Sunday, February 20, 2011

Anak Kerbau 2 Kepala Membawa Tuah?



Haiwan dilahirkan 2 kepala bukan perkara aneh. Pelbagai jenis haiwan pernah dijumpai dilahirkan 2 kepala. Tetapi di Thailand perkara begini dianggap luar biasa.

Contohnya pada 16 Februari yang lalu, di Wilayah Roi ET (

ร้อยเอ็ด), seekor kerbau keguguran anak yang kebetulan anak kerbau itu berkepala dua. Orang kampung tersebut menganggapnya sebagai perkara luar biasa. Sesetengahnya mempercayai kelahiran anak kerbau kepala dua, walaupun hayatnya tidak lama, membawa petanda baik dan tuah lalu ada yang melakukan pemujaan, minta nombor ekor. Ada juga yang potong kuku dan bulu ekornya untuk dibuat watthu mongkol (

วัตถุมงคล).

Perlakuan begini tidak sepatutnya berlaku pada masyarakat yang mengaku beragama Buddha. Agama Buddha berpaksi pada kebijaksanaan. Malangnya individu yang mengaku pengikut agama Buddha masih tidak bijak dan dalam hal tertentu begitu sesat. Haiwan berkepala dua merupakan perkara biasa yang tidak membawa tuah atau sial. Ini kejadian alam yang biasa.

Tetapi masyarakat yang dangkal mempercayainya membawa tuah. Kenapa boleh terjadi begini? Kerana masyarakat yang mengaku beragama Buddha itu sebenarnya tidak tahu tentang ajaran Buddha yang sebenar. Mereka beragama Buddha kerana dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha. Orang-orang begini, tidak kira di Thailand atau di Malaysia, jika tidak diberikan ajaran Buddha yang betul, ia bakal merosakkan imej agama Buddha. Ini kerana agama Buddha berpaksi pada kebijaksanaan, tetapi perlakuan mereka berpaksi pada kebodohan dan kejahilan.

Nak tengok haiwan 2 kepala klik di sini.


No comments: