand pernah keluarkan pekeliling supaya uppaccaya tidak terima penagih yang ingin jadi bhikkhu. Bukan sahaja sami dan nama wat yang tercemar, agama Buddha dan penganutnya turut terpalit. Malangnya, pekeliling ini sukar dipatuhi kerana pelantikan uppaccaya sendiri dilakukan secara sogokan.



บุกรวบพระใหม่เสพยาบ้า คากุฎิวัดดังอ่างทอง

เมื่อเวลา 01.30 น. วันนี้ที่ 27 ม.ค. ด.ต.สมัย ลาภหงส์ทอง หัวหน้าสายตรวจ สภ.เมือง จ.อ่างทอง รับแจ้งทางโทรศัพท์จากผู้หวังดีว่า ที่บริเวณวัดแจ้ง ต.ตลาดกรวด อ.เมือง จ.อ่างทองมีพระกับวัยรุ่นจับกลุ่มมั่วสุมเสพยาในกุฏิพระเป็นจำนวนมาก หลังจากรับแจ้งจึงรายงานให้ผู้บังคับบัญชาทราบพร้อมกำลังรุดไปตรวจสอบยังที่เกิดเหตุ ภายในที่เกิดเหตุเป็นกุฏิพระบริเวณชั้น 2 ปิด พบว่าไฟเงียบแต่มีกลิ่นคล้ายยาเสพติดลอยออกมาจากห้อง เจ้าหน้าที่ตำรวจจึงเรียกให้เปิดประตูแต่ไม่มีเสียงตอบรับ จึงพังประตูเข้าไปพบเพียงพระภิกษุ 1 รูปมีท่าทีตกใจจึงขอทำการตรวจค้นพบอุปกรณ์เสพยา ตลับไพ่ และกระดาษจดแต้มไพ่ดัมมี่


จากการสอบถาม ทราบว่าพระภิกษุรูปดังกล่าวมีฉายา ชินวโร หรือนายชินกร อุทัยกาญ อายุ 22 ปี อยู่บ้านเลขที่ 5/1 ม.6 ต.ตลาดกรวด อ.เมือง จ.อ่างทอง เพิ่งบวชเป็นพระเมื่อวันที่ 20 ม.ค.ที่ผ่านมาและมีประวัติติดยาเสพติด โดยก่อนหน้าที่จะบวชเป็นพระเพิ่งกลับมาจากการบำบัดที่สถานฟื้นฟูผู้ติดยาเสพติดทหารม้าที่ 5 รักษาพระองค์ จ.สระบุรี เบื้องต้นสารภาพว่ากำลังเสพยาอยู่ และมีกลุ่มเพื่อนมาร่วมเสพด้วยเป็นประจำแต่ได้กลับออกไปก่อนหน้าเจ้าหน้าที่ตำรวจจะมา ทางเจ้าหน้าที่ตำรวจจึงควบคุมตัวเพื่อตรวจหาสารเสพติดในร่างกายและส่งตัวดำเนินคดีต่อไป




No comments: